Part 37

1.5K 112 3
                                    

[Daus POV]

"Haaa, dah sampai dah pasangan sejoli kita!" Haris berkata kuat.

"Ye, ye. Kitaorang dah sampai." Aku menarik kerusi di hadapan Puteri tanda Reeka perlu duduk di situ. Aku bertambah lega apabila dia duduk tanpa berkata apa-apa. Biasanya dia akan mengambil tempat lain.

Aku tersenyum dan terus duduk di sebelahnya berhadapan dengan Haris.

"Ahhh, aku rindu feeling enam orang group kita ni." Luq menghembuskan nafasnya.

"Eh, mana girlfriend kau?" Aku menyiku Luq yang berada di sebelahku. Sambil itu aku perhatikan di sebelahnya.

"Mai kata dia malu nak datang. Katanya group kita terlalu high standard." Luq mengeluh.

Rawiq hanya gelak tanda terhibur. Kalau tak diam, bukan Rawiqlah jawabnya.

"Kau tak pujuk dia datang?" Haris pula bertanya.

"Mmm, dah pujuk dah. Dia tulaa, malu je kerjanya. Kau tak tengok betapa payahnya aku tackle dia dulu. Duk ajak bercinta ada dia kata dia tak sesuai dengan aku. Mentah-mentah dia reject aku." Luq meraup rambutnya pula.

"Saya nak jumpa dia! Ada nombor telefon tak? Sharekan." Reeka menunjukkan iPhonenya kepada Luq.

"Jap. Saya hantar." Giliran Luq pula yang mengeluarkan Oppo-nya.

"Whut? Kau tukar daripada iPhone kepada Oppo? Mmm dah tak boleh guna iMessage. Mahal bil telefon aku nanti." Haris membuka mulut lagi.

"Mmm, aku bagi iPhone dekat Luqman. Haritu phone dia pecah masa buat assignment. Tak pasal-pasal. Tu yang aku bagi dia phone aku. Oppo ni phone untuk kerja." Luq menjawab sambil bermain telefonnya.

"Doktor pun ada phone kerja?" Puteri mencelah sambil tergelak.

"Diamlah kau. Kau apa tau?" Luq menjeling Puteri.

Puteri menjelirkan lidah. Namun, di halang Haris. Haris mencuit hidungnya.

"Tak payah tunjuk lidah tu kat orang lainlah." Haris memberikan pandangan cemburu.

Puteri dan Reeka hanya tergelak sesama sendiri melihat reaksi Haris. Haris pula menongkat pipi sambil memandang kami berempat.

"Thanks, Luq." Reeka membuka mulut tiba-tiba.

"Buat group dengan Mai nak?" Puteri bertanya kepada Reeka.

"Boleh. Jap aku buat." Reeka pula yang sibuk bermain telefon.

"Aku tak paham betul dengan perempuan ni." Haris berkata kepada kami semua.

"Kenapa?" Rawiq pula bertanya.

"Semua benda nak buat group whatsapp. Tengok Puteri cukuplah. Hospital dia je dah banyak. Satu department nurse. Satu floor nurse. Paediatric nurses. Whole staff. Pening aku. Tu tak masuk lagi geng universiti dia." Haris memegang kepala pula.

"Mana kau tau?" Aku tanya sambil tergelak melihat ekspresi mukanya.

"Normallah tu. Inilah sebabnya aku ada phone untuk kerja. Buatnya kena on call tiba tiba. Aku taknak campur adukkan hal kerja ngan personal. Penuh storage aku nanti." Luq pula menggeleng kepala.

"Penatnya." Aku mengeluh.

"Eh, kerja macam kita penat jugak Daus. Pasal Tyler tu tak habis lagi." Haris membuka mulut.

"Eh, dah order ke belum?" Reeka mencelah.

"Dah tadi. Tapi air korang kitaorang tak order lagi." Rawiq memberitahu.

"Makanan?" Aku pula bertanya.

"Dah jugak. Order yang 4 orang punya tu dalam dua set. Aku tau aku makan banyak nanti." Haris tersengih.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now