Part 38

1.7K 101 3
                                    

[Eka POV]

Aku menyusun satu persatu barang-barang Aqeez di atas rak buku putih aku yang kosong. Mungkin sedikit kesal dengan tindakan aku menarik kesemua alat komunikasinya. Tetapi aku tak nampak cara lain untuk mengelakkan diri dia daripada berhubung dengan Hafiez, housemate-nya.

Hafiez. Kenapalah nama dia mesti sama dengan Alfred Hafiez aku?

Setelah aku puas hati dengan hasil susunan aku, aku baring di atas katil sambil mengambil iPhone yang ada di sebelahku.

Aku mengambil iPhone aku pula. Mendail nombor Hafiez. Deringan ketiga baru diangkat call aku.

"Hello?"

"Assalammualaikum. Ni Hafiez ke?" Aku bertanya dengan kerutan di dahi.

"Ye, saya. Boleh I tau ni siapa?" Suara garau di sebelah berbunyi.

"Saya Adreeka Azfad. Tu—"

"Tunang Daus?"

"Yes. Tunang Daus." Aku menggangguk. Tak sangka dia mengenali aku hanya dengan nama.

"Kenapa ya?" Tanya Hafiez lagi apabila aku berdiam lama.

"Actually, hotel saya akan buat Grand Opening esok malam. Jadi, kalau tak keberatan, saya nak awak datang."

Talian di hujung sana diam. Mungkin cuba berkira-kira untuk datang atau tidak.

"I mean, kalau awak busy, tak datang pun takpe. It's not like awak pe—"

"Ada apa-apa ke awak nak jumpa saya, Adreeka?" Hafiez bertanya dengan nada seperti takut.

"Ya. Saya nak jumpa awak." Aku mengeluh selepas habis ayat terakhir aku.

"Ok, Adreeka. Saya datang. Lucky you, I am in KL." Hafiez ketawa di hujungnya.

Aku ikut ketawa sekali. Bersyukur kerana dia terima pelawaan aku.

"Awak nak jumpa saya masa Grand Opening hotel atau nak jumpa tempat lain?" Suara Hafiez seperti tertanya-tanya pelik.

"Masa Grand Opening. But, maybe dekat tempat lain. Saya mintak maaf kalau saya sus—"

"No, it's okay. Untuk tunang kawan baik saya. Saya akan turutkan je. Then, I'll see you tommorow?"

"Yup. Tommorow. Thank you, Hafiez." Aku tersenyum.

"Welcome. Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam." Laju aku menamatkan panggilan dengan segera.

Aku mengeluh setelah meletakkan iPhone di atas meja di tepi katil.

Apa yang aku nak tanya pada Hafiez nanti? Takkan nak serbu tanya tentang Qairina Camilla? Buatnya si Hafiez tu takde kat rumah masa tu? Eh, tapi takkanlah pula. Masa tu kan dah pukul 9 malam dekat sana. Lagipun, dah banyak kali juga Hafiez kacau panggilan kitaorang dulu. Ya, aku pasti Hafiez bukti kukuh aku.

Tok, tok.

"Masuk!" Aku menjerit sambil segera duduk dari perbaringan.

"Akak." Ad menjenguk dari pintu dan menuju ke katil. Laju dia duduk di sebelahku.

"Kenapa Ad?" Aku tanya dengan kerutan di dahi.

"Takde apa. Saja nak jenguk Akak." Dia langsung tidak memandang aku ketika bercakap.

Pelik.

"Abang Daus hantar kan tadi?" Dia bertanya. Masih tidak memandang aku.

"Haah." Aku mengangguk.

Annoying PrefectΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα