28

558 78 1
                                    

Keadaan berjalan seperti biasa dan tiada gangguan yang aneh walaupun aku sudah nampak beberapa makhluk lain yang tinggal di situ. Tapi mereka tidak mengganggu ku dan orang lain. Aku berasa bahawa aku dapat menjalankan hidup ku seperti orang normal. Namun, aku salah. Perkara yang aku takutkan berulang kembali apabila.....

Petang itu, aku masuk ke bilik seusai menyiapkan kerja-kerja di studio. Aku merebahkan tubuhku di atas katil dan melepaskan penat. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku cuba untuk tidak melelapkan mata tapi aku tewas.  Keadaan bertambah teruk apabila pada ketika itu, aku dalam keadaan tidak suci (period). 

Mataku terlalu berat untuk di buka luas. Namun aku terus memaksa mata ku untuk melihat sekeliling dek kerana ketukan pada pintu yang membuat ku terjaga. Kelihatan bilikku yang samar-samar. Ketukan pada pintu masih lagi berbunyi. Aku cuba bangun dan tercari-cari telefon bimbit dalam beg yang terletak di sebelah katil. Aku menggosok-gosok mata sambil melihat waktu yang terpampang pada skrin telefon. Waktu sudah hampir menjengah pukul 9 malam. Aku terdengar lagi ketukan pada pintu. Setahu aku rakan ku yang lain masing-masing mempunyai kunci bilik, jadi kenapa mereka perlu mengetuk pintu?

Aku mengangkat tubuh ku dengan malas dan berjalan perlahan menuju ke pintu. Aku membuka pintu dan terus melontarkan suara, "Korang tak bawak kunci ke?".

Keadaan menjadi sunyi seketika. Tiada satu makhluk pun yang berdiri di luar bilik aku ketika itu. Aku tergamam. Peluh mula menitik. Aku tarik nafas dan menutup pintu. Aku cuba sembunyikan perasaan takut dan menganggap perkara tersebut tidak berlaku. Aku mengatur langkah menuju ke katil namun langkah aku terhenti apabila ketukan itu muncul lagi. Aku cuba bertenang dan membuka pintu. Sekali lagi, keadaan yang sama berulang. Tiada siapa yang berada diluar saat aku membuka pintu.

Kali ini aku betul-betul cuak. Aku sekali lagi cuba bertenang dan berzikir  dalam hati. Aku cuba sembunyikan perasaan takut. Tapi 'si dia' lebih bijak. 'Dia' tahu apa yang aku rasa. Bunyi ketukan itu datang lagi. Kali ini lebih kuat. Aku yang berdiri beberapa langkah membelakangi pintu dapat dengar dengan jelas. Aku menarik nafas dan menoleh perlahan kebelakang.

Aku tergamam. Tiada satu perkataan yang keluar dari mulutku dan mataku tidak menipu. Sebaik sahaja menoleh ke belakang, aku terkejut kerana depan terdapat satu makhluk yang berdiri di sebelah pintu bilikku dan mengetuk pintu itu dengan kuat. Aku dapat mengagak perkara ini akan berlaku. Bunyi ketukan pada pintu, bukanlah bererti 'si dia' atau 'benda' tersebut di luar bilik atau rumah. Tapi bunyi ketukan itu sebenarnya dari dalam. Ini bermakna 'si dia' sebenarnya memang berada di dalam bilik atau rumah anda. 

Aku tidak nafikan 'benda' tersebut tidak ada. 'Benda' ini berada dimana-mana dan kemungkinan kite yang tidak nampak, walhal 'benda' tersebut nampak kita. Aku pun tak nafikan, tempat yang aku tinggal ini merupakan tempat asal 'benda' tersebut. Kemungkinan 'benda' tersebut mengganggu ku kerana aku dalam keadaan yang kotor dan mental aku pada ketika itu agak terganggu. (saya rasa time period perempuan mesti macam ni, emo, resah, cepat marah, n macam-macam lagi.)

Aku terkaku disitu untuk beberapa ketika sebelum sesuatu yang tidak pernah berlaku padaku, terjadi pada malam itu. Aku dapat lihat lembaga yang berada di sebelah pintu bilik itu menghampiri ku yang berdiri tidak jauh dari pintu tersebut. Semakin dekat 'si dia' dengan ku, semakin kabur penglihatan ku. Kemudian aku dapat merasakan satu angin yang kuat menjamah tubuhku. Aku terus menutup mata ku serapat yang mungkin.

Aku menunggu beberapa saat dan mungkin beberapa minit sebelum membuka mataku. Aku berasa mata ku terlalu berat untuk dibuka dan aku terpaksa membukanya perlahan-lahan. Setelah mataku terbuka luas, aku melihat bilikku terang benderang dihiasi cahaya lampu. Dua wajah yang aku kenal berada disampingku. Terdapat juga dua orang gadis bersama seorang wanita yang umurnya dalam lingkungan lewat 40-an berada di hujung katil. Tubuhku berasa lemah dan berat.

Aku mengangkat tubuh ku dibantu oleh dua orang yang aku kenal. Ibu dan ayah. Mengapa mereka berada di sini? Aku benar-benar keliru dengan situasi sekarang. Apakah yang berlaku selama mataku tertutup rapat tadi? Mereka memeluk tubuhku. Riak wajah mereka kelihatan gembira dalam resah. Aku masih bingung hanya membiarkan mereka semua. 

Setelah keadaan kembali seperti biasa. Ibu dan ayah ku meminta diri, begitu juga seorang wanita yang aku kenali sebagai Puan Asma. Mereka bertiga berjalan keluar beriringan. Aku masih terbaring sambil memandang siling serta masih berfikir tentang apa yang telah berlaku.

Aku menggagahkan diri ku untuk berganjak dari katil. Aku mula membuka mulut dan bertanya pada Ani dan Ong. DAN.. Ini adalah cerita dari sudut perspektif mereka.

......

Tepat pada pukul 9 malam, Ani dan Ong pulang ke bilik setelah membeli makanan untuk makan malam. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, mereka memanggil namaku beberapa kali kerana pintu bilik tidak berkunci dan terbuka luas. Mereka melangkah perlahan dan melihat aku masih tidur di atas katil. Setelah mengejutkan aku dan mengajak aku makan, mereka mendapati kelakuanku agak pelik kerana caraku makan sedikit berbeza dari kebiasaannya.

Mereka hanya membiarkan sahaja perkara tersebut. Kelakuan ku bertambah teruk apabila Ani mula solat Isyak. Mereka berkata, aku mula meracau dan menjerit-jerit. Keadaan dalam bilik juga bertambah panas. Keadaan yang kecoh itu juga menarik perhatian penghuni bilik yang lain. Rupa-rupanya aku dirasuk dan mengalami histeria dan aku langsung tidak tahu perkara itu berlaku pada ku. Sumpah!

Mereka menghubungi salah seorang pensyarah yang mengajar kami iaitu Puan Asma. Mereka bernasib baik kerana rumah Puan Asma tidak begitu jauh dengan fakulti dan blok asrama pelajar. Puan Asma juga memanggil seorang pensyarah yang pakar dalam berubatan Islam. Beliau juga menghubungi ibu dan ayah ku supaya datang dengan kadar segera. 

Selama aku hidup, aku selalu melihat rakan-rakan ku dirasuk tetapi aku tidak pernah menjangkakan perkara ini akan berlaku pada diri ku sendiri. Ini merupakan kali pertama aku mengalami perkara sebegini dan aku berkemungkinan menjadi tapak keluar masuk 'benda' tersebut. Namun, aku tidak mahu hal ini berulang dan aku juga harus menjadi lebih bijak serta lebih mendalami ilmu keagamaan agar aku lebih kuat.

Selepas kejadian itu berlaku, Ani dan Ong agak menjarakkan diri dari aku. Aku tidak salahkan mereka. Aku mula bercerita dan memberitahu tentang diri ku yang aku rasa terdapat dua sisi berbeza dalamku. Aku rasa beruntung kerana mempunyai rakan yang fikirannya terbuka dan masih mahu berkawan dengan orang seperti aku. Mereka juga mula rapat dan menjagaku serta menemaniku ke mana sahaja. Risau juga mereka, jika perkara yang sama berlaku lagi.

Tentang cara mengubat aku dari histeria, mereka tidak menceritakan hal tersebut kepada ku. Aku tidak kisah tentang hal tersebut. Aku juga tidak mahu tahu kerana perkara tersebut sudah tentu memalukan aku. Terdapat juga pelajar-pelajar lain yang sentiasa berkata-kata tentang kejadian yang menimpa diriku. Ada juga yang mengatakan 'benda' tersebut menggangguku kerana iman ku lemah, aku tidak solat, aku terlalu takut, dan macam-macam lagi.

Ya, aku tidak nafikan perkara tersebut. Iblis, jin dan syaitan akan selalu ada untuk mengganggu manusia-manusia yang lemah dan tidak berpegang kepada agama Islam. Ya.

Tapi cuba bayangkan, kamu tidur dan bangun dengan hijab mata yang terbuka dan mula melihat makhluk-makhluk lain selain dari manusia. Sama seperti aku yang tidak ada hijab sejak kecil! Kadang-kadang aku tidak dapat membezakan antara manusia yang betul atau manusia jadian bila makhluk tersebut juga dapat menjelama dalam bentuk dan menyerupai manusia. 

Jadi, iktibar dari apa yang berlaku padaku ini perlu diambil. 

(Setakat ni je part untuk kali ni. Hope korang still support sy!!! =)   thank you jugak readers and voters yang still support cerita ni...next part akan di sambung lagi)

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now