31

474 68 2
                                    


Aku melangkah keluar dari tandas. Ketika itu, jantungku hampir luruh kerana terlihat satu lembaga yang sangat aku kenal. 'Nenek'. Nenek yang selalu mengekoriku muncul secara tiba-tiba. Rupa-rupanya, dia mengikut aku ke sini. Ke rumah Ani. Aku tergamam dan membatu di situ. 'Nenek' tiba-tiba membuka bicara dan berkata bahawa dia menemaniku ke tandas kerana dia tidak mahu 'benda' lain mengganggu ku. Bagi ku, benda yang mengganggu ku sekarang adalah dirinya.

Aku takut akan kehadiran 'Nenek' di sini. Takut ia mengganggu penghuni yang lain. Aku memulakan langkah menuju ke bilik. Ketika itu. Seperti apa yang aku jangka. Aku terserempak dengan Zura. Zura dengan roh lain dalam tubuh nya. Ia merenung tajam ke arah ku seperti tidak senang dengan kehadiran ku.

Zura mengeluarkan bunyi yang pelik. Bunyi seperti seekor harimau yang sedang baran. Aku mengelak tatapan Zura dan bergerak perlahan ke bilik Ani. Tanpa sedar, tidak semena-mena, Zura menerkam ku dengan pantas. Sah! Zura sudah dirasuk. Aku cuba melawan. Aku menjerit nyaring. Seluruh penghuni rumah terjaga dek teriakan ku. Bapa Ani cepat-cepat mendapatkan Zura. Dia memeluk Zura erat walaupun badan nya tersakiti.

Aku terduduk di situ. Entah apa yang aku lakukan kepada keluarga ini. Ani dan Ong berlari ke arah ku dan memeluk tubuh ku yang sedikit layu. Zura masih meronta-ronta. Adik lelaki Ani keluar dari rumah tergesa-gesa. Aku memandang Zura. Sesekali aku mendongak ke atas. Ke arah satu wajah yang tersenyum riang menampakkan baris gigi tajam yang sudah berkulat.

..........

Alunan ayat suci al Quran masih kedengaran. Sudah hampir 30 minit Zura seperti itu. Ketika itu hanya beberapa orang sahaja yang kekal di rumah. Adik-adik Ani yang lain telah diarahkan menumpang rumah jiran buat sementara waktu. Hanya Ani, aku, Ong, Ibu bapanya dan Zura sahaja yang kekal di rumah.

Beberapa mint kemudian, muncul adik lelaki Ani bersama 2 orang lelaki dewasa. Mereka menggelarkan lelaki tersebut sebagai ustaz. Salah seorang dari lelaki itu terus melangkah masuk dan membantu bapa Ani memegang Zura. Seorang lagi merenung tajam ke arah aku. Aku mengecilkan mata ku dan merenung lelaki tersebut dengan pandangan tidak puas hati. Tidak perlu di perkatakan lagi. Aku tahu, apa ynag terjadi pada malam itu adalah salah ku.

Mereka membaringkan Zura di tengah-tengah ruang tamu. Ustaz tadi terus membaca ayat-ayat al Quran. Zura seperti cacing kepanasan. Dia tidak dapat menahan azab panas ketika ayat-ayat tersebut dibaca. Ustaz itu kemudian bergerak ke arah kaki Zura dan memicit ibu jari kakinya. Zura meraung kesakitan.

Aku yang masih terkaku disitu hanya memerhati tingkah mereka. Mereka mula berdialog dengan makhluk yang berada dalam tubuh Zura. Suasana ketika itu gegak-gempita. Seram sehingga membuat bulu romaku tegak walaupun aku sudah biasa menyaksikan perkara sebegini.

Sesi berubat mengambil masa yang lama dan meleret hingga 2 hingga 3 jam. Akhirnya Zura kembali kepada keadaan yang normal. Cuma tubuhnya masih lemah. Rupanya, saka susuk arwah neneknya sudah membuat perjanjian bahawa ia boleh tinggal dengan keluarga tersebut selama mana yang ia mahu asalkan saka susuk itu membuatkan neneknya kelihatan muda dan sihat. Ketika dia sudah menenui ajal, saka tersebut tidak mempunyai tuan yang baru. Setelah melepaskan saka tersebut, ia mula berkenan kepada cucu-cucu tuan lamanya.

............

Usai sesi berubat, kami semua menunaikan solat Subuh bersama dan di imamkan oleh ustaz tadi. Kemudian, sesi soal jawab bersama ku bermula. Aku menceritakan apa yang berlaku kepada ku dan apa yang aku nampak. Tapi, tidak semua perkara harus dijelaskan. Rupanya, bapa Ani juga seorang yang sama seperti ku. Semasa aku pertama kali sampai di jeti kecil dan bapa Ani datang untuk menjemput kami, bapanya sudah nampak benda yang mengekori ku. Tapi, aku tidak perasan bahawa 'Nenek' mengikuti ku ke rumah Ani.

Keadaan kembali seperti biasa dan Zura beransur pulih. Benda yang berdamping itu tidak akan kembali lagi kerana sudah diusir. Ustaz sudah pun mengugut benda tersebut, sekiranya ia kembali, ia akan dibakar dengan kalimah-kalimah Allah SWT. Aku dan Ong masih tinggal di rumah Ani beberapa hari sebelum kami pulang ke pangkuan keluarga. 

...................................................................................................................................

sorry sbb lambat update. busy sikit..sikit je

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now