Part 20

4.3K 230 14
                                    

[Eka POV]
"Jangan lupa datang tau."

Kesabaran aku mula memuncak. Berapa kali dia nak dengar jawapan yang sama daripada mulut aku ni? Ada yang jadi naga ni kang.

"Ye, Aqeez. Like I promise. Reeka akan datang."

"Make sure kau datang ekh,"

Perkataan 'kau' tu masih terasa kurang ajar. Ok, aku paham yang aku ni tamak. But, kenapa tak boleh kekalkan panggilan masing-masing? Bukannya salah pun kalau orang tau. Bukannya salah pun kalau orang fitnah. Kalau diaorang nak report bagai pun, family kitaorang masih dah tau dan benda tu tak bawa kemudaratan pun.

'Ketua Pengawas Sekolah'

Aku mengeluh. Lupa pulak mamat sebelah ni bawak reputasi tinggi ke mana-mana. Hmm, kalau dah tau, jangan cakap yang aku ni girlfriend.

Ok, emo terlebih. Sebelum sampai limit dia, baik aku berhenti.

Kring!!

"Baik semua, dah boleh keluar rehat." Kata Guru Bahasa Melayu kami, dan beliau keluar setelah menjawab salam daripada kami.

"Aqeez bertugas. So, dah tak boleh main flirt-flirt lagi k?" Kata Aqeez sebelum bangun.

"Tak hamak pun. Pergilah cepat." Balasku segera.

"Awak ni, Ad. Jangan hadap sangat dengan Daus ni.. Baik awak couple ngan saya, ada faedahnya." Senyum Luq.

"Sedar siket ngan siapa kau bercakap. Bakal Isteri CEO ni." Celah Puteri pula sambil menyiku lenganku.

"Ada ada jerlah korang ni." Balasku.

"Kau jangan Luq. Aku bet kau takkan bahagia pun dengan Reeka. Sebab kebahagiaan dia kat aku ni." Aqeez menolak bahu Luq dengan kuat.

"Kebahagiaan ada kat Maggie Hot Mealz lah.." Balas Puteri.

"Tu kau punya kebahagiaan. Kebahagiaan aku bila tatap muka pencuri hati ni." Kata Aqeez lagi.

"Pergi bertugas cepatlah. Nanti Cikgu Omar marah." Aku menolak Aqeez dengan botol air.

"Hahahhaha! Kena halau." Gelak Luq dan Puteri.

"Ouh, takpe takpe. Tunggulah esok, Adreeka Azfad." Terus Aqeez keluar meninggalkan kami bertiga,

"Emm, aku pun cau dulu. Ada meeting. Bye, Ad." Luq melambai kepadaku dan terus naik tangga menuju ke pusat sumber.

"Aku tak sangka Luq boleh terima hubungan kau dengan ketua pengawas tu. Sebab dulu tengok cam obses sangat dengan kau." Puteri memulakan bicara sambil kami menuju ke pondok yang dijadikan port makan.

"Hahaha, takdelah obses. Lagipun, Aqeez kan bestfriend dia. Takkan nak putus kawan gitu jer, kan?" Balasku pula dengan tawa.

"Aku pun sebenarnya pernah syok kat Aqeez tu."

Terus aku pandang Puteri dengan pantas. Dia, apa?!

"PERNAH. Lagipun, tu dah dua tahun lepas. Masa form 3. Lepas tau yang dia tu macam takkan approach mana-mana perempuan, aku give up." Ceritanya.

"Ouh yeke?" Balasku tak percaya.

"Yelah. Betul aku dah tak suka dia. Sebenarnya kan.."

Dia membisikkan sesuatu kepadaku sebelum kami duduk.

"Seriously?! Confesslah!"

"Eh! Buat malu aku jerlah. Takpe. Aku memerhati dari jauh pun cukup." Kata Puteri sambil membuka penutup bekal miliknya.

Aku mengunyah nasi goreng yang dibawa dengan perlahan. Kenapa dia taknak bagitahu 'orang' tu pulak?

Mmm, takkan pulak perigi nak cari timba kan? Biarlah. Aku bukannya kerja jodoh-jodoh kan orang ni..

"Whats up, girls?" Jerkah Haris sambil duduk di sebelah ku.

"Pergi blah lah Haris. Jangan kacau Ad makan!" Jerit Puteri.

"Aku kacau hidup kau ke? Jangan sibuk."

"Permintaan apa tu? Dia kawan baik akulah ngek ngok."

"Adreeka, how are you?" Haris memekakkan telinga daripada dengar bebelan Puteri.

"Biasa jer." Balasku lambat.

"Awak, jom jalan jalan esok? Kita gi ice-skating or something?" Tanya Haris straight forward.

"I am taken. Fullstop."

"Tak tentu lagi dia tu suami awak nanti pun kan? Jomlah."

"Stoplah Haris. Awak buang masa jer sekarang ni. Ujian 1 pun dah nak dekat. Baik awak belajar Prinsip Perakaunan or something."

"I'll still gets A+ anyway. Please?"

"I have plans for tomorrow."

"Sunday. You are free right?"

"Tak. Spending time with family is important than spending time with a stranger."

"Are you sure saya masih stranger pada awak? You are my crush."

"And I already 'crush' you. Just dream it, Haris."

Haris diam. Geram lagaknya.

"Pergi jelah Haris. Try lain kali ok?" Desak Puteri.

"I'll see you at home then." Dia terus bergerak keluar dari pondok.

"Ayat dia macam duduk serumah dengan kau jer." Kata Puteri setelah dua-dua membisu.

"Tulah. Geli aku."

"Kau tak bagitau Daus ke?"

"Nanti-nantilah. Dia macam busy study jer. Aku janji aku akan bagitau di ok? Janganlah buat muka camtu." Balasku.

"Promise?" Dia naikkan jari kelingking.

"Promise." Terus aku mengikat jari kelingking kami dan terus sambung makan.

-skip-
"What are you wearing?!" Jerit mama di pintu.

Bahuku terhinjut sedikit. Ish, mama ni.

"Jeans and kemeja." Balasku lembut sebelum memasukkan pin ke dalam tudung.

"Tukar sekarang. Do you know what ocassion we are going to attend?" Tanya mama sambil membuka almariku yang berwarna putih.

"Dinner. But it's not a formal one, ma." Jawabku semula.

"No. You will be wearing this dress." Kata mama sambil mengeluarkan dress labuh lengan panjang.

"Ma! Nanti pergerakan Eka terbatas!" Jeritku terkejut bila mama keluarkan dress yang berkilat but cantik tu.

"Syurga Eka kat mana?"

Huh, kuasa veto pulak dia guna.

"Fine." Balasku sambil mengeluh.

"Good girl. That scarf suits." Kata mama sebelum keluar daripada bilikku.

Aku menjeling dress tersebut sebelum merungut untuk menukarnya.

-skip-
"Assalammualaikum." Aqeez memberikan salam kepada family kami yang baru keluar daripada kereta.

"Waalaikummusalaam. Menantu mama!" Jawab mama sebelum Aqeez menyalam Papa dan Mama secara hormat.

"Mama ni." Tegurku bila Mama macam melebih-lebih.

"Ape?" Tanya Mama kononnya buat-buat tak tahu.

Aku hanya memutarkan bebola mata.

"You look beautiful in the dress." Kata Aqeez selepas family member aku yang lain memasuki rumah.

"Yeah right." Balasku dengan nada sindir. Aku nak bergerak pun susah. Beautiful sangat lah tu.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now