16

1.5K 150 1
                                    

Januari, 2007.

Aku berusia 16 tahun dan aku akan kembali semula ke sekolah tempat di mana ramai 'rakan' yang selalu menghantui hidup ku. Memandangkan tempat tinggal ku sekarang terlalu jauh dari sekolah, aku terpaksa ke sana beberapa hari sebelum persekolahan bermula. Dan aku terpaksa menumpang di rumah rakan ku, Leen, memandangkan jarak rumahnya dengan sekolah agak dekat.

Bagaimana dengan mama dan papa ku?

Mama dan papa terlalu sibuk dengan kerja dan tidak dapat menghantar ku pada hari pertama persekolahan seperti ibu bapa yang lain. Tapi, aku tidak kisah kerana aku tahu, kerja yang mereka lakukan adalah untuk aku juga. Maksud ku, pendapatan mereka itu adalah untuk. Iya lah, kalau tidak debgan pendapatan mereka yang aku gunakan untuk perbelanjaan sekolah, duit siapa lagi yang aku akan guna?

Lagi pula, mama dan papa sudah memaklumkan kepada ibu Leen, Puan Habibah. Ya, Puan Habibah, aku masih mengingati namanya. Ibu tunggal yang mempunyai seorang permata hati iaitu Amaleen atau nama manjanya Leen. Dia tidak kisah jika aku menumpang di rumahnya. Malah, dia gembira kerana dia hanya tinggal bersama Leen sahaja setelah suaminya meninggal 5 taun lalu akibat jantung berlubang yang dihidapnya sejak kecil.




• • • • • • • • • • • •






Hari pertama melangkah ke sekolah. Walaupun sudah biasa dengan sekolah, namun hati ku tetap berdegup laju. Lebih laju berbanding langkah kaki ku. Aku bimbang jika 'nenek' yang dahulunya menghantui hidup ku datang kembali. Tapi, apa yang pelik, aku tidak lagi nampak 'nenek' sejak dua menjak ini. Mungkin 'dia' sudah bosan menghantuiku? Mungkin juga 'dia' sudah mendapat teman yang baru. Tapi itu cuma kemungkinan yang bermain di minda ku.

Sewaktu sesi pendaftaran semula, hati ku sedikit lega kerana aku dan rakanku yang lain aku berpindah ke blok yang lain. Dan hatiku amat lega kerana aku masih lagi sebilik dengan Maz, Aisha, dan Leen. Memandangkan kami sekarang berada di tingkatan 4, kami di pindahkan ke blok baru yang besar yang menghadap ke jalan raya. Sudah terbukti, sekolah ini tampak gah kerana dewan baru yang besar dan blok yang baru. Usai mengemas barang dan bilik baru, kami perlu mengikuti sesi orientasi bersama pelajar tingkatan 1.








• • • • • • • • • • • • • •













Sudah seminggu persekolahan berlangsung dan aku amat bersyukur kerana aku tidak lagi nampak 'benda' yang membuatku hidup ku gelisah. Aku sebenarnya amat berharap yang 'benda ghaib' itu jauh dari hidup ku. Bukan apa, aku tidak sanggup lagi melihat betapa hodohnya 'benda' itu. Aku tidak percaya tentang kewujudan hantu, tapi aku percaya tentang kewujudan jin dan syaitan.
Seperti apa yang selalu terjadi kepada ku, walau aku berharap 'ia' tiada, namun 'ia' tetap menunjukkan dirinya.

...

Aku dan rakan sebilik ku berjalan menuju ke tempat mencuci pakaian. Setiap blok asrama, akan di sediakan satu tempat untuk mencuci pakaian. Seperti biasa, setiap hujung minggu, tempat tersebut akan dipenuhi dengan pelajar termasuklah aku, Maz, Leen, dan Aisha. Kebiasaannya, kami akan ke sana pada pukul 10.00 malam. Tapi pada malam itu, kami ke sana agak lewat iaitu pada pukul 11.00 malam.

Sampai sahaja di situ, ramai pelajar yang menunggu giliran untuk mencuci pakaian. Kami juga terpaksa menunggu sehinggalah tiba masa kami untuk mencuci. Dan pada waktu itu, jam susah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku agak bimbang apabila waktu menjengah tengah malam. Seperti kebiasaannya, waktu tengah malam adalah waktu yang unik dimana waktu tersebut keadaan menjadi sangat gelap dan terserlah pula keindahan bulan dan bintang. Tapi, pada ku waktu malam adalah waktu yang menyeksa jiwa ku kerana aku terpaksa melihat keburukan disebalik keindahan dalam kegelapan.

Aku mencuci pakaian ku dengan segera dan tidak ingin berlama - lama disitu. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Aku sedikit lega kerana aku tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk mencuci. Ketika itu, sudah tiada pelajar yang lain kecuali aku, Maz, dan beberapa pelajar tingkatan 5. Aisha dan Leen sudah pulang ke bilik dan nasib mereka baik kerana mereka mendapat ruang untuk mencuci. Sebaliknya, aku dan Maz ketinggalan di belakang.

Usai sahaja mencuci dan mengemas barang mencuci, aku dan Maz menuju ke satu ruang yang terdapat banyak ampaian. Ruangan tersebut agak tersorok. Kami memanjangkan sedikit leher untuk mencari ampaian yang masih kosong. Kami bernasib baik kerana masih ada beberapa ampaian yang belum digunakan.

Sedang asyik aku menjemur pakaian ku, mata ku terpaku pada pagar sekolah. Sebenarnya mata ku tertancap pada satu susuk tubuh wanita tua yang membongkok. Aku membulatkan mata ku kerana terkejut. Aku memandang ke arah Maz tapi lagaknya seperti tiada apa - apa yang berlaku. Aku memandang kembali ke arah wanita tua yang aku lihat sedang berdiri dan sedikit membongkok. Serta - merta tangannya melambai ke arah ku atau lebih tepat tangannya memanggil ku kearahnya.

Aku berundur beberapa langkah ke belakang dan tindakan ku diperhatikan oleh Maz. Dia kemudiannya menarik tangan ku dan berlari menuju ke bilik. Kemungkinan Maz sudah tahu apa yang berlaku kepada ku ketika itu walaupun dia tidak dapat melihat apa yang mata ku lihat..






• • • • • • • • • • • • • • •

Setakat nie jer utk kali nie.
Nnt sy akn smbung lagi..

Byk sebenarnya cerita
yg sy nk kongsi tp
masa yg sikit.. Lgpun kerja
terlalu byk..

Sokayy..lain kali sy smbung
Please support me
I need your support

🎉Thanks 1.9k readers!🎉
Thanks sooo much

Tanpa readers, siapalah sy.
Cehhh ayt..😜

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now