Part 16

4.3K 240 4
                                    

[Eka POV]

"Hey, Adreeka." Sapa seseorang setelah aku membuka pintu.

Nak terjatuh rahang aku tengok pemuda yang berdiri di hadapan gate rumah banglo tiga tingkat ni. Macam mana dia tahu rumah aku kat mana?

"Er.. Hai. Buat apa kat sini?" Tanya ku dengan terketar-ketar.

Apa Haris nak ni?

"Oh, just passing by. By the way, we are neighbours." Jawabnya.

Neighbours?

"Err, ouh yeke? Mana tau rumah saya kat mana?"

"Like I said, we are neighbours. Saya selalu nampak awak tolong seorang lelaki yang dipanggil 'Pak Man' siram pokok. I always see you through the windows of my room." Jawabnya dengan senyuman meleret.

"Err.. Awak nak apa? Saya busy sekarang ni.."

"I want you, Adreeka. I want my future wife."

Terus aku tergeleng geleng mengingati peristiwa semalam. Aku menutup muka ku dengan selimut selepas selesai solat subuh.

Betul ke dia jiran aku? Semalam pun memang aku nampak dia masuk rumah sebelah kiri aku.

What if we rewrite the stars?
Say you were made to be mine.
Nothing could keep us apart,

Lagu Rewrite The Stars oleh Zac Efron dan Zendaya memenuhi ruang kamar aku. Tak perlu tengok siapa aku dah tahu siapa yang menelefon aku.

Aqeez.

Terpacul nama itu di kepalaku dan teringatkan wajahnya.

Aqeez, atau nama penuhnya, Firdausi Azeeq yang sememangnya pengawas yang garang. First impression aku, dia seorang yang dingin, sehinggakan tiada sesiapa pun yang berani bertentang mata dengan dia. Wajahnya tak pernah tercalit dengan senyuman manis pada kali pertama aku lihat dia. Kalau senyum pun, mesti senyuman sinis yang menakutkan. Sebenarnya aku memang dah target untuk elakkan diri daripada dia lepas tau yang dia ni jaga pagar sekolah setiap hari.

Namun, anggapan aku berubah setelah masuk hari kedua sekolah. Aku langsung tak percaya bila ramai yang mengingatkan aku tentang denda denda kejam yang pernah mereka kena. Senyuman manis yang dia tunjukkan pada aku di kelas buat aku berubah persepsi.

Kini, orang yang paling aku nak elaklah yang berjaya ubah hati aku yang banyak terluka kerana kematian cinta pertama.

Aku mengeluh sebelum menekan punat hijau pada telefonku yang berdering sebanyak 2 kali.

"Where were you?! I am starting to worry!" Jerit Aqeez di sebelah sana.

Aku tergelak bila boleh bayangkan betapa berkerutnya muka dia di sana.

"Dalam hati awak. Echewahh! Ahhahahaha." Gelakku.

"Main main pulak. I am serious." Katanya sebelum terletus tawa kami berdua.

"Ni dah solat ke belum?" Tanyaku buka topik baru.

"Dah, siap doakan jodoh kita sehingga kahwin nanti." Jawabnya jujur.

Aku tak dengar suara yang main main dengan katanya sendiri.

"Ada ada jer lah Aqeez ni.. Amiinn,"

"Eleh, tu pun dia aminkan." Gelaknya lagi di sebelah sana.

Aku hanya tersenyum.

"Err Reeka, I had to go. Mama nak lawat kawan dia kat Petaling Jaya. Nak ikut tak?"

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now