04

2.5K 238 5
                                    

Kesunyian malam sudah ku ragut. Aku menjerit memecah kesunyian malam atau lebih tepat tengah malam.

Dan...

Aku kemudian membuka mata. Terkejut apabila aku sebenarnya berada di atas katil. Aku meraup muka yang berpeluh. Jadi, semua yang aku alami tadi hanyalah mimpi? Mimpi yang seakan - akan realiti? Aku melihat lantai bilik ku, masih terdapat buku dan pensel warna yang bertaburan.

Jantung ku mula berdegup laju apabila lampu bilik ku terpadam secara tiba - tiba. Adakah mimpi tadi menjadi realiti?
Aku meraba - raba dalam gelap mrncari laci. Aku ingin mencari lilin. Tidak mahu tinggal dalam gelap yang terdapat sesuatu di sebaliknya. Aku menjumpai lilin namun, aku tidak sempat menyalakan lilin kerana bilik ku kembali terang. Apa yang pelik ialah pintu bilik ku terbuka.

'Mungkin juga ibu yang datang ke bilik ku.'

Sangka ku lalu keluar dan menuju ke bilik ibu. Tapi ibu tiada di biliknya. Kemudian, bermula di sini...perkara yang sama terjadi kepada ku. Semua yang aku lakukan dalam mimpi ku tadi, aku sedang lakukan sekarang. Aku tahu apa yang akan terjadi, tapi aku tetap lakukan perkara yang sama. Namun, apa yang lain ialah ketika aku berada di dapur.

Aku berada di dapur dan memandang tepat ke arah pintu stor yang terbuka perlahan - lahan. Seperti tadi juga, aku mendengar suara yang berbisik. Semakin kuat. Semakin kuat. Tahulah yang 'benda' itu semakin dekat. Semakin dekat sehinggalah 'benda' itu menunjukkan dirinya kepada ku. Dalam mimpi ku tadi, seorang kanak - kanak akan keluar merangkang ke arah ku. Tapi sekarng tidak! Apa yang keluar ialah...

Apa yang aku lihat??

Apa yang aku lihat ialah 'seorang' nenek yang bermata besar, berkulit putih bak mayat hidup, kulit yang terkoyak dan hampir jatuh, berambut putih yang panjang, dan berpakaian putih yang lusuh bagai kain kafan yang sudah dicemari tanah.

'Nenek' itu berjalan menghampiri ku sambil mulutnya bergerak - gerak mengeluarkan ayat.

"Ikut nenek.. Ikut nenek...."

Kali ini aku tidak berdiam diri. Aku terus berlari meninggalkan 'nenek' tadi. Aku masuk ke dalam bilik ku. Seperti dalam mimpi ku juga, aku bersembunyi di dalam selimut dan berharap 'nenek' tidak menemui ku. Tiba - tiba telinga ku menangkap bunyi. Aku ingin melihat apakah ia. Aku membuka selimut sehingga menampakkan wajah ku.

Debaran di dada semakin kuat apabila melihat almari ku bergoyang. Seperti sesuatu yang besar ingin keluar dari situ. Aku sabar menanti.

Sebenarnya, almari itu bukanlah milik ku. Almari tersebut sudah berada di situ sejak aku berpindah ke sini. Almari yang di perbuat daripada kayu jati dan diukir dengan hiasan yang begitu cantik, mrnampakkan almari itu masih baru walaupun sudah lama.

Pintu almari ku terbuka perlahan - lahan. Jantungku berdegup dengan begitu laju, aku semakin cemas.  Aku membatukan diri di atas katil dan melitupi seluruh badan ku dengan selimut. Memandangkan tubuh ku kecil, aku tidak nampak apa yang berada di lantai. Lagi pula, katil ku lebih tinggi.

Tidak lama selepas itu, aku terdengar lantai bilik ku seolah - olah berbunyi seperti ada 'sesuatu' yang merangkak menggunakan kuku yang tajam. Bunyi cakaran kuku di lantai semakin lama semkin kuat. Aku takut unyuk menjenguk dan melihat 'apa' yang sedang merangkak di lantai.

Aku kemudiannya melihat satu tangan naik di hujung katil ku. Aku dapat mendengar degupan jantung ku yang laju bagai bunyi enjin jentera. Kemudian satu lagi tangan singgah di hujung katil ku. Dan dengan perlahan satu kepala menjenguk ku di atas katil. Tubuh ku menggeletar.

Apa yang menjenguk ku?
Ia 'nenek' yang aku lihat di dapur tadi. 'Dia' merangkak naik ke atas katil ku dan merenung tepat ke arah ku.

Aku menjerit dan terus menjerit...

...sehingga ibu mengejutkan ku.

Ibu bertanya kepada ku. Mengapa aku menjerit? Adakah aku bermimpi?

Ya. Mimpi!

Rupa - rupanya tadi hanya lah sebuah mimpi yang jelas dan seolah - olah nyata. Sebenarnya sewaktu aku terjaga dari tidur, aku.masih lagi dalam posisi yang sama iaitu meniarap di lantai sambil memegang pensel warna.

Pada pagi itu, aku menceritakan apa yang aku alami kepada ibu namun, ibu tidak mempercayainya malah mengatakan aku seorang yang penakut.

• • • • • • • • • • •

Ini kisah kwn sy masa umur dia 4 tahun.
Next part, sy akan kongsi kisah ketika umur dia 6 tahun.
Time ni wktu dia cuba untk biasakan diri dgn apa yg
dia dpt lihat..

Please support me!!
I need your support!!!!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now