09

1.7K 187 14
                                    

Pada malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata kerana masih terfikir akan hal yang berlaku di tandas tadi. Dengan siapa aku bercakap tadi?

Tiba - tiba aku nampak satu kelibat. 'Dia' memanggil - manggil namaku. Aku tidak menjawab sebaliknya memerhati sahaja. Bila aku amati kelibat itu, rupanya itu kelibat Maz.

Maz memberitahu ku bahawa dia ingin ke tandas. Dia mengajak ku menemaninya ke tandas kerana perutnya sakit. Mungkin juga Maz makan terlalu banyak tadi. Aku bersetuju memandangkan aku tidak dapat tidur.

Aku berjalan bersama Maz ke tandas di aras 3 kerana tandas itu sahaja yang dapat digunakan buat masa ini. Sampai sahaja di tingkat 3, Maz terus berlari masuk ke tandas. Aku mengekorinya dan menunggu berhampiran sinki.

Baru sahaja masuk ke tandas selama seminit, tandas sudah di pam. Aku berfikir sejenak dan mula bersuara.

"Cepatnya kau buang. Dah siap dah.."

"Belum la. Aku belum siap lagi."

"Eh eh.. Tadi kau dah pam kan.?"

"Apa kau cakap ni.. Aku belum pam lagu la, belum siap.. Kejap la...."

Mendengar kata - kata Maz membuatkan aku tidak senang duduk. Rasa gelisah menyelubungi benak hati ku. Kalau di ikutkan hati, mahu sahaja aku berpatah balik ke bilik. Tapi, Maz masih di dalam tandas, dan tidak mungkin aku akan meninggalkan rakan ku berseorangan.

Bunyi tandas di pam kedengaran lagi.

Aku hanya berdiri kaku. Beberapa detik kemudian, Maz keluar dari tandas dan tersenyum lega.

Aku membalas senyumannya sekadar ingin menenangkan perasaannya. Kami kemudiannya keluar dari tandas.

Tiba - tiba Maz menunjukkan jarinya ke arah sesuatu dan bertanya adakah aku mengenali remaja perempuan yang sedang berjalan ke arah kami.

Aku menoleh dan melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Maz. Dan tanpa berfikir panjang, aku segera menarik tangan Maz dan lari menuruni tangga untuk ke bilik.

Sampai sahaja di bilik, aku terus menerjah masuk dan menutup pintu lalu menguncinya. Aku tercungap - cungap menarik nafas. Dengan serta merta, lampu bilik terbuka dan keadaan menjadi terang benderang.

Aisha menegur ku dan bertanya kenapa aku tercungap - cungap dan kenapa aku berada di luar tadi. Aku baru sahaja ingin membuka mulut dan bercerita tentang hal yabg terjadi.

Tapi suara ku seakan - akan tersekat pada kerongkong apabila mata ku menangkap figura Maz yang duduk di atas katil sambil menggosok matanya. Jika Maz berada di bilik tidur.. Siapa yang bersama aku di tandas tadi..?

Sebenarnya, sewaktu keluar dari tandas tadi..'Maz' ada menunjuk ke arah seorang gadis yang berjalan ke arah kami. Tapi sebenarnya, gadis itu tidak berjalan kerana 'dia' tidak mempunyai kaki.

Badannya seakan terapung, melayang - layang ke arah aku dan 'Maz'. Sebab itulah aku menarik 'Maz' dan lari dari situ.

Tapi sekarang, Maz yang sebenar berada di dalam bilik dan tidur bersama - sama rakan yang lain.

Ini salah satu peristiwa yang menjatuhkan harapan dan tanggapan ku dimana aku berharap akan mendapat ramai kawan dan kawan - kawan ku ialah manusia seperti ku. Namun, ia hancur disebabkan 'benda' yang sering menunjukkan dirinya kepada ku dalam bentuk yang menyerupai manusia biasa.

• • • • • • • • • • • • • •

Too late.
Lambat update.. Busy sgt
Terlalu byk kerja

Sorry klau part yg
nie pendek!!

Please support me!!
I need ur support!!!!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now