Part 22

3.5K 182 23
                                    

[Eka POV]
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Kenapa susah sangat ni?

"Macam mana orang lain boleh hafal fakta ni semua dengan cemerlang?" Aku berbisik sambil mengeluh.

Puteri yang berada di belakang aku pandang. Muka dia pun tenang. Sebab dah siap mungkin.

Aku melihat jam dinding yang bergantung pula. Lagi 5 minit.

Haish. Ada lagi 6 soalan aku tak tau ni.

Hentam jerlah. Masa pun dah nak habis.

Selesai menjadi penembak tepat tadi, kalau tepatlah, aku memandang ke arah dua jejaka yang aku sangat kenali berjalan di koridor kelas.

Firdausi Azeeq, ketua pengawas sekolah AKA boyfriend aku.

Haris Naim Aiman, jiran aku yang menjengkelkan.

Mereka berjalan seiring sambil bergelak ketawa. Muka aku dah berkerut. Bukankah dulu diaorang gaduh?

Dah berbaik kott, baguslah.

Ehhhhhh, kalau diaorang dah berbaik...

Alamak!!!!!

Nanti Aqeez tau aku ada sorokkan something pasal Haris! Haris pulak dah tau pasal kitaorang!!!

Mana aku nak sorok muka ni?!

Aqeez memberi salam di pintu kelas sambil mengenyit mata padaku.

Haris pula melambaikan tangan ke arah ku dengan flying kiss.

Aku hanya tersenyum tawar kepada kedua dua figura tersebut sebelum aku mula menutup mukaku dengan kertas biologi tadi.

-skip-
"Susah gila!!! Kau tengok muka aku jer rileks, tapi dalam, ya Allah!!" Jerit Puteri perlahan pada aku.

"Yeke? Aku ingatkan senang sangat tadi semua orang rileks jer muka." Jawabku.

"Eh, semua orang muka tegang dowh." Balas Puteri taknak kalah.

"Emm, tapi tak setegang muka aku." Gertakku kuat.

"How was it?" Tanya Aqeez dengan muka tegas ditemani Luq dan Rawiq.

"Err, jangan tanya...?" Jawabku.

"Rileks lah Ad, mungkin susah tapi semua boleh lulus kott. Saya pun rasa susah tadi." Sampuk Luq dengan senyuman tampannya.

"Ad, aku bagi warning awal-awal, jangan terasa dengan fake hope Luq ni. Mungkin kita semua gagal." Rawiq tak semena mena menjatuhkan semangat aku.

Muka aku dah down. Dah tunduk pandang lantai dah. Tak tau nak buat ape. Kenapa biologi wujud dalam dunia ni?

"Reeka, relakslaa. Aqeez dah ajar Reeka kan semalam. InshaAllah teruk terukpun B jer." Aqeez mula memujuk aku. Mukanya juga telah ceria tak seperti tadi.

"Emm, hopefully." Aku pandang anak matanya dengan senyuman manis.

"Kalaulah senyuman tu untuk aku, Daus. Ya Allah, untungnya engkau ni!" Seru Luq dengan kuat.

"Senyaplah siaa, bising tau tak?" Aqeez menghempuk kepala Luq dengan kuat dan kami berempat mula gelak kerana muka Luq yang berkerut.

"Heyy, gelak ape tu?" Satu suara menyampuk kami semua daripada belakang.

"Eh, Haris!" Luq, serta Rawiq menjerit sambil mula memeluk Haris.

Aqeez hanya tersenyum kepada Haris. Sekali sekala dia menjeling aku.

"Aqeez," panggilku perlahan.

"Mmm?" Tanyanya dengan menoleh ke arah ku.

"Err, Haris ni jiran Reeka tau. Dia-"

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now