Part 31

2.1K 128 3
                                    

[Daus POV]
-dua bulan kemudian-

"Congrats to both of you yang dah habis graduation!" Mamaku memulakan bicaranya di Hotel Windwide. Muka yang ada di situ semua teruja kecuali aku dan Reeka.

"Eka, Eka okay tak ni?" Tanya mamaku kepada Reeka yang hanya menyepikan diri.

"Eka okay je mama. Kenapa?" Reeka tersenyum seperti tiada ape yang berlaku kepada Mama ku.

Aku hanya memandangnya hairan.

"Mestilah dia happy kan? Tinggal berapa lama je lagi sampai dia nak kahwin dengan Daus. Kan?" Mama Reeka pula berseloroh.

Reeka hanya tergelak gembira mendengar setiap patah kata yang keluar daripada mulut Mama nya. Perkara itu hanya menambahkan rasa hairan aku lagi.

Reeka dah dua bulan tak contact aku selepas perkara tu berlaku. Aku cuba untuk berhubung. Namun, dia terus mematikan panggilan yang aku buat. Jadi, kenapa Mama dan Papa beriak biasa? Adakah Papa dan Mama tidak tahu akan kejadian tu?

Aduhh kepala aku bertambah serabut. Kalau dia dah bencikan aku, kenapa dia masih nak teruskan?

Aku tau bukan itu yang aku nak. Aku nak sangat dia. Aku nak kahwin dengan dia sebab aku sayang sangat dekat dia. Teruk sangatkah aku dah sakitkan hati dia?

"Zeeq, kenapa tak makan tu? Janganlah asyik tenung tunang kamu tu. Malu dia." Mama menyentakkan lamunan aku.

Aku memerhatikan Reeka yang sudah tersenyum kaku. Berpura pura malu dengan pernyataan Mama mungkin.

Mata aku melirik pula kepada eyebagnya yang mula menampakkan tebalnya. Mungkin jika diperhatikan lama, jelas nampak eyebag yang terbentuk itu.

Aku mula beralih kepada bibirnya. Bibirnya seakan menyorok monyoknya. Cuba untuk senyum walaupun hati nya disakiti.

Aku terus memandang dadanya. Hati dan jantungnya. Aku pasti dia sangat terluka. Aku janjikan bulan dan bintang. Tapi ape yang sudah aku lakukan?

Aku mengeluh sebelum aku dan Reeka serentak bangun dari duduk.

Semua mata memandang ke arah kami berdua. Tak kira juga mata aku dan Reeka. Kami berbalas pandangan sebelum Reeka mula menunduk dan menyatakan keinginannya untuk ke tandas.

Aku berdiri sambil memandang belakang tubuhnya yang semakin menghilangkan diri. Aku mengeluh dan pergi tanpa menjawab soalan mama mama berdua.

Lupa aku mahu nyatakan bahawa Papa ku dan Papa Reeka mempunyai emergency meeting dalam projek mereka. Jadi, mereka tidak dapat menghadirkan diri.

Aku mula bermundar mandir di hadapan tandas. Aku dah masuk tadi. Dan aku pelik kenapa Reeka belum keluar.

Aku bermain iPhone X aku sebelum seorang gadis berlalu di hadapan aku. Mengetahui itu adalah buah hati aku, aku terus menggenggam lengannya.

"Lepaskanlah." Reeka memutarkan bola matanya selepas terkejut dengan tindakan aku.

"Kenapa decline call Aqeez?" Aku bertanya tanpa melepaskan tangannya.

"What do you expect?" Soalan yang dibalas dengan soalan.

"Are you totally over me?" Aku bertanya lagi.

"Good question. I think that I'll reflect that question back to you. Are you totally over me?" Reeka bertanya dengan senyuman sinis.

"Reeka," Aku mengeluh. Ternyata dia masih tidak dapat melupakan hal itu lagi. Ape lagi yang perlu aku lakukan untuk menebus kesalahan ini?

"What? Cukuplah Aqeez. If you want that slut, you can have her." Reeka membalas kembali.

"Reeka, that's what I have to explain.
Di— "

Annoying PrefectUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum