08

1.7K 194 13
                                    

Usai sahaja mengerjakan solat subuh di surau. Aku, Maz, Leen, dan Aisha, balik ke bilik untuk bersiap sebelum mengikuti kelas tambahan pagi.

Ketika mendaftar di sini, semua pelajar tingkatan 1 sudah dimaklumkan bahawa setiap pagi akan diadakan kelas tambahan pagi sebelum belajar seperti biasa.

Ketika sedang bersiap di bilik. Aisha tiba - tiba bertanya tentang apa yang terjadi kepada ku malam tadi. Maz dan Leen terpaku seketika sebelum meluru ke arah ku. Aku tidak sampai hati untuk memberitahu perkara yang sebenar. Aku tidak mahu menakut - nakutkan mereka.

Aku terpaksa berbohong dan memberitahu bahawa aku sering mengigau ketika tidur. Mereka mengangguk tanda faham dan mengatakan itu cuma perkara biasa.

Pada mulanya, aku fikir yang berada di asrama akan lebih menyeronokkan. Ada ramai kawan. Dan semua kawan aku manusia. Tapi tanggapan ku salah. Semuanya salah. Semenjak aku tinggal di asrama. Rakan 'ghaib' yang bertambah.

Pernah suatu malam, ketika Aku, Maz, Leen, dan Aisha tengah study, aku tak tahan nak buang air kecil. Jadi, aku tanya diorang sama ada diorang nak pergi ke tandas atau tak.

Kebetulan, Leen nak ke tandas. Aku kira beruntunglah sebab ada yang nak teman. Aku dan Leen pun keluar dari bilik dan menuju ke tandas. Sampai kat tandas, ada pulak kertas yang di tampal kat pintu tandas tu.

'Tiada Air'

Nasib kitorang lah. Dahlah tak tahan, tandas pulak tak ada air. Leen memberitahu ku supaya kita ke tandas di tingkat 3. Di tingkat 3, semua yang menghuni di situ adalah senior. Tandas di tingkat 3 selalunya berfungsi dengan baik dan tak pernah rosak.

Aku bersetuju dengan pendapat Leen. Kami terpaksa berpatah balik dan mendaki tangga ke tingkat 3. Sampai di tingkat 3, kami terus menuju ke tandas. Aku masuk ke dalam tandas yang ke-2, dan Leen menggunakan tandas di sebelah.

Setelah berasa lega. Aku keluar dan menunggu Leen. Tiba - tiba terdengar bunyi tandas di pam dan keluar seorang remaja perempuan. Dia menuju ke arah sinki dan membasuh tangannya.

Kebetulan aku berada di situ, aku membuka mulut dan bertanya. Aku berbual dengannya sementara menunggu Leen. Rupanya, dia senior Tingkatan 5. Aku suka melihat senyumannya yang manis. Di tambah dengan lesung pipit di kiri dan kanan. Setelah berborak agak lama, dia meminta diri untuk ke biliknya.

Sekali lagi aku terdengar bunyi tandas di pam. Leen keluar dan menuju ke sinki. Sampai sahaja di bilik, Maz dan Aisha bertanya, kenapa kami berada di tandas terlalu lama. Leen memberitahu bahawa tandas di aras 2 tiada air dan kami terpaksa ke tandas di aras 3.

Mereka mengangguk mengerti. Tiba - tiba Leen bertanya kepada ku.

"Kau cakap dengan siapa tadi?"

Maz dan Aisha berhenti menulis dengan tiba - tiba. Mereka memerhati tepat ke muka ku. Wajah mereka penuh dengan tanda tanya.

"Aku.. Aku cakap dengan senior Tingkat 5.."

Aku menjawab dengan teragak - agak. Entah kenapa aku rasa tidak sedap hati. Adakah aku telah melakukan kesalahan?
Adakah aku tak patut tegur senior tu?
Atau...?

"Kau lupa ke? Semua senior Tingkatan 5 menyertai Kem Jati Diri di Pahang."

Ayat yang keluar dari mulut Leen membuatkan aku tersentak. Aku betul - betul lupa tentang perkara itu. Pelajar Tingkatan 5 menyertai Kem Jati Diri. Walhal mereka semua baru sahaja bertolak pergi pada petang tadi.

Jadi?
Dengan siapa aku berbual di tandas tadi?

• • • • • • • • • • • •

Hope part kali nie panjang..
Kat asrama memang macam
nie ke??

Siapa yg pernah stay kat asrama??
Pernah tak lalui benda mcm nie???

Sy tak pernah stay kat asrama
sbb skool dekat ngn rumah
jerr...

Sorry.klau lmbt update..
BUSY..
Please support me!!
I need your support!!!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now