14

1.6K 158 12
                                    

13/12/2006

Aku mengemas barang - barangku untuk berpindah ke rumah baru. Seperti biasa, sewaktu aku ingin ke asrama, 'nenek' terus memujuk ku agar aku tidak ke sana. Dan kali ini, 'nenek' memujuk ku untuk terus tinggal bersamanya dan tidak berpindah ke rumah baru.

Walaupun aku akan meninggalkan rumah puaka ini, aku tidak berasa gembira kerana 'nenek' akan tetap mengikutku dan di sana juga terdapat 'teman' baru yang lebih menakutkan daripada 'nenek'.

Perjalanan untuk ke rumah baru amat membosankan walaupun terdapat keindahan pohon hijau. Namun ia tidak menarik perhatianku. Keadaan di luar juga semakin gelap kerana jam sudah hampir pukul 7 malam.

Sebenarnya, papa merancang untuk bertolak ke sana pada waktu pagi. Tapi, di sebabkan urusan kerja, kami akhirnya bertolak pada waktu petang. Usai sahaja solat Asar, kami terus bertolak.

Walaupun keadaan di luar agak gelap, aku tidak dapat melatikan pandangan ku kerana mataku sudah terpaku pada satu 'makhluk' yang sangat tinggi melebihi phon kelapa. Sudah pasti ada dapat mengagak apakah 'makhluk' itu bukan?
Apa yang terlintas di fikiran ku cumalah 'Hantu Galah'.

• • • • • • • • • • • • •

Sy share sikit tentang hantu galah nie..ok

ok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan.


Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.

Hantu galah dikatakan nampak dalam keadaan normal apabila kita pertama kali melihatnya tetapi menjadi tinggi dan tinggi sampai ke satu masa kita hanya melihat kakinya. Seseorang dinasihatkan supaya tidak mendongak ke atas atau kepala kita akan selama-lamanya mendongak ke atas.

Seseorang juga dinasihatkan tidak berjalan di celah kakinya atau hantu ini akan mengepit orang itu dengan kakinya yang panjang.

Kalau ditakdirkan terjumpa hantu galah, dinasihatkan supaya meniarap. Kerana tubuh makhluk ini yang tinggi lampai, ia tak akan perasan manusia yang meniarap.

Penelitian secara ilmiahpula,
Hantu galah antara hantu-hantu yang dikatakan direka ceritanya untuk menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak memanjat pokok pada waktu malam. Sesetengah orang Melayu percaya hantu galah dapat dilihat jika seseorang itu mempercayai kewujudannya.

Wallahu a'lam ...

• • • • • • • • • • • •

Jam 10 malam,

Kami hampir sampai ke rumah baru. Tapi, kami perlu menyusuri satu jalan yang di kelilingi hutan. Jalannya agak luas. Kereta dari berlainan arah juga dapat melaluinya tanpa salah satu berhenti memberi laluan. Jalannya juga elok dan tidak berlubang - lubang.

Tapi apa yang tidak elok ialah hadirnya satu 'makhluk' menyerupai wanita yang berpakaian serba putih sedang mendukung anaknya sambil melintas jalan. Kehadirannya membuatkan papa memberhentikan kereta secara mengejut.

Kali ini, bukan aku seorang yang nampak. Papa dan mama ku juga melihat benda yang  sama. 'Wanita' tersebut seakan - akan mendodoikan anaknya sambil melintas jalan. Walaupun aku berada di dalam kereta, aku masih dapat mendengar suaranya. Jelas di telinga ku!

Papa dan mama berbisik - bisik antara satu sama lain. Kami terpaksa menunggu di situ selama lebih kurang 5 minit kerana 'wanita' itu malangkah perlahan.

Sudahlah di tengah - tengah hutan. Muncul pula rupa seperti itu di hadapan mata. Kami terus menunggu dan akhirnya papa memecut kereta supaya kami sampai ke destinasi dengan segara dan berharap tidak muncul 'benda' yang lebih teruk daripada itu.

••••••••••

That all for this part.
Nnt sy sambung lg
klau xde krja.

Thanks for read n vote

Please support me..!
I need your support...!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now