26

746 91 12
                                    

2008. Aku bersiap sedia untuk menghadapi SPM. Pada mulanya aku rasa ini akan memudahkan aku kerana aku sudah pun membuat jadual belajar sendiri, tapi keadaan menjadi sukar apabila banyak gangguan yang berlaku pada tahun ini. Apa yang berlaku?

Ia bermula dengan seorang pelajar perempuan baru berpindah ke sekolah ini. Dia ditempatkan di dalam kelas ku. Pelajar ini agak bijak dan ini terbukti apabila peperiksaan awal tahun bermula. Dia merupakan salah seorang pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang.

Aku tidak mempunyai masalah dengan itu. Aku akui yang dia memang bijak dan itu salah satu kelebihannya. Apa yang menjadi masalah bagi ku adalah 'benda' yang ada padanya. 'Benda' yang selalu berdamping dengannya. 'Benda' itu juga mengganggu ku memandangkan dia duduk di hadapan ku jika mengikut susunan kedudukan ketika peperiksaan.

Ketika peperiksaan berlangsung awal bulan Mac dan aku sedang khusyuk menjawab soalan Matematik, aku terdengar suara yang seakan akan mengejek jawapanku.

"Salah..." "Salah.." "Salah.." Kata suara yang sayup ku dengar.

Aku mengambil keputusan untuk mengabaikan suara itu dan terus fokus pada soalan peperiksaan. Namun, tindakan hanya sia-sia kerana suara itu tetap kedengaran dan ia terlalu jelas di telingaku.

Aku tidak berpuas hati. Aku mendongak dan terpaku. Mataku merenung tajam tepat di atas kepala pelajar baharu itu. Kepulan asap hitam berwajah terapung-apung dia atas kepalanya. Lidahnya terjelir panjang sambil mengucapkan perkataan "Salah".

Aku mengalih pandangan pada kertas peperiksaan di atas meja. Memejamkan mata sejenak untuk menenangkan hati yang gelisah. Usai menarik nafas dalam dalam, aku menjawab kembali soalan Matematik yang belum aku siapkan.

Tapi, sebaik sahaja aku mula menulis jawapanku. Suara itu kembali. Tetap dengan perkataannya itu. Aku cuba untuk menumpukan fikiran pada soalan ini namun aku sudah hilang sabar. Aku terus bertindak. Aku berdiri dan menjerit.

"Diam lah!"

Semua pelajar yang berada di dalam dewan menoleh dan mata mereka tetap memandang aku. Aku yang berdiri terus duduk dan cuba tenangkan diri ku. Guru yang mengawasi ketika itu menerpa ke arah ku. Mereka risau dan berasa pelik dengan tingkah ku.

Tiada siapa yang tahu perasaan ku ketika itu. Aku hanya berdiam diri walaupun benda yang sama terjadi ketika peperiksaan berlangsung.

Itu merupakan salah satu perkara yang berlaku yang mengganggu aku sepanjang tahun 2008 ini.

Perkara lain yang berlaku dalam tahun ini adalah kejadian histeria yang kerap, usai sahaja solat hajat dilakukan.

Seperti yang aku katakan, budak perempuan itu juga yang selalu diganggu. Kejadian histeria yang paling teruk setakat ini berlaku sebulan sebelum peperiksaan SPM bermula. Sudah menjadi kebiasaan, usai sahaja solat hajat berjemaah, semua pelajar tingkatan 5 dan para guru yang hadir akan membaca Surah Yaasin. Ketika bacaan Surah Yaasin bermula, budak perempuan ini yang kami kenali sebagai Suri tiba - tiba sahaja menangis. Aku yang duduk bersebelahan dengannya sudah mula panik.

Aku menoleh ke arahnya. Air matanya sudah bercucuran laju membasahi pipinya. Suara gema bacaan Surah Yaasin amat kuat sehingga suara tangisan Suri sukar didengari oleh orang lain. Ketika ini bulu roma ku tegak berdiri. Bukanlah kerana aku takut, tapi ada sesuatu yang memegang bahuku. Tangan. Tangan yang hitam memegang bahuku. Aku melirikkan mataku ke arah tangannya dan aku perlahan - lahan mendongak ke atas.

Aku nampak!
Aku nampak 'benda' itu bertenggek di atas bahu Suri. Sekarang aku tahu kenapa Suri menangis. Sakit. Sakit dicengkam oleh kuku yang terdapat pada tangan hitam. Seketika kemudian, Suri menjerit dan meraung. Mungkin sudah dia sudah tidak dapat menahan rasa sakit pada bahunya. Seraya itu juga, 'benda' yang bertenggek tadi hilang bagai merasuki tubuh Suri.

Semua pelajar dan guru yang berada di situ tidak begitu terkejut. Mereka sudah lali dengan amukan Suri yang kerap berlaku ketika solat hajat berjemaah diadakan. Pada ku, kali ini lebih teruk daripada biasa. Apa yang aku lihat selalunya Puteri - Puteri yang merasuk tubuh Suri seperti kejadian Balqis dahulu. Kali ini, lain! 'Benda' yang meminjam badan Suri bukanlah 'Puteri' yang selalu aku nampak di sekolah ini.

Aku sebenarnya tidak tahu apakah benda itu. Tubuhnya seperti monyet dengan bulu yang berwarna hitam. Tangan dan kakinya menyerupai tangan manusia cuma berwarma hitam. Kepalanya pula, berbeza. Kepalanya seakan - akan manusia perempuan yang berambut panjang dengan wajah yang hanya bermata dua.

Suri yang dirasuk mula mencabut telekung solat. Dia meronta - ronta seperti sedang kesakitan. Ketika itu, pelajar lain diarahkan ke kelas masing - masing. Yang tinggal hanyalah guru - guru dan beberapa orang pelajar yang diminta untuk menolong Suri. Pada mulanya, aku lari dan tidak mahu mengambil bahagian tapi Ustaz Az menghalang ku. Dia meminta ku untuk tunggu dan membantunya kerana katanya, dia tahu apa yang aku nampak.

Aku terpaksa. Aku lihat Ustaz mula membaca Surah - Surah bagi menghalau 'benda' tersebut. Ustaz kemudian memeluk Suri apabila dia cuba melarikan diri. Ustaz mengarahkan pelajar di situ mengambil tali. Mereka mengikat Suri pada tiang dalam surau. Aku hanya berdiri kaku di situ. Tidak ingin menolong dan seperti tiada fungsi aku menunggu di surau.

(Sorry sekali lagi, tak boleh share macam mane Ustaz tu ubatkan Suri.. apa yg sy tahu Suri muntah darah.. Habis karpet kat surau kena tukar...)

Suri akhirnya sembuh selepas seminggu di hospital. Dia muntah darah. Bukan sahaja darah yang keluar. Terdapat beberapa gumpal rambut yang keluar semasa dia muntah. Selepas kejadian itu, barulah aku mengetahui bahawa Suri sebenarnya mempunyai 'penjaga' dari arwah neneknya. Ibu bapanya juga tidak mengetahui hal ini. Mungkin disebabkan itu, 'penghuni' di sekolah ini pasti tidak menyukai 'penjaga' Suri.

Selepas kejadian itu juga, Suri bagai disoal siasat oleh Ustaz. Dia ada bercerita bahawa dia pernah mendapat satu mimpi. Di dalam mimpinya, dia berjumpa dengan neneknya yang sedang mendukung bayi perempuan. Kemudian neneknya menyerahkan bayi itu kepadanya. Dia menyambut bayi tersebut dengan senyuman. Itu sahaja yang dilakukan di dalam mimpinya.

Tapi terdapat maksud yang tersirat di sebalik mimpi sebegitu. Rupanya, nenek Suri menyerahkan 'saka' kepada Suri sebagai waris untuk menyambung legasinya.

••••••••

SORRY SBB LAMA SGT TAK UPDATE

ABAIKAN TYPO

SY AKN SMBUNG PUB STORY NI
IF IM FREE

THANK TO READERS N VOTERS

PLEASE SUPPORT ME!!
I NEED YOUR SUPPORT!!!!

●~● ●~●

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now