Part 12

4.8K 307 7
                                    

[Eka POV]
Hari ini hari ape?

Ya Allah, asal sel sel otak aku tak berhubung ni? Tulah.. Iklan susu banyak kat TV taknak beli pastu minum. Kan dah merungut.

Ape aku mengarut ni?

"Kenapa tak salin lagi Adreeka?" Tanya Ustazah Suri kepadaku.

"Errr.. Hehhe.. Nak salin lah ni.." Jawabku sambil tergelak kecil.

Lepastu ustazah tu pun meronda lagi.

Hari ni hari ape?!

"Kenapa?" Tanya Puteri yang duduknya di belakang aku. Kami dah semakin rapat! New friend achieved!

"Hari ni hari ape? Aku tak ingat?" Tanyaku dengan muka tebal.

"Ehmm.. Harini hari Jumaat.." Jawab Puteri dengan senyuman mengejek.

"Thanks." Kataku dengan muka merah.

"Kau asal?" Terus dia pindah duduk tempat Aqeez.

Argh! Sape bagi kau duduk situ?!

"Takde apa.. Asal?" Tanyaku balik.

"Kau rindu Fir-"

"Tak!" Jeritku kuat dan terus menekup mulut. Malunya.

"Sorry ustazah." Pintaku pada ustazah yang berumur hampir separuh abad itu.

"Yelah tu. Jangan cakap aku tak tau pasal korang." Bisiknya sambil tersenyum sinis.

"Amende kau cakap ni? Aku tak pahamlah." Balasku cuba berdalih. Aduh!

"Tell me the truth. Kau suka dia kan?" Tanyanya tanpa berlapis.

Aku hanya menyalin ape yang Ustazah Suri tulis di depan dengan laju. Tujuan? Elak soalan gila Put.

"Asal Firdausi tak datang hari ni?" Tanya Puteri.

"Dia demam," masih menyalin.

Dia diam lama. Aku tak nampak riak muka dia. Lepas habis salin terus aku pandang.

Dia masih pandang aku dengan senyuman sinis.

"Macam mana kau tau?" Tanyanya lagi.

Heh, soalan yang nak buat aku terperangkap.

"Dia cakap." Jawabku pendek. Malas nak layan.

"Kenapa dia cakap ngan kau? Kenapa tak cakap dekat Luq or Rawiq?"

"Manalah aku tau." Jawabku dengan nada malas yang amat.

"Kau couple kan dengan dia?" Tanya dia sambil tersenyum.

"Kau cakap ape ni?!" Tanya aku separuh berbisik.

Macam mana boleh terbongkar ni?!

"Aku nampak kau keluar dengan dia semalam. Korang tengok wayang kan? Pastu kebetulan masa tu hujan and korang takde payung. So, sweater yang dia pakai dia letak atas kepala kau dan terus-"

"Are you stalking us?" Tanyaku dengan nada marah. Aku tau kitaorang kawan. Tapi tak perlulah nak kacau privasi orang!

"Smalam aku keluar ngan abang aku. Just happens to saw you." Jawabnya dengan muka jujur. Boleh percaya ke ni?

"Aku tak tipu." Sambungnya lagi.

"Kau tak patut berahsia dengan aku. Kita best friend kan?" Tanya dia dengan nada merajuk.

"Dia yang tak bagi bagitau."

"In the end aku dah tau."

"Sorry."

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now