Aku menguak pintu perlahan - lahan dam melihat kelibat seorang gadis berdiri di hadapan ku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Aisha dan meminta maaf jika kehadirannya membuatkan ku terkejut.
Dia memberitahu ku bahawa dia dari Kuala Lumpur dan kebetulan pula bapanya sibuk pada hari itu. Jadi, dia lewat sampai ke sini. Nasib baiklah ada ada guru yang memegang kunci bilik.
Aku mengajaknya makan malam namun ajakkan ku ditolak. Katanya dia sudah pun makan ketika dalam perjalanan ke sini. Kami berbual - bual sementara menunggu Maz dan Leen. Aku rasa gembira dan bernasib baik kerana rakan sebilik ku sebaya dengan ku dan mereka semua manusia.
• • • • • • • • • • •
Malam semakin gelap. Aku dan rakan yang lain bersiap untuk tidur. Baru beberapa minit mereka melelapkan mata, mereka sudah lena dibuai mimpi. Berbeza dengan ku, aku tidak dapat melelapkan mata walaupun sekejap. Aku berbaring mengiring ke sebalah kanan dan aku menghadap ke arah almari.
Aku tidak tahu kenapa aku berdebar - debar. Jantungku berdegup laju. Niat dan harapan ku untuk berkawan dengan manusia kini semakin pudar apabila aku melihat wanita tua keluar dari alamari.
Air mataku sudah bergenang, terasa lemah lututku. Rupanya, 'nenek' mengikutku dan ingin menemaniku.
"Nenek, jangan ganggu saya. Saya nak tidur, nenek berdiri jauh sikit la.."
Aku berkata kepada 'nenek' dengan nada separuh berbisik. Namun, sedar atau tidak, tindakan ku diperhati oleh rakan ku, Aisha. Dia bertanya adakah aku bercakap dengan seseorang. Aku menyuruhnya tidur dan memberitahunya bahawa aku akan menceritakan perkara yang berlaku pada hari esok...
• • • • • • • • • • •
Heyoo~~ sorry kalau part
nie pendek..Sy akan cuba panjangkan
next part..Please support me!!
I need your support!!!!
YOU ARE READING
APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]
ParanormalKisah ini betul - betul terjadi kepada kawan saya. Berminat untuk tahu kisah ini? Baca setiap chapter dan anda akan tahu apa yang dia nampak!