27

674 81 6
                                    

2009. Bulan ke-7 dan aku mula melangkah ke alam Universiti. Dengan pencapaian aku yang membanggakan aku sekeluarga, aku diterima masuk ke salah sebuah Universiti di Malaysia. Seperti biasa, hidup aku sentiasa ditemani 'nenek' yang sering sahaja mengekori aku kemana sahaja aku pergi. Benda - benda yang aku nampak, benda - benda yang mengikuti aku ini bukanlah disebabkan aku mengabaikan ajaran Islam dan meninggalkan solat, tapi benda seperti ini sering terjadi kerana mata aku mempunyai kelebihan untuk melihat dunia lain selain dunia manusia.

Sama juga dengan apa yang berlaku di sini, tapi kali ini lebih mencabar diriku sendiri memandangkan rakan - rakan ku yang sentiasa ada bersama dahulu sudah tiada lagi. Mereka juga seperti ku, memilih Universiti yang mereka impikan sejak dahulu. Oleh itu, tiada siapa di sini yang tahu aku mempunyai deria ke-6 dan mampu melihat makhluk selain manusia. Minggu Mesra Mahasiswa berlangsung selama 1 minggu dan seperti pelajar - pelajar baharu yang lain, aku di bawa untuk melihat persekitaran di kawasan kampus dan kawasan kolej. 

Hari pertama dan pertama kali sampai di Universiti terebut untuk pendaftaran. Aku hanya ditemani ibu kerana ayah terpaksa berangkat ke luar negara atas urusan kerja. Bagi ku, itu tidak menjadi masalah kerana apa yang dilakukan oleh ayah adalah untuk keluarga kami. Aku tidak berasa sedih jika dia tidak dapat menghantarku ke Universiti. Usai sesi pendaftaran, aku di berikan kunci bilik. Blok A, aras 5. Aku begitu bersyukur dan lega kerana tempat penginapanku berdekatan dengan fakulti atau lebih tepat studio, dimana aku akan belajar dengan lebih lanjut mengenai bidang yang aku minati. Untuk pengetahuan, aku mengambil bidang Seni Lukis walaupun aku merupakan seorang pelajar aliran Sains.

Ibu membantu aku membawa beg pakaian dan barang keperluan ku ke bilik. Blok A merupakan blok baru dan telah siap sebelum kami ditempatkan di situ. Terdapat juga beberapa pelajar tahun 2 dan pelajar tahun 3 yang menginap di situ. Mereka yang dahulunya menginap di blok lama dipindahkan ke Blok A memandangkan blok yang lama perlu di baik pulihkan.

Sampai di hadapan bilik, aku dan ibu hanya berdiri kaku. Pintu bilik tidak berkunci, malah sudah pun terbuka sedikit. Ibu kemudian menolak tombol pintu perlahan - lahan sehingga pintu terbuka seluas - luasnya. Kami melihat seorang gadis comel berkaca mata dan berbaju kurung sedang mengemas pakaian dan menyusun rapi barang - barangnya di dalam almari. Kami memberi salam dan melangkah masuk. Gadis itu menyambut kami dengan mesra. 

Ani. Nama panggilannya. Gadis yang berasal dari Terengganu ini sungguh ayu dan agak alim orangnya. Aku bersyukur kerana mempunyai rakan sebegitu. Aku juga begitu gembira kerana dia juga mengambil bidang yang sama dan kami juga ditempatkan dalam seksyen dan kelas yang sama. Bilik yang aku dapat ini agak luas dan  bilik ini juga disertakan satu tandas dan satu bilik mandi. Tempat mencuci pakaian dan tempat jemuran terletak di hujung setiap aras. 

Apa yang menghairankan ku adalah katil yang terdapat di dalam bilik ini. Hanya terdapat dua buah katil sahaja manakala bilik - bilik yang lain mempunyai empat buah katil. Bilik aku terletak di hujung aras, berdekatan dengan tempat mencuci pakaian. Pada mulanya, aku fikir tempat sebegitu menyeramkan, namun setelah melihat pemandangan di situ, ia tidaklah seperti yang di bayangkan. Pemandangan di situ menarik dengan taman yang luas dan terdapat beberapa gazebo untuk pelajar membuat kerja kumpulan. Angin dan cahaya matahari juga diperoleh dalam kuantiti yang banyak. 

Usai mengemas barang dan jam juga menunjukkan pukul 7 malam, Ani mengajak aku untuk menunaikan solat berjemaah. Selepas solat dia akan memberikan sedikit kata - kata semangat yang berkait dengan ajaran Islam. Bukanlah untuk menunjuk - nunjuk, tapi lebih kepada perkongsian serta saling ingat - mengingati antara satu sama lain. Setelah semua urusan selasai, barulah kami menjamah makanan yang di beli oleh ibu ku tadi. Ibu membeli 2 bungkus nasi untuk aku dan Ani sebagai makan malam.

Kami makan sambil berborak dan cuba untuk mengenali rakan baru dengan lebih lanjut. Kami juga tertawa kecil dan dilihat agak rapat walaupun baru sahaja berkenalan. Mungkin juga kami mempunyai minat yang sama dan Ani sangat peramah. Namun tawa kami terhenti apabila terdengar ketukan pada pintu. Keadaan menjadi sunyi seketika dan hanya bunyi cengkerik yang hinggap di telinga. Tiada suara dan tiada salam yang di beri. Ketukan itu muncul lagi. Kami hanya berdiam diri. Jantung bergerak laju. Aku tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada hari pertama di Universiti. Cukup lah memandang muka 'nenek' yang tersenyum dan berbau busuk ketika mengemas bilik tadi. 

Tombol pintu berpusing dan pintu dikuak. Aku terus berdiri dan menarik nafas lega. Begitu juga dengan Ani. Kami terus melangkah ke arah pintu dan menyambut seorang gadis berbangsa Cina yang berdiri di luar bilik. Katanya bilik yang lain sudah penuh. Sepatutnya dia ditempatkan dengan pelajar bukan muslim tapi tiada lagi ruang yang dapat diisi olenya. Dia di berikan bilik seorang tapi dia menolaknya. 

Ong Niu Ying. Aku memanggilnya Ying. Dia seorang gadis ayu dan juga kuat agama, agama Buddha. Walaupun begitu, dia masih menghormati agama lain. Pada mulanya aku rasa agak kekok kerana ketika aku dan Ani ingin menunaikan solat Isyak, kami teragak - agak untuk memberitahunya. Katanya, dia tidak kisah. Dia akan duduk di penjuru bilik dan tidak akan membuat bising. Bagi ku, dia seorang gadis yang sangat bagus dan juga bijak. Aku juga gembira dia menjadi rakan ku kerana dia juga diletakkan di seksyen dan kelas yang sama dengan aku. 

Kami membantu Ying mengemas barang - barang nya dan menunggu pekerja serta pembantu kolej mengambil katil untuk Ying dan diletakkan di dalam bilik ini. Kami menjalani orientasi selama 3 hari iaitu, Ahad, Isnin, dan Selasa. Rabu dan Khamis pula sesi berkenalan dengan pelajar - pelajar lain, pensyarah, serta pekerja- pekerja di situ.

Keadaan berjalan seperti biasa dan tiada gangguan yang aneh walaupun aku sudah nampak beberapa makhluk lain yang tinggal di situ. Tapi mereka tidak mengganggu ku dan orang lain. Aku berasa bahawa aku dapat menjalankan hidup ku seperti orang normal. Namun, aku salah. Perkara yang aku takutkan berulang kembali apabila............................. 


Wait for the next part..
#abaikantypo
#pleasesupportme
#keepsupportingme
#thankyousbbsupport
#slowupdate+sorry
#thankyoureaders
#thankyouvoters

korng boleh comment / pm sy kalau ada apa² cdngn / pendapat

#peace

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now