Part 50

3K 120 8
                                    

[Eka POV]

"Eka mengandung kot."

"What?! Takkanlah Mama! Kalau betul pun, kenapa pula Aqeez yang muntah-muntah? Kenapa bukan Eka?" Aku mempersoalkan pernyataan Mamaku. Sekeras-kerasnya aku menafikan pernyataan itu.

Mana mungkin?

"How's your period?" Mama bertanya. Bunyi angin bertiup kuat jelas kedengaran di sebelah sana. Tak hairanlah kerana sekarang sudah masuk musim luruh di London.

"Period? I didn't count." Aku merungut sedikit dengan kecuaian aku. Aku memang tak gemar ingat waktu period aku. Lagipun, setakat yang aku tahupun, memang kitaran haid aku normal.

"Cuba Eka check balik period Eka. Then, kalau betul dah lewat dari hari sepatutnya, cubalah buat pregnancy test. Manalah tau doa Mama termakbul." Aku terdengar sengihan Mamaku.

"What?! Mama ada doakan Eka mengandung?! Eka baru kahwin dua bulan lebih kot!" Aku terjerit sedikit. Mujurlah pejabat aku ini soundproof. Paling teruk pun, Laila sahaja mampu dengar.

"Normallah kalau anak dah kahwin ni, orang macam Mama dah mintak nak timang cucu. Lagipun, kalau dah rezeki takkan nak tolak. Mama mengandungkan Eka pun sebulan baru kahwin tau? Ni, kamu dengar! Cek balik period Eka, lepastu buat pregnancy test!" Sejurus kemudian, Mama menamatkan panggilan kami.

Aku merengus kuat sebelum keluar daripada bilik pejabatku. Niat mahu meronda melihat pekerja yang lain di tingkat bawah. Memeriksa punchcard yang tersedia di setiap department.

"Mrs. Eka." Laila memanggil aku sewaktu tanganku tepat berada pada tombol pintu yang berukiran itu.

"Ye, Laila?" Aku memusing ke arahnya. Cuba berlagak seperti tiada apa berlaku.

"Mr. Firdausi ada call tadi. Dia suruh kosongkan jadual Mrs. Eka lepas lunch. And, katanya dia nak bawa Mrs. Eka keluar." Laila menerangkan kepadaku dengan lancar. Namun, agak janggal bunyi 'Mrs. Eka' yang disebutnya sedari tadi. Tapi, apa yang boleh aku buat? Aqeez sendiri yang meminta secretary aku itu untuk memanggil aku begitu kerana dia tidak suka Laila masih memanggil aku dengan gelaran 'Miss'.

"Oh really? Umm, kalau macam tu, kosongkan jelah. Saya ada benda penting ke nak kena buat hari ini?" Aku cuba meminta kepastian.

"Tiada." Dia menjawab sepatah sebelum aku mengangguk. Laju dia meninggalkan aku untuk menyambung tugasannya. Aku pula, masih mahu meronda melihat pekerja-pekerjaku.

-skip-

"So, how's the food?" Aqeez bertanya kepadaku.

Aku yang sedang makan cuba melihat sekeliling. Pelik dengan soalan Aqeez kerana kafe ini merupakan kafe kegemaranku dan aku seringkali memesan makanan yang sama. Jadi, aku hairan sedikit dengan soalannya. Tetapi, aku hanya menjawab soalannya.

"It's my fav! So, makanan ni sedap." Aku tersenyum comel sebelum Aqeez turut tersenyum dengan pandangan yang redup ke arahku.

"Good. Manalah tau kalau-kalau Reeka dah rasa lain." Dia mengeluh.

Aku pula terhenti mengunyah.

"Rasa lain?"

"Ouh, it's nothing. Tadi Mama Aqeez ada call and tanya tentang kita dua. Katanya Eka ada call Mama semalam." Aqeez menyuapkan burger yang dipotongnya ke dalam mulut.

"Ha'ah, ada. Reeka takut Aqeez ada allergy or something. Sebab pagi tadi Aqeez muntah teruk juga." Aku memandangnya dengan pandangan simpati.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now