Part 35

1.9K 117 2
                                    

[Daus POV]

Kepala aku mula berdenyut-denyut. Pening dengan tekanan kerja. Projek Mellin yang dibincangkan dengan Haris haritu baru je menyakitkan kepala aku.

Baru-baru ni, Tyler, Pemilik projek Mellin tu dah buat hal. Semua benda tak kena. Haris pun dah pening. Perabot yang paling new dan trendy seperti yang Tyler minta tu, katanya tak menepati cita rasa.

"The best two companies in Malaysia, but this designs are the worst!"

Tulah kata kata yang dilontarkan kepada aku dan Haris semasa mesyuarat dua hari lepas.

Meirs Holdings dan R.F. Holdings dikatakan begitu!! Kurang ajar!

Aku meraup rambut kasar sambil membaringkan kepala aku di atas kerusi pejabat.

"Bos?"

Aku menongkat dagu. Terkejut dengan secretary aku, Vincent, yang menegur dengan tiba-tiba. Ya, orang Cina, Kristian.

"Yes?"

"There's a meeting at 2 p.m. Fairuz is waiting downstairs." Vincent menunduk sambil berkata.

"Is it about Mellin Project?" Aku cuba menahan diri daripada merengus.

"Yes." Vincent memandang aku pelik.

"I'll be down in five." Aku mengangkat tangan menyuruh dia keluar.

Dia menunduk sebelum menutup pintu.

Aku mencapai blazer dan menyarungkan di tubuh badan. Membutangnya sambil laju berjalan keluar. Brief case? Malas aku nak bawa. Cukuplah pendrive aku yang ada dalam poket tu.

"Tuan Firdausi okay?" Fairuz bertanya sambil membukakan pintu duduk belakang.

"Berapa kali aku nak cakap Fairuz. Cuba jangan panggil aku dengan panggilan formal. Aku tak suka." Aku menuju ke tempat duduk penumpang di hadapan. Enggan duduk di belakang seperti selalu.

"Maaf, Daus. Aku pelik nak cakap macam biasa dengan kau dekat tempat kerja. Nanti orang ingat aku tak hormat kau pula." Fairuz tersengih selepas menutup pintu kereta pemandu.

"Kenapa kau datang ambil? Aku ada kereta boleh bawak sendiri. Tak perlu driver." Aku merungut.

"Ni kerja aku. Selain daripada jadi pembantu Puan Sri dan Tan Sri, aku kena jadi driver kau." Dia menekan minyak untuk memulakan perjalanan.

"Aku takde mood langsung nak pergi meeting ni kau tau tak.." Aku menukar topik. Malas untuk sambung berbicara tentang kerjanya. Aku tau Mama dan Papa yang suruh dia jadi driver aku di tempat kerja. Ini semua sebab aku pernah melencong tempat lain sebab satu meeting yang aku taknak attend.

"Lepas habis meeting ni, kau dah takde kerja kan.. Tahan lah sekejap." Fairuz memujuk.

Al-kisahnya, dia pun dah tau tentang Projek Mellin ni. Itu pun sebab dia ikut aku dua hari lepas. Kebetulan, Vincent yang sepatutnya ikut aku ada emergency dengan family dia. Ayah dia tiba tiba kena serangan jantung. Nasib baik, ayah dia sempat pergi hospital dan sedang dalam rawatan.

"Tu masalahnya. Elevator aku yang rosak sebab construction yang dia buat tiba tiba tu, dah menjahanamkan nama Meirs Holdings. Aku nak carilah Kontraktor yang bodoh tu." Aku menghamburkan perasaan aku walaupun Fairuz sudahpun tahu keadaan yang sebenarnya.

"Maybe Tyler tu ada masalah kot. Kau tanyalah dia." Fairuz mengedapkan hati aku.

"Mungkin juga. Sebab sejak aku kenal dia masa aku intern mula-mula, dia baik je dengan aku. Yelah, rupanya dia pun kena warisi syarikat ayah dia sekarang ni. Tapi, aku pun tak tau. Kalau nak harapkan Haris pun, dia lagilah baru kenal dengan Tyler tu." Aku membuang pandang ke luar.

Annoying PrefectWo Geschichten leben. Entdecke jetzt