05

2.3K 224 17
                                    

1997... Ketika ini aku berumur 6 tahun. Memandangkan aku memutuskan untuk berdiam diri, aku mula cuba untuk membiasakan diri dengan benda ghaib yang berada disamping ku. Anda ingat dengan 'nenek' yang keluar dari almari? Aku sudah membiasakan diriku dengannya dan memanggilnya 'nenek'. Selalunya, selepas sahaja ibu mencium dahiku dan berlalu dari bilik tidurku, 'nenek' akan keluar dan menemani.

Sekarang, muncul pula penghuni baru di dalam bilik ku. 'Dia' mula menginap di bilik ku pada pertengahan tahun. Ketika itu terjadinya suatu kemalangan maut berdekatan rumah ku.

Aku mula menyedari 'dia' menginap di bilik ku apabila aku terdengar bunyi di bawah katil ku. Pada mulanya aku hanya membiarkan sahaja. Aku tidak berani untuk melihat ke bawah katil. Namun, seminggu selepas itu bunyi itu semakin kuat dan mengganggu tidur ku.

Aku telah memberanikan diri untuk melihat ke bawah katil ketika bunyi itu muncul. Aku menundukkan wajahku dan melihatnya. Aku telah menunggu untuk beberapa ketika, sehinggalah aku berasa begitu menyesal melakukan perkara tersebut.
Bagaimana aku tidak menyesal apabila tatapan ku dibalas 'si dia'?

Ketika aku mengintai ke bawah katil ku, tiba - tiba sahaja bayangan seorang perempuan kelihatan di situ. Membalas renunganku dengan tenang. Perempuan itu masih muda dan wajahnya kelihatan pucat dan bengkak. Sama seperti mayat orang yang sudah lama meninggal. Matanya menatap ke arah ku. Separuh wajahnya buruk, mungkin anda tidak suka mendengar hancur berkecai.

Separuh tulang wajahnya retak, darah segar juga masih bercucuran dari separuh wajahnya. Kelopak matanya sudah terkoyak dan retak, bola matanya kelihatan terapung- apung dengan darah. Setelah melihat mukanya, aku kembali ke atas tempat tidurku dan menutup seluruh tubuh ku dengan selimut.

Walaupun aku seperti sudah biasa bersama 'nenek', aku tetap takut apabila melihat 'teman' baru yang ingin bersama ku. Aku dapat merasa ada dua 'orang' berdiri di hujung katil ku. Aku melihat mereka. Satu susuk tubuh yang bermuka pucat dan berambut kusut serta pakaian yang lusuh. Satu lagi pula bertubuh normal dengan pakaian casual  serta terdapat cecair yang menitis dari wajahnya.


Air mata ku menitis, ingin sahaja aku menjerit memanggil ibu dan ayah, tapi mereka tidak percayakan ku. Perempuan itu kembali meniarap dan masuk ke bawah katil ku. Aku kembali berbaring di atas katil di temani 'nenek' yang berdiri di sebelah katil ku sambil tersenyum sehingga menampakkan baris gigi yang tajam.

 Aku kembali berbaring di atas katil di temani 'nenek' yang berdiri di sebelah katil ku sambil tersenyum sehingga menampakkan baris gigi yang tajam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak mendapat 'teman' baru, aku menjadi lebih pendiam. Aku sanggup menunggu waktu tengah malam. Aku sanggup! Bukan apa, aku takut jika terdapat 'benda' yang ingin berkawan dengan ku lagi. Aku takut. Perasaan takut itu aku pendam. Dan setiap tahun, aku mendapat 'teman' sebilik yang baru.

Aku lalui hidup yang sama sehinggalah aku berumur 13 tahun. Waktu yang sesuai untuk lari dari rumah dan hidup berdikari ditemani rakan yang nyata iaitu manusia seperti ku. Aku hidup selama 12 tahun ditemani benda ghaib yang langsung tidak bercakap dengan ku. Aku bosan!

Dan sekarang aku bebas dari 'teman' ghaib yang menghuni bilik ku.

• • • • • • • • • •

Sorry klau part nie pendek.
Terlalu busy, byk kerja

Sy akn cuba panjangkan part yg seterusnya... ^O^

SUPPORT ME!!!!
I NEED YOUR SUPPORT!!!!

APA YANG AKU NAMPAK? [COMPLETED]Where stories live. Discover now