Part 26

3.8K 202 12
                                    

[Eka POV]

Aku teringat kepada gadis yang sentiasa cuba menarik perhatian Aqeez.

Ouh, cukuplah ulat buku Arkina tu. Sekarang ni Walien dah mula memunculkan sisi ulat bulunya. Aku ingatkan dia ni, dah pandai, takdelah macam perempuan gedik. Tapi rupanya semua perempuan sama.

Woooo, tapi bukan aku. Yang tu, korang semua kena ingat. Aku takkan pernah terhegeh hegeh kat lelaki. Biar lelaki yang terhegeh hegeh kat aku. Yes! Tu prinsip Adreeka Azfad!

"Woi, kau berangan apa?" Puteri membunuh terus lamunan aku.

Aku memerhatikannya, seterusnya aku memandang Rawiq, dan Luq. Haris dan Aqeez tadi laju meninggalkan kami untuk membeli makanan di Restoran terdekat.

Kami sekarang tengah membuat study group di pondok yang tersedia di taman riadah Belia Heights. Pondok ni dipilih memandangkan aku dan Haris punya rumah dekat area sini.

"Takde apa." Aku menjawab sambil terus membuat latihan Add math yang tersedia di hadapanku.

Tak tau kenapa, aku tak suka lontarkan masalah cemburu aku dekat sesiapa. Yelah, nanti dicop sebagai cemburu buta pula.

"Ad, kalau kau ada masalah, kau boleh bincang dengan kitaorang lah." Rawiq berkata setelah Puteri mengeluh.

Namun, aku hanya tersenyum kekok. Tak tahu nak balas ape.

"Yelah Ad. Kita semua kan kawan baik. Apa salahnya share masalah?" Luq membenarkan lagi kata kata Rawiq tadi.

"Saya ok. Jomlah kita buat dulu soalan ni. Kalau korang tak paham tanyalah." Aku menukar topik.

Puteri, Luq dan Rawiq hanya memandang aku dengan perasaan bersalah sambil terus menjawab soalan KBAT add math yang ada di depan kami semua.

"Kakak!!" Reez datang menyergah kami berempat.

"Reez? Ya Allah, kenapa datang sini sorang sorang? Bahayalah sayang." Aku mengusap kepalanya lembut.

"Mana ada Reez datang sorang sorang. Abang Ad adalah kat situ." Dia memuncungkan bibir ke arah Ad yang sedang leka bermain telefon.

"Ad?" Luq bertanya tanda tak paham sementara kening Rawiq bertaut pelik.

"Ouh, dekat rumah kitaorang, saya tak digelar Ad. Sebab tulah adik saya yang namanya Adreek dapat gelaran Ad tu."

Luq dan Rawiq hanya mengangguk kecil tanda mereka faham.

"Reez kenapa datang sini?" Aku bertanya lembut kepadanya.

"Reez nak jumpa abang baik!" Dia meletakkan tangannya di atas tanda dia excited.

"Ouh, abang baik pergi beli makanan lah." Aku menjawab.

"Alaaaaa, kakak cakap dengan abang baik, Reez nak lolipop!" Dia membalas.

"Mana bo—"

"Reez!!!" Aqeez mendukung Reez tiba tiba membuatkan kami semua terperanjat.

"Abang!!!" Reez memeluk Aqeez dengan kuat.

"Nah, abang ada hadiah!" Aqeez mengeluarkan sesuatu daripada poketnya dan terus menghulurkan lolipop berperisa Coke kepada Reez.

"Yeay!!!" Reez dengan gembiranya terus mengambil lolipop tersebut dan berlari ke arah Ad yang sedang bermain buaian.

"Reeka dah cakap nanti gigi dia rongak lah Aqeez." Aku berkata dengan keluhan semasa dia tersenyum melihat Reez yang gembira tadi.

"Alah, sekali sekala takpelah sayang." Aqeez membalas dengan kenyitan mata.

"K, aku tak nak tengok drama swasta korang kat sini. Makanan mana?" Tanya Puteri dengan tegas. Luq dan Rawiq hanya ketawa melihat gelagat kami berdua yang menjeling Puteri.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now