15

1.4K 146 3
                                    

Baru sahaja menginap di rumah baru selama seminggu, sudah terjadi perkara yang menakutkan pada ku.

Ceritanya begini.......














20/12/2006

Pada tarikh itu, aku demam. Dan pada malam itu, aku menunggu mama dan papa di rumah bersendirian. Katanya, mereka terpaksa ke bandar untuk melawat rakan papa yang di masukkan ke hospital kerana kemalangan. Kata mereka lagi, isteri dan dua orang anak beliau cedera parah.

Menandangkan aku demam, aku menolak pelawaan mereka untuk ke sana. Aku hanya mahu tinggal di rumah dan berehat. Pada ketika itu, tidak terlintas pun di fikiran ku tentang 'penghuni' di rumah itu.

Pada mulanya keadaan seperti biasa dan tidak ada apa - apa yang berlaku sehinggalah aku terdengar bunyi ketukan di pintu. Aku berfikir bahawa kemungkinan mama dan papa ku sudah pulang kerana jam hampir pukul 11 malam.

Namun, tekaan ku salah sama sekali tidak benar apabila aku mengintai di balik langsir dan aku tidak melihat tubuh mama dan papa. Aku melangkah ke belakang setelah terdengar bunyi ketukan itu lagi. Aku tidak berani untuk melihat keluar lagi.

Aku menuju ke bilik ku dan mengunci pintu berharap agar sesuatu tidak akan berlaku. Aku mencapai telefon bimbit ku dan mendail nombor mama. Namun, harapan ku hampa apabila satu panggilan pun tidak dijawab. Aku mencuba berkali - kali tetapi gagal. Aku terus bertenang dan menunggu mama dan papa sehingga aku tidak sedar yang aku sudah pun terlelap.

Aku tersedar tepat 12 tengah malam. Aku berasa panas lalu mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi. Sebaik saja aku membuka pintu, terpapar 'seekor' beruk berbulu hitam di hadapan ku.

Saiznya amat besar. Boleh dikatakan tubuhnya memenuhi separuh ruangan bilik mandiku. Aku tergamam. Aku tidak berasa takut malah tetap kekal dalam keadaan berdiri.

Tiba - tiba sepasang tangan menarik ku ke belakang. Bila aku menoleh, aku melihat wajah mama.

"Mandi esok je. Dah makan ubat?"

Mama bersuara.

Aku terus memeluk mama apabila terasa seperti sesuatu yang besar menyentuh tubuh ku. Aku menangis seperti orang yang tidak sedarkan diri. Aku tahu aku menangis tetapi aku tidak tahu kenapa aku begitu. Aku ingat semuanya. Tapi aku tidak tahu kenapa.....

• • • • • • • • • • • • • •

Ini jeerr utk kali nie.
Nnt sy smbung lagi.

Kisah yg dialami oleh
kwn sy nie..sy aku trus
smbung dan sy akn ceritakan
kisah yg dialami olehnya
setiap hari..
Ok.

Please support me!
I need your support!!

Thanks for read and vote..

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now