21

1.1K 126 4
                                    

Selepas keadaan kembali tenang, aku menghampiri cikgu Azizah dan mula bertanya tentang Mayang. Ketika aku bertanya, mukanya kelihatan terkejut dan serba salah. Disebabakan perasaan ingin tahu, aku mendesak cikgu Azizah supaya membuka cerita tentang Mayang. Dia mengeluh dan akhirnya mengarahkan ku ke perpustakaan lama seorang diri. Dia akan bercerita kepada ku nanti. Aku hanya mengangguk tanda setuju.

Seusai sarapan pagi di kantin, aku menuju ke perpustakaan lama. Langkah ku perlahan. Berdiri sahaja aku di pintu masuk perpustakaan lama, lutut ku terasa lemah, bulu roma ku meremang. Teringat pula kejadian yang menimpa aku dahulu. (Anda boleh rujuk Part 13 & 14)

Aku terdiam sejenak sebelum seorang wanita menegurku. Cikgu Azizah sudah menunggu aku di perpustakaan lama itu. Disebabkan aku teringat kejadian yg menimpa ku, aku mengambil langkah untuk memberikan salam terlebih dahulu dan aku lega salam ku disambut oleh cikgu.

• • • • • • • •

Aku melihat jam di pergelangan tangan ku. Aku menunggu cikgu Azizah dan sesekali aku memanjangkan leherku untuk melihat cikgu yang sedang menggeledah rak buku. Perpustakaan ini nampak menyeramkan kerana jarang digunakan. Lagi pula, tiada sesipa yang berani masuk ke perpustaakan lama ini. Buku - buku yang terdapat di sini juga sudah lama dan berhabuk. Rak buku iuga sudah rosak dan hampir roboh.

Aku menanti dengan penuh kesabaran dan saat itu, mataku menangkap sesusuk tubuh wanita tua berusia 100 tahun, terbongkok - bongkok berjalan ke arah ku. Aku tidak terperanjat kerana dia sudah pun menunjukkan rupanya kepada ku pada pagi tadi. 'Nenek' datang kepada ku dan duduk di sebelah ku. Tidak sanggup aku memandang wajahnya yang berkedut dan pucat bagai mayat.

Aku menunggu beberapa minit lagi dan akhirnya cikgu Azizah datang dan duduk bertentangan dengan ku. Cikgu menyerahkan ku sebuah buku tebal, setebal kamus dewan kepada ku. Aku mengambil dan mula membacanya. "Sejarah Awal Pembukaan Sekolah" tajuknya menarik perhatianku. Katanya, buku ini disorok supaya pelajar tidak membacanya kerana takut reputasi sekolah jatuh. Oleh sebab perpustakaan ini sudah jarang digunakan, tempat ini menjadi tempat simpanan buku yang lama dan buku yang sudah rosak. Cikgu Azizah kemudian menyerahkan sebuah fail kepada ku. Aku membukanya dan melihat begitu banyak helaian kertas serta keratan akhbar.

Cikgu Azizah memberitahuku bahawa cerita yang berkaitan dengan Mayang ada di dalamnya. Aku mengangguk. Kami kemudiannya beredar. Aku terus menuju ke bangunan asrama ku. Dalam perjalanan pulang ke asrama, aku terserempak pulak dengan Ustaz. Ustaz menegurku dan menegur 'seseorang' di belakangku. Ketika itu, aku dapat mengagak yang 'nenek' mengekoriku. Ustaz mengulang soalan yang diajukan kepada ku pada pagi tadi.
'Awak ada penjaga ke?'
(Lebih kurang mcm tu lah ayat dia)

Aku tidak tahu kenapa, mungkin sudah tertulis bahawa rahsia yang aku simpan ini akan terbongkar pada hari itu. Kenapa aku bagitahu anda macam tu? Sebab, aku baru sahaja nak buka cerita pada Ustaz, cikgu Azizah pulak datang. Nak tak nak, aku terpaksa bercerita kepada mereka. Apa yang aku cerita pada diorang, adalah benda yang sama aku cerita pada anda pada awal bab buku ini. Kalau anda tak ingat, anda boleh rujuk bab awal buku ini.

Selepas bercerita, keadaan menjadi sunyi memandangkan hanya kami bertiga sahaja disitu dan tiada sesiapa yang mengeluarkan suara. Tidak! Sebenarnya, kami 'berempat' duduk di situ. Cikgu Azizah kelihatan tergamam apabila mengetahui apa yang aku alami. Ustaz mula bersuara, beliau memberitahuku, ketika beliau menjejakkan kakinya ke sekolah ini buat pertama kali, beliau melihat seorang wanita tua smengekori ku dari jauh. Aku hanya mengangguk sahaja. Setelah berbual beberpa minit, aku meminta diri kerana tidak sabar untuk membaca sejarah tentang sekolah ini.

  • • • • • • • •  

Aku membuka buku setebal kamus dewan itu sebaik sahaja melabuhkan punggung ku di atas katil. Aku mula membaca dari muka surat yang pertama sehingga muka surat yang terakhir. Aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya. Aku akan berhenti seketika apabila masuk waktu solat dan membacanya lagi. Terdapat gambar di dalam buku tersebut dan setiap gambar pasti ada cerita mengenainya.

Sekolah ini mempunyai 7 bangunan lama yang dibina di atas tapak hutan. Sama juga seperti sekolah - sekolah yang lain. Tapak binaannya adalah tapak hutan lama. Tapi, apa yang lebih menarik adalah, tapak binaan sekolah ku adalah hutan lama yang menjadi tumpuan orang ramai membuang makhluk halus seperti jin dan iblis. Kawasan taman pula dibina di atas kawasan perkuburan lama. Mungkin inilah sebabnya buku ini disorok. Buku ini menceritakan kisah benar di sebalik sekolah yang tersegam indah ini. Sebab itulah pelajar sekolah ini sering di ganggu.

  • • • • • • • •  

8.30 malam. Aku menutup buku tersebut setelah menghabiskan ayat yang terakhir. Aisha memanggilku dan mengajakku ke surau sekolah. Aku bersetuju kerana waktu tersebut sudah menjengah waktu Isyak. Dan aku tidak berjemaah ketika Maghrib kerana ingin menghabiskan buku tersebut. Aku tertanya - tanya tentang Mayang. Apa kaitannya dengan sekolah ini. Adakah dia bekas pelajar di sekolah ini? Mungkin juga kisahnya ada dalam keratan akhbar yang diberikan oleh cikgu Azizah.

Usai sahaja solat Isyak, Ustaz memberitahu bahawa Qiamullail akan diadakan seperti biasa pada pukul 4.00 pagi. Semua palajar kemudiaanya diarahkan kembali ke asrama masing - masing. Aku mengambil kesempatan ini untuk ke perpustaakan baru di yang terletak di bangunan baru. Perpustakaan itu sering dikunjungi oleh pelajar dan guru tidak kira pada waktu siang atau malam. Jadi, aku lebih berani untuk ke sana seorang diri. Aku membawa fail yang mengandungi keratan akhbar ke sana. 

Aku bernasib baik kerana ketika aku sampai, beberapa orang pelajar baru sahaja melangkah masuk ke perpustakaan. Aku melangkah masuk dan aku bertambah lega kerana terdapat seorang cikgu dan sekupulan pelajar sedang mengulang kaji. Aku mengenali guru tersebut kerana beliau pernah mengajar ku ketika aku di tingkatan 2.

Aku mengambil tempat berdekatan kaunter pinjaman. Aku mula melihat keratan akhbar tersebut. Pelbagai kes yang berlaku di sekolah ini termasuk kes yang berlaku di kawasan sekitar. Aku sedikit bingung. Mana tidaknya, apakah kaitan kes - kes yang berlaku di kawasan kampung di sini dengan sekolah ini dan Mayang?? Aku terus membaca keterangan akhbar tersebut dan satu kejadian yang tertulis di akhbar tersebut sangat menarik perhatian ku. 

Seorang remaja Mayang . . . .  (nama penuh di rahsiakan), 17 tahun, dibunuh kerana mengandung. 

Akhbar itu adalah keluaran tahun 70-an. Aku tidak faham. Apa kaitannya dengan sekolah ini? Kenapa pula Mayang merayau - rayau di kawasan sekolah ini?? 

  • • • • • • • • 

Too many words, sy akn smbung di part yg seterusnya..

Please stay and read..

Tq kpd readers n voters

Please support me!

I need your support!! 

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now