Part 23

3.2K 187 5
                                    

[Daus POV]

Aku memerhatikan Reeka yang sedang terlena di bahuku. Penerbangan kami berbaki 3 jam lagi.

Kenangan kami berdua berputar di minda. Mulalah dengan tawa aku di kelas sewaktu memberitahu tempat duduknya. Sehinggakan aku menerima hakikat bahawa Haris cuba menggoda Reeka.

Dengkuran halusnya kedengaran. Aku melihat mukanya yang mulus sambil tersenyum.

Saingan aku di sekolah hanya Haris. Ya, Luq dan Rawiq masih kacak, tetapi jumlah peminat mereka tidak sebanyak kami berdua.

Kalau nak dibandingkan muka aku dengan Haris, dia putih. Tetapi aku berkulit sawo matang sedikit.

Pada mulanya, aku nak marah je Reeka sebab sorok pasal Haris ni. Yelah, aku pernah tanya kat dia kalau ada sesapa yang ngorat dia. Tapi dia kata takde.

Tapi, salah aku jugak. Masatu dah nak ujian. Mungkin dia taknak ganggu aku kot.

"Hafiez.."

Aku menoleh ke arah Reeka.

Matanya masih terpejam. Mungkin dia mengigau.

"Baguslah. Baguslah awak happy. Saya takut jer awak marah bila saya dah fall in love dekat Aqeez."

Aku tersengih. Haaa, aku menang.

"Tak, saya dah bahagia dengan dia. Saya sayang dia. Sebab dia tu berterus terang dengan perasaan dia. Saya suka part dia yang tu. Dia tak pernah ambil kesempatan dekat saya."

Perlahan sahaja bunyinya. Tapi aku masih tersenyum mendengarnya.

"Daddy, Ad nak tidur tau." Kata Ad dengan mamai sambil melentokkan kepala ke lengan Reeka.

Sekarang ni posisi kami, Ad di lengan Reeka, Reeka di lengan aku. Aku di lengan mana? Lengan dinding airplane jelahh.

Aku menongkat dagu sambil memerhati langit yang dipenuhi awan awan.

Hafiez. Aku teringin nak jumpa Hafiez. Macam mana orangnya sampai Reeka susah nak move on kepada orang lain sehingga dia jumpa aku.

Mmm, mimpi jerlah Daus.

-skip-
Kunci suite room yang dihulurkan oleh Papa aku sambut dengan senyuman.

"Satu, Daus punya, satu, mama papa and Reez punya.. and last but not least, Reeka dengan Ad." Papa berkata sambil menyerahkan kunci kepada tangan tangan yang lain.

"Daus ok tak tidur sorang-sorang?" Tanya Mama concern.

Boleh tu memang boleh, tapi kalau tak boleh aku nak tidur ngan sape? Reeka belum halal lagi.

Aduh kepala! Jangan mulakan rancangan toyol kau tu boleh tak?!

"Bol—"

"Reez nak tidur dengan abang?" Tanya Reez sambil mendepakan tangan meminta dukung.

Reeka merenung Reez tajam. Namun, Reez tetap Reez. Dia tak mempedulikan renungan menggoda Reeka tu. Hahhaha.

"Jom." Aku mendukungnya setelah lama berdiam sambil gelak.

"Eh takpe ke? Tak menyusahkan? Reez ni banyak ragam dia." Kata Mama laju.

"Reez, janganlah kacau abang baik tuu, sian dia.." Reeka mula memujuk.

"Taknak! Welkk!" Reez menghadiahkan jeliran lidahnya.

Reeka hampir membuka mulut sebelum aku menggenggam erat tangannya. Terus ternganga. Hahahhahah.

"Biarlah dia. Reeka bukan nak teman Aqeez pun." Aku berkata perlahan.

Namun, papa dan mama mentertawakan Reeka yang mula membahang malu.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now