Part 18

3.7K 219 2
                                    

[Eka POV]
Kenapa Aqeez tanya macam-macam? Ada apa-apa berlaku ke? Atau dia just 'being caring' like always? Atau sebenarnya, Haris?!

Urgh! I hate that boy!!

-skip, 1 bulan kemudian.-
"Cantiknya awak ni, Adreeka."

Aku menjulingkan mata ke atas supaya pandangan kabur. Malas nak tengok 'monyet' yang bertenggek kat tingkap bilik rumah sebelah.

"Fuyoo, sombonglah awek ni. Awak, saya tengah cakap ngan awak ni. Layan lah saya." Sambungnya dengan nada terdesak.

"Haris, stop messing with me. Saya nak main ngan mocha pun tak bolehlah!" Jeritku balik.

Petang Khamis yang sepatutnya aman bagi aku sebab hanya ada satu insan dalam rumah pada jam ini. Siapa? Akulah.

Ad dia ada tuisyen petang kat sekolah. Mak pergi beli barang dapur kat pasar. Reez nak ikut sebab katanya nak beli gula-gula. Mak tak bagi, tapi disebabkan Mak tak paham gula-gula apa yang dia nak, aku sarankan dia ikut jer. Pak Man? Dia pergi hantar and teman mereka sekali.

Mama, Papa? Hmm, diaorang gi dating jelah datang sini. Katanya nak spend time dengan anak-anak. Balik sini terus gi shopping. Haish, hidup..

Diaorang siap menggalakkan aku spend time masa dengan Aqeez.

So, aku bercadang nak mengomol mocha (kucing gebu yang berwarna mocha) sementara tunggu diaorang semua balik. Dah lama tak main ngan Mocha sebab busy dengan homework sekolah.

Sibuk-sibuk main, si Haris ni skodeng aku.

Aku mengeluh kuat sambil mendukung Mocha yang tak habis habis nak main dengan pokok yang aku selalu siram.

"Awak main ngan 'mocha'? Kucing comel tu ke?" Tanyanya lagi.

"Eh taklah. Saya tengah memancing ikan mocha ni." Perliku kuat.

"Ahhahahaha, kelakarlah awak ni."

Aku pandang dia lama.

Dia hanya tersenyum kacak sebelum aku menggelarnya 'GILA'.

"Saya memang gila dah. Gilakan awak." Balasnya laju.

Aku hanya memutarkan bebola mata.

"Awak ni jangan mengarut boleh tak? Say-.."

Pinn!! Pinn!!!

Aku menoleh ke arah gate. Siapa pulak datang rumah aku ni?

"Reeka!! Assalamualaikum!!" Jerit satu suara garau. Suara yang aku kenal. Suara Aqeez aku.

"Hahahha, I knew it." Kata Haris tiba-tiba.

Aku lihat dia semula. Tidak, tak mungkin.

"Saya dah agak yang awak ni dengan pengawas annoying tu. Nilah abang baik tu kan?" Tanyanya dengan senyuman sinis.

Muka aku pucat. Dia- dia apa?!

"Saya tak akan putus asa, Adreeka. I love you, sayang." Terus pintu tingkap ditutup rapat sebelum dia tersenyum dan menghadiahkan 'flying kiss'.

Meremang bulu roma aku.

"Reeka?! You're there?" Jerit Aqeez lagi.

Aku tersentak dan terus membuka automatik gate dan menjemput Aqeez ke laman rumah kami yang bertemakan garden.

"Why do you have a pale face?" Tanya Aqeez.

"Hah?" Tanyaku semula.

"Asal muka Reeka pucat? Ada benda jadi ke?" Tanyanya lagi.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now