Part 27

2.7K 172 3
                                    

Sorry for the long break guys. 😔
Here's for you guys! ❤️

[Daus POV]

"Good luck."

Aku tersentak memandang sekumpulan gadis yang sedang berdiri di hadapan ku.

"Ape yang korang buat ni?" Aku bertanya tegas.

Pagi pagi Isnin ni pun nak buat hal ke? Dahlah pukul 8 nanti dah start paper Bahasa Melayu SPM.

"Weyyyy!! Dia pandang akulah!!!" Jerit seorang daripada mereka.

"Kau pergi masuk barisan. Sekarang." Aku terus mengendahkan kata katanya.

"Alaa, nak wish good luck pun tak boleh ke?" Rungut si Pengawas Koperasi pula.

"Heh, korang ni nak wish good luck kat aku? Boleh pergi mimpilah! Pergi masuk barisan kelas! Sekarang!!" Aku menjerit dan mereka terus berjalan dengan lemah.

"Gedik." Aku berkata perlahan selepas salah satu daripada diaorang mengenyitkan mata mereka kepadaku. Pikir comel lah?

"Bapaklah, ketua pengawas kita tu ngan perempuan pun dia berkasar beb," aku terdengar satu suara garau berkata kata.

"Yelah, dia kan ketua. Lagipun, mana boleh orang cari pasal dengan dia dowh. Aku tabik betul macam mana orang boleh sekejap jer dengar kata dia. Macam ada kuasa gitu." Suara yang lain pula membalas.

"Korang tak nampak ke cikgu tengah bercakap kat depan tu?" Aku menjegilkan mataku pada diaorang.

Terus senyap budak form 4 tu. Hah, mengumpat lah lagi kat belakang. Kan dah kena.

"HAHAHHAHAHAHAH!!!"

Pengetua Tuan Haji Muhammad yang sedang memberikan ucapan terus terpandang sekumpulan budak form 3 yang mengilai dengan kuat. Tapi tawa tu datang daripada lelaki. Pergh, mengilai cam perempuan dowh.

Semua murid juga spontan memandang mereka.

Aku? Aish, aku terus berjalan laju ke arah diaorang dan menarik ke empat empat lelaki yang gelak dengan kuat tadi. Ouh, tangan aku ada dua jer. Qasim selaku Setiausaha pengawas sekolah tolong aku tarik diaorang sekali.

"Berdiri dekat depan bendera secara tegak dan jangan bising. Aku dengar bising lagi, aku koyak mulut korang. Korang berdiri situ sampai waktu rehat." Aku berkata dengan nada yang cukup pedas.

Spontan, semua yang berada di situ senyap tanpa bicara apabila melihat denda mereka.

-skip-
"Woi!!"

Satu dewan tersentak mendengar launganku. Peduli apa aku.

Dua pelajar lelaki dari kelas Perniagaan menggigil ketakutan.

"Kau meniru ke?! Kau pergi mengaku kat pengawas peperiksaan!!" Aku menjerit lagi.

Semua pengawas peperiksaan dah memandang aku semacam. The hell dohhh aku dah tolong korang.

Ketua pengawas peperiksaan mengerling aku tajam sebelum bertindak memeriksa kedua dua pelajar tersebut. Hasil pencarian? Tak perlu cari. Sebab salah sorang tu dah gelabah sangat sampai tercicir nota kecil.

Kantoi!

"Kertas kamu dengan rasminya batal. Kamu takkan dapat sijil SPM memandangkan kertas ini kertas Sejarah." Kata ketua pengawas itu dengan tegas dan kuat.

Semua calon SPM menyaksikan 'drama' yang terhidang. Yang duduk di belakang dah terteleng kepala semua.

"Masa yang tinggal hanya 30 minit. Semua calon diminta senyap." Penolong pengawas peperiksaan membantu ketua pengawas tadi menjalankan tugas.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now