Part 44

1.6K 89 2
                                    

[Reeka POV]

"You're okay?" Tanya satu suara yang aku kenali.

Aku mengesatkan air mata dan memandang lelaki yang lebih kurang tinggi Aqeez itu. Aku mengecilkan mata sebelum aku dapat memfokuskan wajahnya.

"Rawiq? Awak buat apa dekat sini?" Aku bangun dari dudukku. Entah kenapa aku membawa diri sehingga bumbung bangunan yang tingginya 25 tingkat ini.

"Hmm, aku datang nak ambil angin. Tapi, tak sangka pulak nampak pengantin cantik dekat sini." Rawiq tersengih memandangku.

Aku hanya mengangguk dan mulai kekok. Aku jarang berdua dengan Rawiq, jadi aku tak tahu nak berbual tentang apa. Lagipun, dia kan semacam dah khianati aku dengan bawa slut tu masa geng berkumpul.

"Alang-alang kau dekat sini, Ad. Aku nak mintak maaf." Rawiq duduk di sebelahku. Dia mengajak aku duduk sekali. Aku hanya menurut.

"Aku nak mintak maaf sebab bawa Qairina ke sini." Dia terhenti sebentar untuk melihat respon aku.

Aku yang sudah kekeringan air mata tadi, mula menangis semula. Namun, Rawiq membuka mulut kembali.

"Dan aku nak mintak maaf sebab bawa dia haritu. Aku tak pernah tau pun kau ada masalah dengan Qairina." Rawiq menarik nafas sebentar. Aku pula hanya diam memeluk lutut dengan gaun pengantin aku yang berwarna beige itu.

"Kalau kau nak tau, Daus tu, dia sentiasa ceriakan group kitaorang. Time kitaorang macam takde mood, dia pulak yang bercerita atau buka topik yang kitaorang empat suka. Tapi, dia tak pernah pun ceritakan masalah dia dekat kitaorang." Dia menarik nafas lagi.

"Dia suka berlagak biasa. Aku pun tak tau yang kauorang ada masalah sebenarnya. Dia tak pernah tunjuk pun muka sedih kalau bukak cerita pasal kau sepanjang kau tak layan dia haritu. Tersengih lagi lebar adalah." Dia mula menyandar ke arah dinding.

"So, macam yang Qairina bagitau, memang aku yang bagitau dia tentang kita berenam keluar makan haritu. Aku siap hantar location semua. Sebab dia kata dia nak kenal dengan kau dan mintak maaf pada kau. Entah tentang apa, aku pun tak tau. Itulah sebab aku turutkan saja. Tapi, lepas aku nampak ketegangan kauorang, dan Qairina yang tiba-tiba peluk Daus, aku jadi serba-salah. Aku mula diam dan berlagak macam tak tau. Sebab aku tau, kalau bukan sebab aku, mesti kau takkan menangis dan berlari malam tu." Rawiq mengeluh dan memandang aku. Namun, aku hanya memandang lantai. Cuba untuk mendengar ceritanya lebih lanjut lagi.

"Harini pula, aku nak mintak maaf sekali lagi sebab bawa dia. Qairina kata, dia nak mintak maaf dengan kau dan reda nak lepaskan semuanya tentang Daus. Mula-mula, memang aku sangsi juga, tapi, muka dia nampak ikhlas. Maka, aku bawalah dia. Tapi, bila difikirkan semula, aku ni macam tak dijemput je sebab hal yang aku buat haritu." Dia memandang aku.

"Taklah, Rawiq. Mestilah awak dijemput. Awak kan kawan baik kitaorang." Aku menjawab dengan senyuman. Aku tak pernah berdendam walaupun Rawiq khianati aku. Aku tak suka berdendam.

"Kau nak dengar cerita tak, Ad?" Dia memandang hadapan. Melihat pemandangan yang terhidang.

"Cerita tentang Daus, Haris, Qairina dan aku." Aku laju memandangnya sejurus selepas ayat itu lengkap disebut.

"Luq?" Aku bertanya.

"Dia neutral dalam kisah ni. Dia tak masuk campur." Rawiq menjawab pertanyaan aku sebelum aku menyuruhnya memulakan kisah ini.

-10 tahun lepas (semua berumur 14 tahun)-
[Rawiq's POV]

"Dengar sini, geng." Haris memulakan bicaranya sewaktu kami berempat sibuk bermain PS3 di dalam rumah banglo di Belia HEIGHTS. Rumah Haris.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now