Part 46

1.9K 115 19
                                    

Sorry sebab awak-awak semua kena tunggu lama. Data cerita ni hilang secara tiba-tiba and saya dah freak out betul dah pagi semalam! Saya struggle siapkan chapter yang sepatutnya dah publish semalam untuk awak-awak semua tau! Appreciatelah author yang tak seberapa ni!!

Anyway, stay tune!

[Eka POV]

Isnin

Aqeez menarik selimutnya sehingga ke muka. Aku merengus lembut sebelum bergerak ke arah suis lampu untuk menutupnya. Hormat suami yang sakit dan perlukan rehat.

Aku lambat-lambat bergerak ke arah katil. Sambil itu aku ambil iPhone milikku yang tersidai di sebelah katil. Saat aku melekatkan mata ke arah skrin, iPhoneku terbuka dan aku ternampak notification whatsApp daripada Papa kira-kira 2 jam yang lalu.

Papa dah settlekan kecoh semalam tu.

Setakat ni, dah takde video dan gambar yang viral tentang semalam. Papa dah upah orang untuk settlekan masalah ni. Mungkin ada beberapa orang yang sempat sent those videos and pictures, but, staffs Papa dah jumpa dorg and delete segala benda.

Zainul pun dah settlekan masalah wartawan yang datang serbu syarikat diaorang dengan segera.

Should be no problem. Takde apa yang nak risaukan dah.

The girl from yesterday, Papa tak kenal dia siapa. Tapi Papa tak suka attitude dia. And I'm certainly sure you hate her too.

Maybe Eka kenal dia siapa. Tapi, Papa masih tak suka kenalan Eka sanggup tolak anak Papa ni. At least, bukan pada hari bahagia anak perempuan Papa seorang ni.

Tapi, Eka. Eka kena tahu ni rumah tangga Eka. Buat macam mana pun, Eka kena bincang elok-elok masalah ni dengan Daus okay?

Walau besar mana pun salah Daus, he is still your husband. Syurga Eka ada pada dia. Bukan pada Mama and Papa tau?

Okay, Papa taknak masuk campur hal Eka dan Daus. Papa harap Eka boleh maafkan salah Daus secepat mungkin.

Mama, Ad dan Reez kirim salam dekat Eka. Mak kamu dan Pak Man pun.

Take care.

Aku mengeluh lembut selepas habis membaca semuanya. Kepala aku serabut tiba-tiba. Serabut dengan masalah aku.

Aku tau aku salah semalam menyebabkan Aqeez tak mahu layan aku, tetapi aku tak sangka dia akan demam.

Aku benci perasaan ni! Aku benci sebab aku kena hadapi semua ni sedangkan aku dan Aqeez tak sampai 3 hari pun bernikah.

Aku memeluk lututku kuat. Aku menekup muka sebelum menekannya. Aku mencakar-cakar mukaku cuba untuk menghentikan air mata daripada jatuh.

Kemudian, aku menumbuk dadaku kuat sehingga aku merasakan kesukaran bernafas. Aku cuba bernafas sedalam mungkin supaya aku mendapat oksigen yang mencukupi.

Aku meletakkan iPhoneku di tempat asal semula sebelum berlalu ke arah pintu bilik untuk membasuh pinggan mangkuk bubur tadi.

Selasa

Kau dah okay?

Aku tak taulah Put. Mungkin okay.
Mungkin juga tak.

Aku tak suka tengok kau macam ni.

Tulah, aku pun tak suka.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now