Part 3

9.3K 446 7
                                    

[Daus POV]

Fuh, nasib baik dia maafkan aku. Entah macam manalah kertas tu boleh ada dalam kotak denda aku tu. Aku kena siasat balik ni.

Tapi bila diperhatikan balik, cantik juga Adreeka ni tertawa macam tu. Takdelah nampak sombong sangat macam pagi tadi. Comel pun ye jugak.

Errr, emm, abaikan apa yang aku baru sahaja cakapkan. Buat macam takde apa pun yang berlaku.

"Adreeka." Panggilku perlahan.

"Kenapa kau panggil nama aku full? Bukan aku dah singkatkan ke?" Tanya Adreeka dengan kening kirinya terangkat.

"Nama 'Ad' tak sedap. Takpelah, kalau kau nak aku panggil kau, 'Ad', aku ok jer."

"Family aku panggil aku, 'Eka'. Dekat sekolah pula semua orang panggil aku, 'Ad'. Dua nama  tu sahaja singkatan yang aku boleh fikirkan. Ade satu lagi, tapi tak pernah lagi orang guna sebab aku pun tak suarakan." Balasnya dengan ketukan yang dibuat pada meja miliknya.

"Apa dia?"

"Reeka." Adreeka gelak sedikit. "Pelikkan? Tapi, aku rasa macam nama tu tak kan digunakan oleh sesiapa walaupun aku rasa sedap." Adreeka cuba menahan malu.

Ya Allah, comel pula muka dia merah macam tu.

"Okaylah, sedap juga nama tu. Kau nak aku panggil kau 'Reeka' tak? Aku ok jer."

"Tapi, nama tu tak pernah orang gunakan pun. Lagipun, kau bukan sesiapa pun untuk sebut nickname special kat aku." Mukanya berkerut.

"Takpelah. Sebab aku nak buktikan kat kau yang akan ade orang pakai nama tu nanti." Adreeka kelihatan seperi berfikir sebelum dia mengangguk.

"Okay." Balasnya dengan senyuman.

-skip-

Kenapa aku rasa happy semacam hah?

"Zeeq. Sini kat mama." Seru Mamaku lembut.

"Ye, Mama? Kenapa?"

"Kamu dah siap homework?"

"Dah, kot?"

"Aik? Asal ade kot tu? Belum semua lah tu." Mama menggeleng.

"Sorry, Mama." Aku tersengih-sengih sambil menggaru tengkuk.

"Mama ada benda nak cakap ni. Mama and papa nak pergi UK dua hari lagi. Ada kawan Mama ajak datang jumpa dia. Zeeq, nak ikut tak?"

"Huh? UK? Berapa lama?"

"Alaa, tak lama. Ahad nanti balik. Khamis ngan Jumaat je tak pergi sekolah."

"Tengoklah dulu, Mama." Aku menjawab tidak acuh.

"Fairuz, tolong book ticket flight ke London. Tiga orang tau." Mama tersenyum ke arah pekerja keluarga kami.

"Mama! Bukan ke Zeeq cakap tengok dulu?" Aku tersentak kuat sambil menjerit.

"No, no, no. Zeeq kena ikut Mama dan Papa jugak. Muktamad. No kompromi lagi." Mama menggeleng dengan laju kali ini.

Mama ni, baik takyah tanya nak ikut ke tidak.

Esok last aku jaga pagarlah kan maksudnya? Maksud aku, bagi minggu ni lah.

Alaa nanti tak boleh tengok Reeka datang lambat.

Eh, kau ni Daus. Macam tau je dia akan selalu datang lambat.

"Mama. Zeeq ade permintaan."

"Apa dia?"

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now