Part 2

10.2K 490 14
                                    

[Eka POV]

Mengantuknya. Kalaulah aku boleh sambung tidur. Tapi dekat Malaysia sekolah mula sebelum jam 7. Nak atau tak, aku masih kena bangun awal.

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi.
Aku perlu mandi. Aku menguap semasa berjalan menuju ke arah bilik air di bilikku.

Selepas selesai mandi, aku menunaikan solat subuh dan siap memakai baju kurung sekolah.

Aku menuju ke bilik adik pertamaku, Adreek Azfad.

Ya, Ad. Aku tau 'Ad' panggilan aku di sekolah. Tetapi, di rumah, semua panggil aku, Eka.

"Ad. Bangun. Dah pukul enam ni." Aku menggoncangkan tubuhnya sebelum membuka lampu biliknya supaya terang. Namun, masih tiada pergerakan.

"Mak, tolong saya boleh tak? Saya nak masakkan nasi goreng untuk Ad dgn Reez." pintaku setelah ternampak orang gaji kami di dapur.

"Ok." Mak membalas sambil tersenyum.

Mak dah biasa agaknya sampai tak marah aku lagi. Patutnya dia yang masakkan untuk kami semua. Tetapi, Ad dan Reez nak aku yang masakkan untuk sarapan mereka. Jadi, aku turutkan sahaja.

~15 minit kemudian~

"Kakak." Tegur Ad dengan senyuman. Dia lengkap dengan kemeja sekolahnya.

"Morning! Nah makan dulu. Homework semua dah siap?" Aku menghulurkan pinggan yang berisi nasi goreng kepadanya. Laju dia menyambut.

"Macam tau tau jer Ad first day dah bergunung homework. Dah, akak. Ad dah siapkan." Jawabnya sambil ketawa.

"Ad punya bergunung ye? Akak punya boleh cecah langitlah." Aku tersengih sambil mencedok nasi goreng untuk adik aku yang satu lagi.

"Morning kakak!" Sapa Reez yang memeluk pehaku.

"Good morning, sayang! Meh duduk sini, makan." Aku dukungnya naik ke atas kerusi meja makan.

"Mak tengok kamu ni macam mak orang dah. Dah boleh kahwin ni."kata Mak sambil ketawa.

"Mak! Ape ni?!" Muka aku mula berona merah.

Ada aku sebut tak family kandung aku ni ada 3 orang jer dekat Malaysia? Mama and Papa di UK. Mereka uruskan business family di sana.

Mak ni maid family aku sebenarnya. Tapi sebab dah biasa dari kecil, kami panggil dia 'Mak'.

"Enam tiga puluh dah! Ambil beg semua. Jom kita pergi sekolah." Jeritku ceria.

"Akak. Kenapa akak happy semacam nak pergi sekolah ni? Kalau kat London, malas pulak." Tanya Ad pelik.

"Hey, mana ade." Nafiku laju.

"Ade abang hensem lagi sadolah tu." seloroh Mak dengan senyuman mengejek.

"Mak! Mana ade. Eka just tak nak kena denda dgn 'abang hensem lagi sado' tu sebenarnya." Aku membalas perlahan.

"Boyfriend ke? Baru first day dah jumpa lelaki hensem. Untungnya muka cantik ni." Mak tertawa pula.

"Pak Man. Jom gerak! Nanti lambat." Aku bergerak ke pintu utama.

"Pandai kamu tukar topik ya? Jom." Pak Man pula yang tersengih kali ini.

"Pak Man pun? Sengaja je buli Eka." Aku memuncungkan bibir.

-skip-

"Bye kak, Pak Man. Saya balik pukul 2 tau." Ad melambai ke arah aku, Reez dan Pak Man.

Ouh, mari aku ceritakan serba sedikit tentang adik-adik aku!

Adreek Azfad :
Adik lelaki pertama aku.Tahun ni dia darjah 6. UPSR. Baru darjah 6 tapi mature gila. Suara dia, perangai dia, macam orang uni/kolej.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now