Part 24

3.3K 201 1
                                    

[Eka POV]
Aku duduk di atas bench yang berdekatan sambil merenung ke arah Aqeez dan adik adikku yang sedang bermain kejar kejar. Aku senyum melihat kegembiraan yang terpancar di 3 pasang mata milik mereka.

Aqeez yang merupakan anak tunggal suka bila melayan adik adikku kerana dia sentiasa berseorangan selama ni. Adik adik aku pula, diorang dah lama nak abang. Tapi, nak cekau mana pulak kan?

Aku merenung pula sungai yang terhidang di depan mataku. Lagu What If oleh Johnny Orlando dan Mackenzie Giezler yang berdendang di Headphone berjenama Sony aku hayati dengan khusyuk.

Di bench inilah. Di mana semuanya bermula hampir 5 tahun dulu.

Aku menghirup udara segar dengan rakus setelah tersedu sedan aku menahan tangis.

Ya, benarlah aku dah berubah hati kepada Aqeez. Tetapi, bila aku menapak sahaja di Negara ini. Aku masih tak boleh melupakan kesedihan pemergian orang tersayang.

Hafiez. Saya rindukan awak. Saya nak bagitau awak yang saya dah tunaikan janji awak. Saya nak bagitau yang saya dah bahagia sekarang. Saya nak awak tersenyum lagi. Saya nak bagitau awak yang saya jumpa orang yang mahukan saya sangat sangat. Yang tak boleh tinggalkan saya walaupun sekejap. Yang..

Butir butir permata yang sudah bertakung lama tadi akhirnya gugur. Aku menunduk ke bawah supaya tiada sesiapa yang melihat aku seperti orang gila tiba tiba menangis.

"Reeka?" Aqeez menyapa aku.

Aku mengambil tangan kasarnya pantas. Aku menggenggam erat tangannya. Kuat. Sehinggakan urat urat hijau di tanganku mula memunculkan diri.

Aqeez menarik aku ke bahunya. Membenarkan aku menggunakannya.

Tangannya yang satu lagi mula diusap ke belakang badanku. Menyatakan bahawa dia sentiasa ada di sisiku. Sentiasa ada untuk menyalurkan kekuatan juga membantu aku.

"Let it go. Just let it go." Aqeez berbisik perlahan.

Kuat aku meraung.

Betapa menyedihkannya aku. Apabila masih lagi tidak boleh melupakan perkara pahit. Apabila tidak boleh menerima ketentuan Ilahi. Apabila menunjukkan betapa lemahnya aku pada lelaki yang digelar cinta hati di sisi.

Maafkan Reeka. Kerana Reeka masih menangiskan lelaki yang lain, sedangkan ada lelaki yang berjanji sudah untuk menjaga Reeka.

Aku memejamkan mata kuat.

Kenapa aku mesti lemah? Kenapa aku masih tidak mahu menerima pemergian Hafiez? Kenapa aku tak fikirkan perasaan Aqeez apabila melihat aku menangis sebegini untuk lelaki yang tidak ditakdirkan untuk menjadi milikku?

"Ma—maafkan— Ree—ka." Aku berkata sambil menangis.

Tiada respon yang diberikan membuatkan aku menoleh ke muka yang membuatkan aku tenang.

"Reeka, I'll always be there for you. Even, Reeka tak pernah minta. So, jangan minta maaf dengan Aqeez. Aqeez yang nakkan Reeka. So, Aqeez akan buat Reeka bahagia dan tersenyum semula. Satu hari nanti, Reeka takkan nangis lagi sebab Alfred Hafiez. Aqeez janji." Aqeez membalas dengan senyuman tawar dengan kening yang bertaut sambil mengikat jari kelingkingnya dengan jari kelingkingku.

"Kenapa?" Aku bertanya dengan sedu sedan yang masih berbaki.

Aqeez tergelak sebentar.

"Aqeez tak tahu. Tapi, bila Aqeez tengok Reeka. Jauh di sudut hati Aqeez, ada suara yang kata, 'Dia ni akan jaga aku, akan comfort aku. Jadi, ambillah dia. Aku tak akan terseksa lagi tentang cinta.' Okay, did that sounds funny?" Tanya Aqeez dengan senyuman.

Aku gelak. Tawa ikhlas dari aku membuatkan air mataku berhenti keluar.

Ake melentokkan kepalaku yang berbalut tudung bawal cotton berwarna merun ke bahunya.

"Thank you, Aqeez. I mean that. Like, really-really mean that." Aku membalas.

"Anything for my sweetheart, sayang." Dia menurunkan headphone ku ke leher.

Aku senyum dan dia turut tersenyum.

"Kakak!" Reez melompat ke belakangku dengan pantas.

"Reez!!" Aku menjerit akibat ketidakseimbangan yang tertera dan kami terjatuh.

Fuhhh, lega sekejap hati aku. Aku berjaya selamatkan Reez yang hampir jatuh berguling. Dan sekarang dia elok duduk di atas ribaku.

Aku pula? Emm, aku selamat baring di atas dada bidang Aqeez yang menggosok kepalanya yang sakit.

Ad yang berdiri tegak di depan kami hanya ternganga. Terkejut dengan tindakan refleks kami semua.

"Yeay! Reez tak jatuh!" Reez mengangkat tangan gembira seolah olah baru sahaja mendapat mainan Lego dengan percuma.

Aku hanya menggeleng ke arahnya dan terus membantu Aqeez bangun.

"You're hurt?" Tanyaku sambil tolong menggosok kepalanya yang mungkin terhantuk.

"Yea, I've fall." Aqeez membalas.

"Is it really hurt?" Tanyaku lagi.

Berdasarkan mukanya, aku tidak percaya. Dia nampak happy.

"I fell in love. With you. Again." Aqeez membisikkan tiga patah ayat tersebut ke telinga ku.

Aku memukul bahunya kuat tanda geram. Orang risaukan dia. Dia buat lawak pula.

-skip-

Aku masuk ke dalam lobi hotel bersama Aqeez, Ad dan Reez. Seperti biasa, aku dsn Aqeez berpegangan tangan, Ad menggenggam tanganku, dan Reez yang didukung oleh Aqeez.

Namun, kami berempat terkejut apabila ada seorang gadis tersentak di hadapan kami semua.

Aryssa Hairien.

"Seriously? What are you guys doing here?" Tanyanya sinis.

"Aryssa, akak.." aku memulakan bicara.

"No, just shut your mouth. I still cannot forget how kakak boleh buat sesuka hati macam tu. What will abang said?" Terus Aryssa memandang aku dengan sebelah mata.

"Aryssa, kitaorang lagi tua dari awak. Just hold onto your manners." Aqeez mempertahankan aku.

"Did I told you clearly? I hate you the most." Aryssa menunjukkan jari telunjuknya tepat ke hidung Aqeez.

Selepas dia membuat muka cemberut dia terus keluar daripada hotel tersebut dan menaiki kereta Merscedes 5series.

"Are you okay?" Aku memandang muka Aqeez sambil mengusap tangan besarnya menggunakan ibu jariku.

"I'm fine. Are you okay?" Giliran Aqeez pula yang merenung anak mataku dalam dan membetulkan kedudukan tangan kami agar dia dapat mengusap tangan kecilku.

"Well, dia paling sayang abang dia. Itu jer siblings yang dia ada. So, Reeka tak boleh salahkan dia kalau dia rasa macam abang dia diduakan." Aku menjawab persoalaan yang diutarakan.

"Dia tau pasal janji Hafiez tak?" Aqeez bertanya selepas Reez dan Ad menuju ke playground yang ditetapkan berdekatan dengan lobi hotel.

"Tak. Takde siapa tahu. Kita dua jer. Termasuk Allah dan arwah Hafiez sendiri." Aku tersenyum ke arahnya.

"You are a tough girl, Reeka. That's what made I fell deeply into you." Dia naik mengusap kepalaku seperti budak kecil.

"Don't do that!" Aku mengambil tengan kasarnya dan meletakkan di sisi pahanya.

"What? You're cute when you're smiling." Aqeez gelak sambil menarik tanganku ke lif dan menuju ke garden hotel yang pernah menepatkan kami sehingga 2 pagi pada malam dinner opening hotel haritu.

Oh my, Aqeez. You don't know what you've done to me. I'll always been crazy about you from the first day I met you.

"I love you." Aku berbisik ke telinganya sambil menjengketkan kaki. Memandangkan dia ni tinggi.

Aqeez tersenyum semakin lebar setelah mendengar kali pertama aku yang meluahkan perasaan dahulu.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now