Part 42

1.7K 115 18
                                    

[Eka POV]

Kring, kring! Kring, kring!

Aku terbangun daripada tidur saat jam tidur aku mula berbunyi. Aku menggosok mata yang segar itu. Walaupun aku tidur tak sampai 4 jam, mata aku langsung tiada tanda untuk terlelap kembali.

Kerana hari ini, hari yang sudah bertahun lama aku menunggu. Lebih 7 tahun aku menanti saat kami diijab-kabulkan. 7 tahun yang manis dan pahit. Tak pernah tawar. Tak pernah kosong. 7 tahun lamanya merasai berbagai-bagai perasaan dan rasa yang tidak pernah dialami. Lebih-lebih lagi semasa aku bersama Alfred Hafiez.

Entah kenapa, apabila difikirkan semula, aku seringkali termimpikan perkahwinan antara aku dan Alfred Hafiez. Namun, sedetik selepas itu, pastinya Hafiez mengingatkan aku tentang keadaannya yang langsung tiada harapan itu.

Setelah berduka selama 3 tahun, barulah aku berjumpa dengan Firdausi Azeeq. Firdausi Azeeq yang nakal pada hari pertama sekolah kerana mengejek aku. Walaupun dia kacak, dia masih tidak dapat menandingi ketampanan bekas teman lelaki aku itu. Matanya yang berwarna biru langit itu sentiasa membuaikan perasaan sehingga aku terlupakan realiti. Tidak sampai seminggu pun mengenali Aqeez, takdir mengikat kami berdua. Sehinggalah harini. Selama 7 tahun ini. Dan aku harap...

Selamanya.

Mata aku masih terkebil-kebil memandang siling putih bilikku. Corak yang terhias di depan mata aku amati dengan teliti. Sebelum diganggu dengan ketukan di pintu.

"Ad, aku ni." Suara Puteri menyapa.

"Masuklah." Aku meninggikan sedikit suara supaya dia dengar. Tanpa menunggu sedetik pun, Puteri masuk dengan beberapa peralatan make up.

"Siaplah cepat. Kata nikah lepas Subuh?" Puteri duduk di birai katil sambil memandang aku yang masih terbaring.

Aku hanya berdehem sebelum bangun dari perbaringan.

"Aku takut." Puteri nampak terkejut dengan dua patah kata yang keluar dari bibirku.

"Kenapa? Kau bagitau aku kau dah buat Solat Istikharah?" Puteri mengerutkan dahi tanda tak faham.

Petunjuk yang aku dapat selepas solat itu, aku bermimpikan Aqeez yang sedang bermain dengan seorang anak lelaki sambil mengusap lembut perutku yang membuncit.

Aku reda dan gembira. Namun, aku tak sedap hati.

"Macam mana kalau Hafiez tipu aku? Macam mana kalau dia sorokkan perkara sebenar daripada aku?" Aku mula memeluk lutut dan memandang sudut bilikku.

"Hey, petunjuk dari Allah yang paling pentingkan? Look, Ad. Kau tak perlu risaukan apa-apa. Aku ada kalau kau perlukan pertolongan. Lagipun, takkan kau nak back up macam tu je? Jatuh maruah keluarga kau nanti." Puteri sudah duduk di sebelahku sambil mengusap lenganku.

"Fine." Aku mengeluh lembut sebelum menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

-skip-

"Imam dah sampai tu." Papa Aqeez memberitahu sambil mempelawa Imam itu masuk ke dalam rumah mereka.

"Assalammualaikum warrahmatullah." Imam masuk ke dalam rumah Papa Aqeez dengan senyuman yang manis. Sambil itu, semua kaum lelaki menyalami Imam dengan hormatnya.

"Seperti yang dibincangkan, ijab kabul selepas solat Subuh, betul?" Imam itu bertanya kepada Papa Aqeez sebelum dia mengangguk setuju.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now