Part 40

1.7K 116 6
                                    

[Eka POV]

"Nice hotel. Let me guess, five stars?" Hafiez duduk di kerusi hadapan meja pejabat aku.

Mungkin ramai tertanya tentang ketiadaan orang sekeliling, tetapi, Laila menemani kami berdua di bilik sebelah yang hanya berdinding kaca itu. Lagipun, masih terdapat beberapa orang pekerja yang menyiapkan tugasan supaya urusan penginapan dapat dilakukan mulai esok.

"Thank you, I'll pass that to my Boss later." Aku hanya nak habiskan cepat sesi ni. Tak selesa dengan pandangan matanya dari tadi. Jangan lupakan senyuman lembutnya juga.

"Daus ada mention tentang hotel ni family business. That means, your boss is your father." Hafiez masih cuba berbual denganku.

"That's accurate. Hafiez, fokus. I just want the truth. That's all." Aku sudah meletakkan tangan pada dahi.

"Sorry, saya mesti bagi impression buruk pada awak, Adreeka. Sorry sebab saya nampak macam kenal awak sangat. But, saya takde google pun pasal awak. Cuma..."

Aku melihat dirinya yang sudah menggaru tengkuk sambil menunduk. Perlahan-lahan dia memandang aku. Namun, laju aku mengelak daripada bertentang mata dengannya.

Jujur aku katakan aku bukannya tidak selesa dengan dia sebab pandangan dan senyuman dia sahaja. Itu semua tambahan. Sebab sebenar aku tidak selesa dengannya, entah kenapa, aku rasa macam matanya bertukar-tukar warna. Mata sebenarnya berwarna hitam, namun kadang-kala nampak seperti warna biru langit. Biru langit yang sentiasa menyebabkan aku terbuai suatu ketika dahulu.

Aku percaya semua ini berlaku kerana aku kurang tidur. Jadi, otak aku tidak dapat mentafsir apa yang mata aku tunjukkan. Aku menggeleng perlahan.

"Cuma, Adreeka, saya bukan nak puji kawan baik saya tu lah, tapi Daus betul-betul cintakan awak."

Setelah aku pasti dengan apa yang aku dengar, baru aku berani bertentang mata dengannya.

Kenapa dia bagitau aku tentang cinta Aqeez terhadap aku?

"Selama lebih kurang 6 tahun kami di Morocco, saya dah kenal sangat perangai dia. Segala tingkah laku dia, segala percakapan yang akan dia cakap dengan saya, setiap dua jam sebelum pukul 9 malam, terutamanya."

Aku cuba untuk memahami apa yang dia cuba sampaikan. Oleh itu, aku hanya menunggu setiap ayat yang ingin dia katakan.

"Setiap hari, dua jam sebelum pukul 9, dia akan laju balik ke rumah sewa. Bukan sebab dia nak makan, mandi atau apa-apalah, dia akan tercongok dalam rumah, semata-mata untuk tunggu dan skype dengan tunang dia. Every single night. Walaupun ada kawan kawan Islam yang lain ajak lepak, dia sentiasa tolak. Sampaikan takde orang nak kawan dengan dia langsung." Dia mengeluh sebentar sebelum memerhatikan aku.

Air mata yang hampir menitis, pantas aku tahan.

"Semua orang kata dia takde life. Memanglah dia dah ada tunang, ada effort kena bagi, tapi takkanlah nak luangkan satu malam dengan diaorang dalam satu minggu tu susah. Itulah yang selalu coursemate dia bagitau saya. Jujurnya saya pun tak paham. Saya mula-mula meluat jugaklah. Yelah, tak habis-habis dengan tunang dia. Macam awak ni perfect sangat. Masatu, saya dah yakinlah, cinta tu buta." Hafiez melepaskan tawa kecil.

Namun, air mata aku mula jatuh. Tak sangka dengan apa yang dia ceritakan itu, itulah life Aqeez di sana. Ketiadaan kawan. Hanya sebab aku. Dia sacrifice kawan-kawan dekat sana sebab aku.

"Eh, Adreeka, kenapa awak menangis?! Alamak, saya ni tak berniat nak buat awak nangislaa." Hafiez mula tunjuk muka panik.

"Sambunglaa, saya nak dengar tentang tunang saya." Aku tersenyum gembira.

Dia mengangguk sebelum membuka mulut.

"Setiap kali saya whatsapp dia, mesti dia selitkan nama awak. Dia akan ceritakan serba sedikit tentang awak. Contohnya, kalau dia stress, awak akan sentiasa comfort dia dengan nyanyi lagu apa dia cakap tu? Saya dah tak ingat. Ataupun, awak akan selalu ambil topi dia dan tutup muka dia. Then, awak akan cakap, 'Nampak apa?" Dan Daus akan jawab, 'Gelap, tak nampak apa." Lepastu, awak akan buka topi semula, awak akan bagitau dia kalau kita stress kita takkan nampak apa-apa, sebab kita tak dapat fikir dengan betul. Dan dia bagitau saya, awak akan terus pegang tangan dia dan bagitau dia, 'bila Aqeez tak dapat fikir dengan betul, terus call Reeka. You know why? Because I will always be your light when you're lost.' Betul, tak?"

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now