Part 45

1.9K 111 9
                                    

[Daus POV]

"Oh, god, sayang! Aqeez cari Reeka kat merata tempat tadi! Kenapa tak bagitau dah balik rumah?" Aku meluru ke arahnya yang sedang duduk di birai katil itu. Selepas itu, aku menggenggam kemas kedua lengannnya. Hairannya, dia masih memakai wedding dressnya.

"Sayang? Mama bagitau Reeka tak sihat. Sayang demam ke?" Aku mula mengusik dahinya namun, dia menepis perlahan.

"Kenapa balik lambat? Dah pukul 12 tengah malam." Dia bertanya tanpa memandang aku.

"Huh? Kan Aqeez cakap Aqeez cari Reeka merata tempat? Aqeez cari kat pejabat, kat rumah Puteri, kat kafe yang Reeka selalu pergi tu. Basicly every place yang Reeka suka kat area sini." Aku menjawab lembut sambil bercangkung di tepi katil. Berdepan dengan isteriku.

"Ke Aqeez pergi spend time dengan slut tu?" Reeka memandang aku dengan mata merah.

"What? Mestilah tak, sayang! Kenapa pulak Aqeez nak spend time dengan dia pulak? Kan Aqeez dah ada isteri? Aqeez dan ada Reeka. Untuk apa Aqeez nak cari perempuan lain?" Aku menafikan soalannya sekeras mungkin.

"I don't buy that." Reeka bangun dari duduknya dan menuju ke meja kerjaku.

"Aqeez tak tipu, Reeka. Aqeez dah lama tinggalkan dia. Bertahun lagi sebelum Aqeez kenal Reeka. Please percayakan Aqeez." Aku separa merayu. Aku taknak ditolak lagi seperti sebelum ni. Kami berdua baru berbaik semula. Jangan hancurkan saat bahagia aku.

Reeka hanya diam tanpa kata. Dia berdiri kaku di hadapan mejaku. Sesekali dia menyeka air matanya yang berguguran.

"Hey, sayang. Jangan nangis, please. Aqeez ada ni kan?" Aku mula memeluknya. Sambil itu aku cuba menyeka air mata yang masih belum kering itu.

"Lepaskan, Reeka!!" Reeka menolak dada aku kuat. Disebabkan oleh aku tidak bersedia dengan tolakan itu, aku terundur ke belakang. Hampir-hampir jatuh terduduk.

"Don't ever touch me with those filthy hands!" Reeka separa menjerit. Mungkin tak mahu didengari oleh Mama dan Papa yang berada di tingkat atas.

"Aqeez ingat, lepas Aqeez dah pegang dia, dah peluk betina tu, Aqeez boleh pegang Reeka sesuka hati?! I hate her!! Why can't you see that?!" Reeka menjerit. Make up di muka tentunya sudah rosak. Namun, aku langsung tidak peduli, kerana bagi aku, mukanya sahaja sudah membuatkan jiwa aku kacau dan merinduinya. Tetapi, tentunya bukan dengan ekspresi ini.

"I do! Aqeez tahu Reeka bencikan dia. Kalau Aqeez tak tahu, takkanlah Aqeez tak cuba mintak maaf selama ni. Sayang, Reeka sendiri mengelak diri dari Aqeez sejak malam tu. Tu je dah buktikan Reeka bencikan dia." Aku cuba bersengkongkol. Namun, hampa apabila melihat kening Reeka makin berkerut.

"Kalau macam tu, apa sebab Aqeez tak cuba tolak pelukan dia tadi?" Reeka bertanya dengan nada lembut.

Aku terdiam.

"Bagilah tau, kenapa?" Reeka mendekatkan jarak kami.

Aku masih terdiam.

"Apa alasan yang Aqeez nak bagi? Kenapa terima pelukan dia? Aqeez boleh cakap Aqeez tak balas, tapi kenapa Aqeez tak tolak? Macam yang Aqeez cakap, Aqeez dah ada isteri. Then, kenapa biarkan maruah Reeka dipijak depan orang ramai? Depan kawan-kawan kita? Depan staff Reeka? Depan family kita?" Dia mendekatkan lagi jarak kami.

Aku tak tau kenapa aku tak jawab. Mungkin takut dengan Reeka. Mungkin juga aku tiada sebab.

"Jawablah!" Reeka sudah meninggikan nada suaranya.

Aku tidak memberikan respon. Aku hanya menundukkan kepala tanpa memandang wajah Reeka. Aku menumpukan mataku ke arah gaun pengantinnya, namun, aku masih gelisah dan gugup.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now