Part 43

1.6K 91 13
                                    

[Daus POV]

Sewaktu aku sedang sibuk menilai beberapa gambar nikah kami yang diambil Haris tadi, bunyi kunci pintu bilik air kedengaran. Spontan, aku yang sedang bermalasan di atas katil, menoleh ke arah pintu bilik air tersebut.

Namun, aku langsung tak menjangkakan keadaan Reeka yang hanya menutupi badannya dengan bathrobe yang aku sediakan untuknya. Sebab, kebiasaannya, aku tengok drama yang Mama selalu buka tu, si isteri mesti bawa baju masuk bilik air. Mestilah sebab malu dengan suamikan?

Reeka yang jalan bersahaja terus ke luggagenya dan membuka zip dengan laju. Aku hanya memerhatikannya yang mengeluarkan sepasang t-shirt merah jambu yang nipis dan seluar pendek berwarna kelabu. Dia menutup luggage dengan laju sebelum mula memakai baju membelakangkan aku.

Secara tidak sedar, aku berdehem.

Reeka laju menoleh ke arahku sebelum dia menunjukkan reaksi muka terkejut. Dia lupa ke aku ada dekat sini? Aku hanya memerhatikannya kekok. Tak tahu nak cakap apa.

Jujurlah, aku okay je kalau dia nak tukar baju depan aku. Ehem. Tapi, aku rasa aku perlu tahan diri. Aku mula bangun dari perbaringan.

"I'm sorry. Reeka salin baju dekat bilik baju tu ye?" Reeka menggaru kepalanya.

Aku yang rasa bersalah, menarik lengannya apabila dia berura-ura ke bilik baju aku yang bersebelahan dengan bilik air.

Aku berdehem sekali lagi sambil menggaru tengkuk. Janggal dengan keadaan kami. Lebih-lebih lagi melihat Reeka dalam keadaan begini.

"It's fine. Reeka salin je dekat sini. Aqeez nak mandi dah pun." Aku laju mencium dahinya tanpa memandang matanya. Takut-takut kalau aku tidak dapat berhenti daripada memandangnya nanti.

Kemudian, aku laju menapak ke pintu bilik air dan menguncinya. Selepas tersedar, aku menghantukkan kepala ke dinding sebelum menyumpah-nyumpah diriku sendiri.

Selepas aku dapat mengawal diri aku semula, aku menggosok gigi dengan laju sebelum membersihkan muka dan mandi.

Aku mencapai tuala dan mengikatnya di pinggang seperti selalu sebelum keluar daripada bilik air.

Sebelum bergerak ke arah bilik baju, aku mengambil satu lagi tuala yang aku sidaikan di luar bilik air untuk mengeringkan rambut. Selepas memakai seluar dalam dan seluar tidur, aku bergegas ke katil . Namun, aku kaku sebentar selepas terlihatkan sepasang seluar tidur dan boxerku tersidai di hujung katil.

Aku memandang Reeka yang tidur dengan dengkuran halus sebelum tersenyum gembira. Laju aku mencapai boxer dan seluar tidur itu untuk menyalinnya.

Mungkin pada pendapat orang ramai, aku patut simpan sahaja, tetapi aku terharu dengan effort Reeka yang sanggup menyediakan pakaian aku walaupun dia mengantuk.

Dengan senyuman, aku memanjat katil dan baring di sebelah kanan Reeka. Aku memerhatikan rambutnya yang menutup mukanya. Aku cuba untuk mengusik rambutnya sedikit dan terhenti apabila menyedari bahawa mukanya terbenam di dalam Grizzly, patung beruang cokelat yang aku hadiahkan kepadanya.

Perlahan-lahan aku menarik patung beruang itu dari pelukannya. Aku berpuas hati apabila Reeka langsung tidak tersedar daripada lenanya walaupun aku dapati cara aku mengasingkan dirinya dengan Grizzly itu semacam kasar.

Kemudian, aku merapatkan jarak di antara kami, cuba untuk mencapai keselesaan kepalaku dengan bantal sebelum merangkul pinggangnya. Aku mencium ubun-ubunnya dengan lembut sebelum terlelap sekali di sebelahnya.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now