34

459 59 2
                                    

Mimpi gigi yang sakit atau gigi tercabut, maka ilmuwan berpesan supaya segera bermohon kepada Tuhan minta keampunan dan kesejahteraan. Mimpi gigi sakit atau tertanggal itu katanya peringatan atau petanda suatu perkara buruk akan menimpa.

Bagaimanapun, ada pula tafsiran yang mengatakan mimpi gigi patah dan jatuh ke tangan ertinya atau alamatnya akan beroleh harta.

Kata orang tua-tua pula, jikalau mimpi gigi tercabut sebelah atas maknanya akan terjadi kematian di kalangan anggota keluarga sebelah atas seperti ayah, ibu, datuk atau nenek.
Jika mimpi gigi patah atau tercabut sebelah bawah alamatnya kematian di kalangan anggota sebelah bawah seperti anak, isteri, cucu atau saudara kandung yang lebih muda usianya.

Sumber artikel:   http://www.sentiasapanas.com/2019/05/maksud-mimpi-tercabut-tanggal-atau-patah.html#axzz6OgBn2W7T

Ini merupakan petikan berkenaan tafsir mimpi daripada blog yang kamu boleh dapatkan di google. Tapi lain pula ceritanya apabila dikaitkan dengan si 'Aku'

..................................

Satu malam yang membuatkan aku terjaga dari pukul 2 pagi sehingga waktu Subuh. Aku bermimpi. Mimpi yang aku takut jika ia berlaku di alam realiti. Dalam mimpiku, aku berseorangan di dalam gelap.

Peluh mula berlari turun dari dahi ku. Pada saat itu, apa yang aku fikir adalah untuk keluar dari tempat ini. Aku berlari entah ke mana sehinggalah aku terjumpa satu titik cahaya yang membawa aku ke sebatang jalan kampung.

Aku kenal jalan ini. Jalan ini akan membawa aku terus ke rumah nenek yang sudah lama pergi menghadap Pencipta. Apa yang aku buat di sini? Adakah ini realiti atau hanya bayangan separuh matiku? Aku bertanya pada diriku berkali-kali walaupun aku sendiri tidak tahu jawapannya.

Untuk beberapa ketika, keadaan jalan menjadi begitu senyap. Mana tidaknya, aku dapat mendengar degupan jantung ku dan aku dapat mendengar aliran darahku sendiri. Lama aku menanti di situ. Aku melilau melihat keadaan sekeliling dan sekali lagi aku ternampak satu titik kecil bercahaya.

Cahaya dari jauh itu semakin membesar seperti menuju ke arah ku. Tidak semena-mena, satu letupan hebat berlaku di hadapan mataku. Dua buah kereta bertembung hebat. Menggegarkan sebatang jalan kecil. Memecah kesunyian alam.

Satu suara jeritan dari arah belakang mula jelas. Mak. Wajah mak dalam kehibaan. Meraung bagai kulit disiat-siat pedih. Duah buah kereta terdampar di tengah jalan. Seperti ku kenal salah satunya. Kereta ayah. Tanpa sedar, air mata mula mengalir. Ramai manusia lain berkerumun membantu mengeluarkan tubuh yang tersepit. Satu tubuh yang sudah layu dikeluarkan dan dibaringkan. Wajahnya ku tatap. Ayah.

.............................

Aku tersedar dari tidur. Aku cepat-cepat mencapai telefonku. Nombor mak didail. Namun, tiada jawapan. Aku tetap mendail sehinggalah satu suara ditangkap oleh gegendang telinga ku. Suara mak begitu sayu seperti seseorang yang tidak bertenaga. Aku bertanya khabar mak.

Tapi, jawapan yang diberikan amat memilukan hati ku. Mak sihat tapi ayah ku sudah tidak bernyawa. Aku beristighfar. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa ketika itu. Apabila mak bercerita lebih lanjut, aku terkedu.

Adakah aku telah menyaksikan satu kemalangan yang melibatkan ayah ku? Adakah itu mimpi? Adakah itu realiti? Persoalan yang tiada jawapan dalam fikiran ku. Aku memeluk tubuhku. Memandang tepat pada cermin yang menghadap katilku. Wajah ayah di dalam cermin amat mengerikan membuat aku menangis seperti orang tidak waras.

Aku mengambil cuti untuk beberapa hari dan pulang ke kampung. Setelah berbincang, aku membuat keputusan untuk mencari tempat kerja yang berdekatan rumah. Aku tidak mahu meninggalkan mak ku berseorangan.

Walaupun begitu, tidak mudah untuk ku menukar tempat kerja. Aku perlu menghabiskan kontrak dengan syarikat terdahulu sebelum beralih ke syarikat yang lain. Aku juga agak bernasib baik, aku masih lagi dapat berkerja di bawah syarikat ini tapi di cawangan yang lain. Alhamdulillah, tempat kerja yang baru ini lebih dengan rumah ku.

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now