Part 28

3K 145 11
                                    

[Eka POV]

Aku mengeluh kuat. Dah 2 minggu sejak Aqeez menjadi intern kat FA Holdings. Dia perlu belajar cara yang sesuai untuk jadi CEO.

Genap dua minggu juga aku tak tengok muka dia. Hanya melalui skrin. Aku teringin nak datang tengok. Tapi Mama Rina dan mama tak bagi aku pergi. Katanya nanti mengganggu.

Aku mengeluh semula.

Sebelum tu, Aqeez layan aku cukup sempurna. Kitaorang always lunch sama sama. Tak kiralah di rumah aku atau rumah dia. Bukan berdua tapi masih dia melayan aku dengan baik.

Sekarang ni, aku hanya boleh call atau Skype dia pada waktu tengah malam. Tepat pukul 12. Sebab walaupun dia habis intern mengikut office hours, dia selalu kena pergi dinner untuk berjumpa dengan bussinessman lain bersama mama dan papanya.

"Kakak?" Ad mengetuk pintuku yang terbuka.

"Masuklah." Aku memanggil tanpa memandangnya.

"Akak okay tak? Ad baru ingat nak ceritakan pengalaman pertama Ad masuk sekola—"

"Eh sayang, cerita jerlah. Akak okay. Serius." Aku mengusap pipinya setelah dia melabuhkan diri duduk di atas katilku.

"Ad rasa macam sekolah menengah tak best lah kakak. Tak taulah kenapa. Ad ingatkan first day dah belajar. Tapi rupanya ada program untuk kitaorang. Seminggu full pulak tu! Ish, Ad sengsara kot duduk rumah sebulan lebih. Sekarang ni kena tangguh seminggu pulak nak belajar." Ad pula mengeluh.

"Ad masuk sekolah akak haritu kan?" Aku bertanya lembut sambil tersenyum.

"Ha'ah. Akak, best tak kalau masuk asrama? SBP atau MRSM?"Tanya Ad.

"Ikut Ad lah. Bagi akak tak best kot. Sebab kalau akak pergi asrama, akak tak dapat jum—" aku terdiam.

Hafiez dan Aqeez. Kalau aku pergi asrama, mesti diaorang takkan wujud dalam kehidupan aku.

"Akak? Boleh tak kalau Ad mintak nak mohon sana? So, tak perlulah Ad pergi UK lagi. Nanti cuti sekolah panjang korang boleh datang sini tengok Ad? Tak menyusahkan kan?" Ad bertanya sambil tersenyum happy.

"Whut? Sejak bila pulak Ad menyusahkan? Apa Ad cakap ni? Kitaorang ta—"

"Memanglah akak kata tak susah. Tapi Ad rasa ini untuk kebaikan Ad jugak. Bila dah besar, mama ngan papa kan nak kita handle hotel-hotel diaorang. So, bila Ad jadi anak lelaki sulung, Ad nak ada ilmu yang tinggi untuk jaga company kita! Kesianlah kat family kita kalau asyik ada peperiksaan besar jer balik Malaysia. Pastu semua orang struggle nak study balik apa yang ketinggalan. Macam Ad yang terpaksa baca balik buku Darjah 4 & 5 sebab tak faham dari awal. Nasib baik Ad dapat 6A! Akak pun struggle jugak topik Form 4 dulu kan?"

Aku terkejut dengan penjelasannya. Lama-lama aku tersenyum dengan kematangannya.

"Nanti akak cakap dengan mama. Ok? Adik nak masuk SBP atau MRSM?" Tanyaku sambil mengusap rambutnya.

"Mmm mohon jelah dua-dua. Ehh akak, lupa nak cakap." Ad menunjukkan mata bulatnya.

"Mmm nape?" Aku terkejut melihat perubahan reaksi mukanya.

"Ada orang nak jumpa ngan akak kat bawah."

-skip-

"Hey sayang." Aqeez menunjukkan senyuman yang aku gilakan sejak dulu.

Waktu itu, aku baru menuruni 5 anak tangga rumah ku sebelum terduduk.

"Reeka?!" Aqeez mula berlari anak ke arahku selepas melihat aku menitiskan air mata dan meraung.

"Ya Allah, kenapa ni?" Aqeez mula menggenggam kedua pipiku sambil mendongakkan aku.

Aku masih meraung. Tak boleh berhenti.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now