12

1.6K 185 21
                                    

Aku khuatir jika mereka tiba - tiba hilang disorok oleh 'makhluk' yang di gelar bunian itu. Akhirnya, aku memanggil mereka semua dan nasib baik mereka menuruti kata - kataku.

"Kita nak pergi mana ni?"
Leen mula bersuara dan bertanya kepada yang lain.

"Kita ke perpustakaan lama nak?" Jawab Maz selamba.

"Setuju!!" Dua lagi rakan ku menjawab serentak.

Selama kami menetap di asrama ini, kami sudah dimaklumkan bahawa terdapat 2 perpustakaan iaitu lama dan baru.

Perpustakaan baru terletak di blok bangunan baru iaitu Blok Orkid yang bersebelahan asrama ku.

Sekarang rakan - rakan ku ingin ke sana. Aku hanya berdiam diri sahaja. Perpustakaan lama itu seperti idea yang buruk. Aku tidak tahu kenapa dengan rakan - rakan ku, tapi aku menurut sahaja.

Setelah beberapa lama, kami tiba di sana. Suasana perpustakaan sangat menyeramkan, dingin, dan sunyi. Disebabkan perpustakaan lama dikunci ketika waktu malam, kami tidak dapat masuk ke dalam. Kami haya melihat ke dalam melalui cerminnya sahaja. Di dalam agak gelap, jadi aku tidak dapat melihat secara keseluruhan. Apalah yang menarik sangat di dalam perpustakaan lama? Hanya ada deretan meja dan rak - rak buku sahaja.

Ketika aku dan rakan - rakan ku sedang mengintip ke dalam, tiba - tiba kami terdengar bunyi benda jatuh. Kali ini bukan hanya aku yang mendengar, rakan ku juga mendengarnya. Kami saling berpandangan kehairanan. Apa yang jatuh? Bukankah tiada individu yang berada di dalam?

• • • • • • • • • • • •

Kami berpandangan untuk beberapa ketika sebelum melihat lagi suasana di dalam perpustakaan lama itu. Aku menekupkan muka ku pada cermin. Dan ketika itu juga jantungku sudah mula berdegup dengan begitu cepat, tubuhku juga mula basah dengan peluh, walhal keadaan di situ sangat sejuk. Dan serentak dengan itu, rakan ku yang lain berteriak.

Mana tidaknya, apabila kami mengintip lagi ke dalam, tepat di balik cermin, 'seorang nenek' menempelkan wajahnya di permukaan cermin dari dalam perpustakaan! Kulitnya berkedut dan dipenuhi bintik - bintik hitam.

Jantungku seperti berhenti seketika. Rakan ku yang lain menjerit dan lari lintang pukang meninggalkan ku. Dalam keadaan panik, aku hanya boleh berfikir untuk lari dan balik ke asrama. Sudah tentu rakan yag lain  juga lari ke sana.

Aku meneruskan langkah ku. Berlari sepantas yang boleh. Namun, entah kenapa terasa jauh pula untuk ke asrama walaupun aku sudah mempercepat langkah ku.

Sampai sahaja di asrama, aku terus menerjah masuk ke dalam bilik. Aku tercungap - cungap dan mula meninggikan suara ku kepada rakan ku yang sudah berada di dalam bilik. Aku tidak memarahi meraka, cuma berkata dengan lantang bahawa mereka tidak sepatutnya meninggalkan ku berseorangan.

Terpancar tanda tanya pada wajah mereka. Aku sudah mula tidak sedap hati. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak keluar dari bilik sejak tadi dan mereka pula yang berasa hairan dengan keadaan ku sebegitu. Jadi, kalau semua rakan ku berada di bilik, dengan siapa aku keluar tadi?

• • • • • • • • • • • •

Ini jerr untuk part
kali nie...

Hope teruskan bca cerita
nie n for next part
sy akn pub malam esk ok..

Please support me..
I need ur support...
Thanks for 600+ readers!
Hehe≧﹏≦

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now