10

1.6K 179 1
                                    

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Tidak terasa sudah 3 tahun aku berada di asrama.

2006, ketika itu aku berumur 15 tahun. Dan ketika itu aku sedang berseronok setelah habis peperiksaan. Sepatutnya pelajar boleh pulang ke rumah, namun ada juga yang tudak pulang kerana ada tugas yang belum di selesaikan, ada juga yang tidak mahu pulang memandangkan rumahnya jauh dari sekolah.

Aku, Maz, Aisha, dan Leen juga memutuskan untuk tidak pulang kerana belum menyelesaikan tugas kami. Hanya kami berempat yang masih berada di blok itu.Disebabkan kami di belenggu rasa bosan, Maz mengajak aku dan rakan yang lain untuk keluar bersiar - siar pada waktu malam.

Oleh sebab kami betul - betul bosan, akhirnya kami menurut sahaja ajakannya. Maz dan Leen berjalan dihadapan manakala aku dan Aisha berjalan di belakang. Maz dan Leen mengatakan bahawa mereka ingin berjalan melihat seluruh kawasan sekolah memandangkan kami tidak dapat melihat kawasan sekolah pada waktu persekolahan.

Aku bertanya kepada Maz

"Kenapa kita malam - malam macam ni kita nak tengok kawasan sekolah?"

"Kita cari hantu, kan sekolah dan asrama kita ni seram."
Maz menjawab selamba.

Walaupun aku sudah nampak 'benda' yang tak sepatutnya berada kat situ, aku tetap berdiam diri. Sejak mula berkenalan dengan mereka sehingga hari ini, aku tidak pernah bagitahu mereka tentang apa yang aku nampak.

Malam itu kami berempat berjalan dan menuju ke taman di belakang asrama. Sebanarnya, aku sudah dapat merasakan sesuatu yang tidak baik, seperti ada yang mengikuti kami dari belakang. Beberapa kali aku menoleh ke belakang, tapi tidak ada sesiapa. Namun, telinga ku menangkap suara tawa dari jauh.

Aku melihat rakan yang hanya biasa sahaja. Jadi, aku memutuskan untuk berdiam diri dan berlagak biasa. Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya sampai di kawasan taman asrama.

Rakan ku yang lain terus berjalan menuju ke arah jambatan. Namun, aku tidak berganjak daru tempat ku berdiri. Kerana aku melihat sesuatu..

Sesuatu yang tidak dapat dilihat olrh mata kasar.

• • • • • • • • • • •

Nnt sy sambung lg
kk...

Support me..
Please support me...

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now