20

1.1K 126 4
                                    

3.00 pagi. Aku membuka mataku. Pelajar - pelajar lain masih lagi tidur nyenyak. Aku melihat sekeliling, dua orang rakanku Leen dan Aisha juga masih terlena dibuai mimpi. Tapi, kelibat kawanku, Maz, tidak kelihatan. Aku bangun dan mencari Maz. Dan mata ku terpandang pintu surau yang terbuka. Aku menelan air liur. Jantung ku mula berdegup laju.

Pada hakikatnya, aku tidak takut pada pintu yang terbuka itu. Jantungku sebenarnya berdegup kerana ternampak 'nenek' yang memanggilku sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah Maz yang berdiri di hadapan tandas di surau. Aku melihat pada arah yang ditunjukkan, kelihatan Maz sedang membelakangi aku. Badannya pula menggigil-gigil.
Jika anda yang baca cerita aku ni dari awal. Anda pasti ingat 'nenek' yang selalu ikut aku.

Aku melangkah perlahan ke arah 'nenek'. Suaranya yang seakan - akan berbisik itu semakin jelas ku dengar. Perkataan demi perkataan dapat telinga ku tangkap. Katanya, 'Kawan kau kena sampuk'. Lebih kurang begitulah ayatnya. Dengan itu, tahulah aku bahawa Maz di sampuk. Tidak cukup dengan gangguan pada malam tadi, 'dia' datang lagi dan kali ini Maz menjadi mangsa.

Aku memberanikan diri untuk keluar dari surau. Aku menuju ke arah Maz perlahan - lahan. Dan kali ini, aku rasa nasib ku agak baik kerana Ustaz As menegurku. Aku memberitahu Ustaz bahawa aku tersedar dan melihat pintu surau terbuka dan bila aku menjenguk ke luar lalu terlihat Maz di hadapan tandas. Ustaz tersenyum dan mengatakan aku seorang penipu. Aku tergamam dan peluh mula terembes keluar. Dengan tiba - tiba sahaja Ustaz As bertanya adakah aku memiliki penjaga. Aku hanya cakap yang aku akan menceritakan hal tersebut nanti. Ustaz mengangguk tanda faham.

Aku dan Ustaz As mendekati Maz yang masih berdiri tegak di hadapan tandas. Aku memanggil namanya namun tiada jawapan. Aku terus memanggil Maz. Apa yang bermain di fikiran ku, 'adakah itu Maz?'
'atau Maz berada di tempat lain dan yang aku lihat ini adalah jelmaan makhluk lain?' Aku bertanya pada diriku sendiri.

Jika itu Maz yang sebenarnya, mesti dia akan menjawab panggilan ku kecuali 'sesuatu' telah memasuki badannya. Ustaz menyuruh ku mendiamkan diri seketika kemudian beliau berkata kepada ku bahawa namanya bukan Maz. Aku mengerutkan muka. Kalau bukan Maz, siapa namanya? Siapa yang menumpang di dalam diri Maz? Aku menjadi semakin risau kerana takut sesuatu yang buruk berlaku kepada Maz.

"Mayang" Panggil Ustaz.

Dengar sahaja Ustaz memanggil 'Mayang', Maz meraung dan mengilai - mengilai. Ustaz mengarahkan aku memanggil Ustazah dan guru wanita. Aku mengikut arahannya. Seorang guru wanita, kalau tak salah, namanya Azizah. Dia kira veteren lah sebab dah lama bertugas di sekolah ni. Bermula dengan praktikal di sekolah ni dan akhirnya bertugas sebagai guru di sekolah ni juga. Rasanya sudah hampir 30 tahun dia berkhidmat di situ.

Sambung cerita Maz tadi. Apabila aku memberitahu bahawa Maz dirasuk. Cikgu Azizah ni nampak sangat cemas. Mukanya tampak terkejut. Katanya, semasa dia mula berkhidmat di sekolah ini, setiap kali ada aktiviti Qiamullail, pasti seorang pelajar akan dirasuk sehinggalah 6 tahun yang lalu, aktiviti Qiamullail diadakan seperti biasa dan seperti biasa juga ada seorang pelajar dirasuk dan malang baginya dan keluarga, dia meninggal dunia seminggu selepas dia dirasuk. Semenjak itu, tiada lagi pelajar yang dirasuk atau disampuk. Tapi kali ini, ia berlaku lagi.

Aku yang mendengar apa yang di ceritakan itu berasa takut. Aku tidak mahu kehilangan rakanku. Setelah mendapatkan Maz yang sekarang ini dipanggil "Mayang", aku sebenarnya tak tahu kenapa Ustaz panggil Maz dengan nama "Mayang". Kami membawa Maz masuk ke dalam surau. Aku lihat pelajar yang lain berpelukan di suatu sudut kerana terkejut dan takut. Leen pula menangis tak henti-henti.

Ustaz memulakan perubatan. Maz dibaringkan dengan kedua-dua tangannya di pegang erat oleh dua guru wanita. Ustaz mula membaca ayat-ayat suci al Quran dan menghembusnya ke dalam sebuah botol yang berisi air. Ustaz memanggilku dan menyuruhku mengangkat sedikit kepala Maz. Aku tak tahu kenapa tapi aku turutkan sahaja. Sebaik sahaja memegang dan mengangkat kepala Maz, Maz mula meraun, meronta, mengilai. Semua ada. Dan waktu tu jugalah seperti ada seseorang, lebih tepat "sesuatu" seakan-akan melompat-lompat di atas bumbung surau.

Ustaz meneruskan bacaan ayat suci al Quran dan seterusnya Ustaz baca ayat Kursi. Apa yang membuatkan aku terkejut dan terkedu, Maz atau "Mayang" ni, dia ikut ayat Kursi yang dibacakan. Tapi setan ni tak baca pulak ayat terakhir dalam ayat Kursi ni. Dan suara yang keluar tu bukan suara Maz yang asli lah.

Selepas Ustaz baca ayat al Quran, sesi soal jawab bermula. Aku x ingat sangat, tapi lebih kurang macam nilah,

Ustaz : Kenapa kau kacau budak ni?

Mayang : Aku suka dia, aku suka dia.

Ustaz : Ini bukan dunia kau, balik tempat asal kau!

Mayang : Ini tempat aku, kau yang kacau tempat aku.

Ustaz : Lebih baik kau keluar. Aku cakap baik-baik. Atau kau nak aku paksa kau!?

Mayang : Aku tak nak keluar. Aku suka dia. Aku suka tempat ni. Ini tempat aku!

Setan ni degil. Ustaz As terkumat kamit membaca sesuatu. Aku tak tahu apa yang dibacanya. Ayatnya tidak jelas. Ustaz kemudian memicit kedua-dua ibu jari kaki Maz. Ustaz cakap, "Pegang kepala dia, jangan lepas". Aku menurut arahan Ustaz. Kelakuan Maz macam tadi juga. Mengilai, Meraung. Kemudian Ustaz cakap, "WAHAI IBLIS LAKNATULLAH, KELUAR KAU DARI TUBUH ANAK CUCU ADAM INI DAN PULANG KE TEMPAT ASAL KAU. INI BUKANLAH DUNIA KAU. MAYANG, KELUAR MAYANG. JANGAN KAU GANGGU BUDAK INI WAHAI MAYANG."

Usai berkata begitu, Ustaz segera melaungkan azan. Maz menjerit dan meronta kesakitan. Aku yang melihat keadaan Maz itu mengalirkan air mata tanpa henti. Aku tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada Maz. Usai azan dilaungkan, tubuh Maz menjadi lemah. Ustaz menyuruh cikgu Azizah menyapu air yang dibaca dengan ayat-ayat al Quran ke muka Maz.

Maz kemudiannya di biarkan berehat. Pelajar yang lain pula di arahkan untuk membersihkan diri dan berkumpul semula di surau untuk solat subuh berjemaah. Ketika itu, waktu sudah menjengah jam 5 pagi mungkin. Dan aku masih tertanya-tanya siapa Mayang?

Untuk mengetahui siapa Mayang, aku memberanikan diri bertanya kepada Cikgu Azizah. Mungkin dia kenal atau tahu cerita tentang Mayang.

• • • • • • • •

Sorry sbb tak smpat nk update part yg bru. Biasalah, msuk je tahun bru. Kerja, kerja, kerja.

Part yg bru dh ada cuma tak update. Kdng² tu tak igt langsung nk on wattpad.

Cerita psl Mayang tu sambung di part yg seterusnya sbb pjg sgt dh ni.

Stay and Read it.
Thanks kpd readers n voters.

Thank you for 4K+ readers!

Thanks support..
Please support...
I need your support....

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now