Part 30

2.6K 138 17
                                    

[Eka POV]
-5 tahun kemudian-
Aku mengemas semua buku nota dan fail aku dengan cepat. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sewa dan Skype terus tunangku.

Setiap kali aku balik ke Malaysia, Aqeez pandai mencuri masa untuk pulang sekali denganku. Kadangkala, waktu cutinya, dia mengambil pilihan untuk datang ke London untuk bercuti dengan ku. Tanpa pengetahuan Mama dan Papanya pula tu. Dengan bantuan Papa dan Mama ku, mereka langsung tidak curiga akan waktu cuti Aqeez.

Aku gembira kerana dikurniakan lelaki sebaiknya. Orang kata, lelaki sanggup buat ape sahaja supaya perempuan yang disayanginya bahagia.

Terbuktikah pernyataan itu dengan hubungan kami. Dia sering mencari masa untuk berjumpa aku walaupun kadangkala dia perlu memonteng kelasnya. Namun, dia sempat mengulangkaji semula pelajaran yang tertinggal. Untungnya ada otak lintah sepertinya.

"You had plans tonight?" Melissa bertanya kepadaku.

Gadis polos di depan aku ni anak jati England. Walaupun begitu, dia fasih beberapa bahasa memandangkan dia merupakan anak orang berada dan seringkali berpindah randah dari satu negara ke satu negara yang lain. Slangnya juga mudah difahami.

Suatu masa dahulu, dia pernah cuba untuk menyuruhku tumpang di rumahnya yang berdekatan. Namun, aku tolak kerana khuatir akan cara hidupnya.

Faham akan kehendakku, dia memperkenalkan aku kepada rakannya yang merupakan orang Malaysia juga. Alhamdulillah, Ain yang merupakan orang Kelantan sangat menjaga dirinya sebagai orang Islam. Oleh itu, aku menerima ajakannya memandangkan housematenya dulu sudah habis belajar.

"Yeah, I have a date eventually." Aku mengangguk tanda mengiyakan soalannya.

"Ouh! I never thought you would go out despite—"

"I have a date on Skype Melissa. Oh god, you know I won't cheat!" Aku tergelak dengan ayatnya.

"I know, i know? I'm teasing you! Go ahead. It's 8:00 at night already!" Dia menghayunkan tangannya sambil memandang jam tangannya.

"I should. Bye, Melissa!" Aku berlari ke arah Ain yang sudah menungguku di Subway berdekatan.

"Kau happy sangat ni kenapa?" Ain tersenyum memandang sengihan aku.

"Kita berhenti dekat mart depan sana jom! Aku rasa macam nak masak Sambal ikan kembung." Aku tersengih lagi.

"Oh! Kau nak masak? Aku nak tolong tapi harini aku kena study. 3hari lagi final exam aku." Ain membuat muka sedih.

"Alah, takpe. Biar aku masak. Kau nak ape ape tak? Aku buatkan?" Aku bertanya lagi.

"Takpe, kau masak apa apa je, nanti aku makan. Lepas habis final aku pulak masakkan untuk kau. Okay?"

Aku tersenyum gembira mempunyai kawan sepertinya.

Teringat pula Puteri. Puteri menyambung pelajarannya di Malaysia memandangkan dia bertekad untuk menjaga ibunya yang sakit selepas kematian ayahnya 3 tahun lepas.

Ibunya memang marah teruk bila dia menolak tawaran untuk belajar di Cairo, Mesir dalam bidang kedoktoran. Tetapi, akhirnya ibunya mengalah kerana mengenali anaknya yang satu itu degil.

Aku tak risaukan dia sangat sebab kebetulan, Luq dan Rawiq sudi menerima dirinya sebagai kawan memandangkan mereka ditempatkan di universiti yang sama.

Setibanya dia Pasar Raya, aku meluru ke bahagian barang basah untuk memilih ikan kembung yang gemuk gemuk untuk aku dan Ain.

"Aku pilihkan cili okay?" Ain terus meluru ke arah cili merah dan cili kering sebelum aku sempat mengganggguk.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now