Part 17

4.1K 211 16
                                    

[Daus POV]
Tanggal XX Januari 201X, pukul 2:15 petang, bermulanya Perjumpaan pertama bagi semua rumah sukan yang ada di SMK Bukit Bakau. Kalau ada KoKu, sekolah habis pukul 1:30.

Aku sebagai Ketua Rumah Sukan Emereld akan mengetuai perjumpaan ini.

"Assalammualaikum, hari ini kita akan memulakan pemilihan atlet rumah sukan dengan mengadakan sukantara yang tak dapat markah supaya aku dapat pilih korang." Mulaku kasar. Malas sebenarnya.

Terjojol mata pelajar dan guru dengar apa yang aku cakap. Heh, memang aku tak bincang ngan diaorang pun. Aku dah mintak kebenaran dengan Tuan Haji Muhammad untuk guna padang harini.

"Awak main main kan, Firdausi? Cikgu tak tau apa apa pun." Kata Cikgu Linda sebagai penasihat utama Rumah Sukan Emerald.

"Saya memang tak bagitau cikgu lagi. Haritu, saya dah mintak kebenaran dekat pengetua untuk guna padang hari ni. Sebab ramai yang ada ability dalam permainan masing-masing, tapi tak tau and saya akan paksa mereka masuk. Tak kira apa." Balasku panjang.

Rumah sukan Emerald bising kerana tidak menyetujui tindakan aku. Ada aku kesah?

"Kuatlah lagi, biar sampai kutub Utara dengar." Jeritku kuat dan semua kembali diam.

Guru guru baru yang menjadi penasihat kami terlopong akan tindakan aku. Mungkin dia tak tau lagi peraturan sekolah.

Peraturan sekolah Bukit Bakau:
#1 Jangan ponteng.
#2 Jangan merokok.
#3 Jangan buat perkara yang menaikkan kemarahan pengawas.

Peraturan sekolah ni ketat dan even kau dapat fail, kau akan lari padang ikut berapa beza markah kau dengan markah lulus, 40. Yang kejamnya, kau kena habiskan semua larian pada hari tersebut jugak.

Jujurnya, pertama kali aku suarakan benda ni pun Pengetua dan ibu bapa bantah habis habis. Tapi, disebabkan keputusan sekolah kami menyebabkan sekolah kami adalah yang tercorot sekali kat Selangor, baru mereka merayu semula supaya aku teruskan cadangan gila tu.

"Gerak ke padang! Kiraan ke-10, kaki tak jejak padang, kau ambil ketip kuku potong rumput! 1!"

Terus semua orang berlari ke padang dengan segera. Kalau ikutkan sebenarnya ramai yang malas nak ikut kata aku. Sebab diaorang pikir, diaorang boleh escape. Tapi silap oranglah, aku akan cari dia sampai jumpa dan pastikan dia jalankan denda tu dengan sempurna.

Baru nak sebut nombor 9, semua dah siap beratur ikut tingkatan. Aku hanya tersenyum meleret pandang diaorang. Bagus, inilah yang aku nak.

Aktiviti dimulakan dengan Larian 100 meter, diikuti dengan Larian 200 meter, Lompat Jauh, Lompat Tinggi, Lontar Peluru, Lempar Cakera, dan Lontar Lembing.

Sebab KoKu habis pukul 6, aku tak kesah sangat.

Selepas selesai semuanya, baru aku tau ramai yang berbakat tapi ada alasan. Tak pentinglah. Tak ada masa lah.

Last-last aku masukkan nama jugak. Yang kelas bawah semua takde bantahan. Mungkin sebab tu jer kepakaran diaorang kot.

"Yo, Firdausi." Panggil seseorang.

Aku terkejut melihat Haris yang berbaju rasmi rumah kuning memanggil. Dia mimpi apa semalam? Tak cukup tumbuk tepi bibir aku sampai berdarah, ke?

"Err. Kau nak ape?" Tanya aku kekok.

"Hahahah. Kau asal formal sangat dengan aku?" Gelaknya lagi.

Aku dah mula buat muka pelik. Dia ni kenapa?

"By the way, kau nampak perempuan cantik tu?" Tanyanya tiba tiba.

Aku pandang ke arah yang ditunjukkan. Semua Rumah Sukan Topaz (kuning). Lagipun, perempuan yang cantik aku lihat hanya Reeka sorang, yang lain tepi jalan aku boleh cari.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now