Part 47

2.1K 109 5
                                    

[Daus POV]

"Dah sihat dah anak Mama ni?" Mama bertanya apabila aku menuruni tangga rumah.

"Bolehlah, Mama. Papa mana?" Aku tersengih sambil duduk di sebelahnya yang sedang menonton drama Melayu. Semacam hobi.

"Zeeq kan cuti sebulan. Papa handle sekejaplah meeting yang patut Zeeq attend tu." Mama langsung tidak memandang aku. Matanya khusyuk menonton televisyen itu.

"Zeeq dah cakap dah tak patut bagi Zeeq cuti lama-lama. Kesian Papa tau tak?" Aku memuncungkan bibir sambil cuba mencapai remote televisyen.

Laju Mama merampas kembali remote itu dari tanganku.

"Nak tengok tv, pergilah tengok kat bilik Zeeq tu. Jangan kacau tv Mama." Mama mendengus sambil menggenggam erat remote yang dipegangnya.

Aku mengeluh.

"Ala, Mama...." Aku memuncungkan bibir kali ni. Cuba mengumpan Mama. Namun, tak berjaya apabila aku terlihat Mama menggeleng sambil menutup mata.

"Takde takde! Pergi tengok tv dekat atas tu! Mama bagi cuti sebulan pergilah spend time dengan isteri kamu tu. Dah, syuuuhhhhh!" Mama menghalau aku sambil mengayun-ayunkan tangannya.

Aku menggaru tengkuk sebelum ke dapur untuk mengambil Oreo yang berada di pantri. Sambil itu aku mencapai sekotak Pocky yang berada di dalam family set Pocky sebelum laju menaiki tangga.

Reeka baru sahaja keluar daripada bilik air. Sebentar tadi, dia pergi mengeringkan rambutnya selepas habis mandi.

"Apa tu?" Reeka bertanya sambil menyikat rambutnya.

"Oreo and pocky! Movie marathon jom?" Aku menggoyangkan tangan aku sambil duduk di atas sofa. Laju aku menukarkan siaran televisyen aku daripada Astro kepada netflix.

"Movie apa?" Reeka duduk di sebelahku tanpa amaran. Laju sahaja dia mendekatkan tubuhnya denganku.

"Idk, Reeka nak tengok apa?" Aku cuba mencari movie-movie yang trending, namun, tak banyak yang menarik minat.

"Tu! Reeka nak tengok 'To All the Boys I Love Before'! Please....." Reeka melekapkan kedua jarinya sambil membuat muka comel. Seperti berharap.

"Ni cerita romance kan? Macam tak best je." Aku mengerutkan dahi. Kenapa perempuan suka tengok cerita-cerita macam ni? Aku baru nak ajak tengok Spiderman.

"Alaaa, please! Kita nak buat movie marathon kan? Lepas habis cerita tu, kita tengok cerita Aqeez pulak?" Reeka memberikan cadangan.

"Hmmm, yelah sayang." Aku mengucup dahinya sebelum menekan butang 'ok' pada remote TV aku. Reeka di sebelah telah pun menunjukkan senyuman kemenangan sambil meletakkan kepalanya di bahuku. Sambil itu dia mengambil paket Oreo yang aku pegang sedari tadi.

Aku menggeleng sambil memeluk pinggangnya. Senyuman aku terbentuk sebelum cerita dimulakan.

-skip-

"Ticket flight?" Aku memandang Mama dan Papa silih berganti.

"Ya. Mama and Papa dah book flight untuk kamu berdua pergi honeymoon!" Mama memberitahu dengan perasaan teruja. Jelas nampak matanya bersinar sambil dia menjawab persoalanku semasa kami sedang menikmati makan malam di meja makan rumah Papa dan Mamaku.

Reeka memandang aku dengan kerlipan mata.

"Mama, kan Zeeq dah cakap, Mama ngan Papa tak perlu bazirkan duit untuk pergi honeymoon. Duit Zeeq pun ada. Lagipun, Zeeq rasa nak honeymoon ni tak payah kot. Zeeq dengan Reeka boleh honeymoon dalam rumah. Rumah banglo tu pun dah nak siap." Aku sambung makan.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now