30

536 66 4
                                    

Sambil makan makanan yang kami bawa, kami berbual-bual dan kadang-kadang sunyi dipecahkan dengan bunyi gelak tawa kami. Aku cuba gagahkan diri untuk bertanya tentang Zura kepada Ani. Aku tiada niat untuk masuk campur, tapi perasaan tidak sedap hati menyelubungi diriku. Ani menjawab soalan aku dengan tenang dan perasaanku yang mencurigakan itu hilang seketika.

NAMUN........

Perasaan yang tenang itu cumalah sementara sahaja. Aku kembali gementar dan gusar apabila pulang ke rumah Ani dan bertentang mata dengan adiknya Zura. Sedikitpun dia tidak mengukir senyum padaku. Apabila malam menjelang, aku seperti cacing kepanasan, tidak senang duduk kerana aku pasti sesuatu yang membuatku resah akan muncul.

Aku melihat skrin telefon yang memaparkan waktu ketika itu. Waktu sudah menjengah pukul 11 malam dan mata aku masih terbuka luas. Aku hanya berdiam diri sambil memandang ke arah siling. Keadaan bilik agak samar-samar dan hanya diterangi lampu tidur yang malap. Seketika kemudian, perkara yang aku jangkakan berlaku. Bunyi loceng. Bunyi loceng itu muncul sekali lagi. Kali ini aku tekad memberanikan diri untuk menjenguk keluar bilik.

Aku mengangkat tubuh ku dan melihat rakan yang lain. Ani dan Ong masing-masing sudah lama melelapkan mata. Aku bangun dengan perlahan menuju ke pintu bilik. Jika aku membuka pintu, aku boleh nampak apa yang belaku di ruang tamu kerana bilik Ani betu-betul menghadap ke arah ruang tamu. Aku menguak sedikit pintu bilik untuk mengintai apa yang berlaku di luar.

Tiba-tiba ada pula tangan yang menolak pintu tersebut untuk menutup rapat. Aku hampir menjerit. Namun niat itu dibatalkan kerana aku melihat Ong dan Ani di hadapan ku. Aku menoleh ke arah katil. Aku menarik nafas lega. Mereka adalah kawanku. Benar. Bukan makhluk lain yang menyerupai mereka.

Ani menarik aku dan Ong kembali ke katil. Aku memberitahu mereka apa yang aku dengar. Aku tidak sangka, Ong juga mendengar bunyi loceng itu dari semalam. Tapi dia hanya membiarkan sahaja dan berpura-pura tidur. Ani menarik nafas panjang dan memberitahu kami, sekiranya terdengar apa-apa atau nampak sesuatu yang tidak sepatutnya, biarkan sahaja. Riak wajah Ani seperti merahsiakan sesuatu. Aku tidak pula bertanya. Tidak mahu ambil tahu mengenai rahsia keluarganya jika dia tidak rela untuk berkongsi.

Aku dan Ong kembali ke posisi masing-masing dan bersedia untuk menyambung tidur walaupun kami tidak mampu melelapkan mata. Bunyi loceng itu berterusan sehingga azan Subuh berkumandang. Pada hari itu, aku berasa penat dan tidak mahu ke mana-mana. Usai solat Subuh, aku kembali berbaring dan tanpa sedar aku lena dibuai mimpi.

.....

Aku membuka mata perlahan-lahan. Wajah ibu Ani muncul di hadapanku. Pukul 11. Ibunya mengejutkan ku dan memberitahu bahawa Ani dan Ong sudahpun keluar. Mereka ke muara sungai yang terletak tidak jauh dari rumah. Aku mengangguk dan bangun untuk ke bilik mandi. Keluar sahaja dari bilik, aku terserempak dengan Zura. Kami berdua tiba-tiba kaku di situ. Masa seakan-akan terhenti. Zura merenungku tajam. Entah mengapa sikapnya sebegitu. Ibunya menghampiri kami dan menarik Zura masuk ke dalam bilik tidurnya.

Selepas bersiap dan melangkah keluar dari bilik, sekali lagi aku terserempak dengan Zura. Wajahnya masam mencuka. Aku hanya mampu memberikan senyuman. Aku membatu di depan bilik tidur sambil melihat Zura berlalu pergi. Seorang lagi adik Ani datang kepada ku dan mengajak ku ke muara sungai.

Entah mengapa rasa ingin tahu tentang Zura membuak-buak dalam diriku. Adakah dia tidak suka aku datang? Tiba di muara, aku mengambil tempat di sebelah Ani. Aku bukanlah mahu masuk campur urusan keluarga mereka, tapi hatiku ini resah bagai ada sesuatu yang tidak kena.

Ani mula membuka mulut. Semasa kakak Ani berumur 15 tahun, neneknya masih hidup dan umurnya sudah mencecah 112 tahun. Namun, dia masih cergas dan tidak kelihatan seperti orang tua yang biasa. Keadaan berubah bila nenek Ani mula jatuh sakit. Kakaknya pula mula meracau-racau. Ibu dan bapa Ani mula mengorek rahsia-rahsia neneknya. Rupanya nenek Ani ada mengamalkan ilmu yang bercanggah dengan ajaran Allah dan berdampingan dengan iblis.

Kakaknya menjadi mangsa kerana makhluk yang di bela untuk kelihatan cantik dan sihat itu mahu tuan yang baharu. Dan 'dia' mahukan kakak Ani. Semasa nenek mereka meninggal dunia dengan pertolongan ustaz dan imam yang ada di kampung itu, makhluk itu merasuk tubuh kakaknya. Apabila di selidik, neneknya sebenarnya sudah meninggal 2 tahun yang lalu.

Selepas kematian neneknya, keluarganya tidak tenang kerana diganggu walaupun mereka sudah ikhtiarkan banyak perkara dan berserah kepada Allah. Namun, itulah ujian bagi keluarga mereka. Kakak Ani cuba membunuh diri. Dia lari dari rumah dan pergi ke jeti kecil lalu terjun ke dalam air. Paras air disitu agak dalam.

Nasib menyebelahi keluarga ini. Beberapa orang nelayan yang merupakan rakan kepada bapa Ani melihat anak sulungnya itu. Mereka berjaya menyelamatkan kakak Ani. Keadaan seperti itu berterusan. Oleh itu, bapa Ani membelinya gelang kaki yang berloceng dan dipakaikan pada kakaknya. Kakak Ani pula, di sebabkan sudah tidak sanggup melihat makhluk tersebut sehingga dia hilang akal fikirannya, dia sanggup mengeluarkan biji matanya.

Sudah banyak kali dia cuba membunuh diri dek sudah tidak waras lagi. Dan akhirnya, kakak Ani meninggal kerana tubuhnya lemah dan tidak mampu melawan makhluk tersebut apabila 'dia' bertapa dalam tubuhnya.

......

Aku memandang wajah Ani. Kesedihan memenuhi wajah gadis yang berasal dari Terengganu ini. Belum sempat aku berbicara, Ani sudah pun membuka mulut terlebih dahulu.

......

Selepas kematian kakaknya, Zura pula yang menjadi mangsa. Makhluk itu sukar dibuang. Ia seperti sudah mempunyai 'kontrak' dengan keluarga tersebut. Tapi mereka tidak pernah berhenti berikhtiar. Mereka juga selalu titipkan bacaan al Quran sebagai pendinding supaya Zura dan adik-adik yang lain dalam keadaan yang selamat. Pun begitu, Zura juga pernah meracau dan pernah berlari ke jeti kecil untuk membunuh diri seperti kakaknya.

Oleh itu, Zura dipakaikan gelang kaki berloceng supaya mereka tahu apa yang dilakukan oleh Zura dengan mendengar bunyi loceng itu. Tapi, Ani juga memberi amaran kepada ku agar tidak keluar dari bilik tidur sekiranya terdengar bunyi loceng di ruang tamu. Ani pernah berbuat demikian suatu ketika dulu. Apa yang dilihat Ani begitu memeranjatkan. Dia melihat Zura sedang menari-nari bersama seekor binatang besar. Loceng di kakinya berkerincing setiap kali dia menggerakkan kakinya. Bukan itu sahaja. Ternyata, ibu bapa Ani juga pernah melihat Zura sebegitu.

......

Disebabkan aku sudah mengetahui serba sedikit tentang keluarga Ani, aku semakin sukar untuk tidur. Kerap kali aku mendengar bunyi loceng itu. Fikiranku mula membayangkan rupa makhluk itu walaupun aku tidak pernah melihatnya.

Pada malam itu, aku masih berbaring dengan mata yang terbuka walaupun malam sudah larut. Bunyi burung hantu di luar rumah dapat didengari dengan jelas. Aku berasa tidak senang. Pada ketika itu, aku sebenarnya ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Akan tetapi, aku tidak mahu keluar ke tandas kerana tidak mahu bersemuka dengan makhluk yang lain. Aku cuba menahan. Apakan daya, aku tidak mampu untuk bertahan lebih lama. Aku bingkas bangun dan mengejurkan Ong dan Ani. Mereka yang sudah nyenyak tidak mahu menemaniku ke tandas.

Aku mengeluh resah. Aku beranikan diri keluar dari bilik untuk ke tandas. Aku menolak daun pintu dengan perlahan dan menjenguk ke luar. Tiada siapa yang berada di ruang tamu. Aku berasa sedikit lega. Aku mengatur langkah ke tandas dan melepaskan hajatku. Semasa berada di tandas, aku dapat merasa angin dingin yang menyapa lembut kulitku. Terasa bulu roma ku berdiri. Usai melakukan perkara yang patut dilakukan, aku melangkah keluar dari tandas.

Ketika itu.....

........

Haipp Haipp.. Thank you sbb tunggu this part.. next part akan dismbung lagi.

Thank you readers and voters
Please support me

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now