23

1K 121 4
                                    

Selepas aku mengetahui sejarah tentang sekolah ini. Makin banyak 'penghuni' sekolah yang aku nampak.

Contohnya..

Selepas cuti bulan 3. Persekolahan kembali seperti biasa dan ujian awal tahun diadakan sebaik sahaja persekolahan bermula. Aku juga seperti pelajar tingkatan 4 yang lain, mengulang kaji pelajaran setiap petang dan malam.

Sehinggalah hari terakhir peperiksaan. Kalau tak salah aku, subjek pada hari itu adalah matematik tambahan. Dan aku merupakan salah seorang pelajar yang berada pada tahap sederhana dalam subjek ini. Peraturan di sekolah ku agak ketat, jadi kami perlu beratur di luar kelas terlebih dahulu sebelum masuk. Kami diarahkan untuk meninggalkan beg dan hanya membawa masuk perlatan untuk menulis sahaja.

Ketika itu, aku berasa tidak sedap hati. Aku nampak seperti ada 'makhluk' lain berada di dalam kelas. Tapi, aku berlagak biasa. Cuba untuk sembunyikan gelisah dalam diriku. Seperti selalu, aku akan berselawat sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. Setelah mengambil tempat duduk dan menenangkan diri serta redha dengan jawapan aku bagi soalan matematik tambahan nanti, gelisah ku kembali menyelubungi diri. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku nampak 'sesuatu' yang jelas tak dapat dilihat oleh mata kasar. Bukan 'seekor' tapi banyak. Betul ke guna istilah 'ekor' bagi benda tu?

Aku pura - pura tidak nampak mereka. Aku tumpukan perhatian untuk jawab soalan. 1 jam. Masih okay. Masuk jam yang seterusnya. Aku dengar ramai orang gelak. Bukan orang sebenarnya. Tapi iblis. Apa istilah yang sesuai untuk iblis? Ekor??

Waktu tu aku sudah tidak boleh berpura - pura. Apa yang aku nampak? Aku nampak di atas kepala pelajar - pelajar lain, berasap - asap dan berdekatan mereka banyak iblis yang seronok sebab dapat kacau emosi pelajar. Macam mana rupa mereka? Entahlah sukar digambarkan kehodohan mereka. Apa yang aku boleh bagitahu, mereka berwarna hijau, merah, bertanduk. Terlalu hodoh!

Aku beristighfar banyak - banyak. Tidak dapat aku jelaskan perasaan ku ketika itu. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa.

• • • • • •
Part yg ni ringkas..
X sempat nk tls cerita ni..
Byk sgt kerja..
Part yg seterusnya sudah di tls tapi, takde masa nk update byk2.. Sorry -_-!

Thanks readers n voters
Please support me..
I need your support...

Almost 5k readers ヽ(^。^)ノ

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now