Part 15

4.4K 271 3
                                    

[Daus POV]
Aku hanya terbaring lemah atas katil.

"Belum baik lagi ke?" Keluhku kuat.

Aku memeluk bantal peluk dan memandang telefon ku sambil berfikir.

Mmmm, kalau ye pun nak main ape?

Ktingg!

Bunyi whatsApp masuk. Nak bukak ke?

Aku terus mengambil iPhone X milikku dan terus membuka aplikasi tersebut.

"Group prefect Bukit Bakau? Bukan dah tak hidup ke?"

Aku buka group tersebut dan membaca apa apa yang mereka hantar.

011-XXXXXXXX
Haris dah tak buat hal.

012-XXXXXXX
Mana korang tau?

014-XXXXXXX
Sebab, kalau kau tengok, mana dah dia flirt orang
macam biasa.

017-XXXXXXX
Korang jgn main2. Kalau macam tu, kuranglah
pengacau kat sekolah.

011-XXXXXXXX
Arkina gedik tu jgn lupa.

Daus
Aku tak pernah ajar korang bergosip.
Jaga attitude. Takkan yang jantan pun nak jadi
makcik bawang. Kalau aku dapat tangkap,
tunggulah surat berhenti.

Terus group tu senyap balik.

Aku hanya tersenyum senget. Bagus orang orang bawahanku. Dengar kata.

Bosan.

Ape yang patut aku buat ni?

Aku menekup muka pada bantal seketika sambil meniarap.

Selepas aku rasa dah selesa aku menjerit sekuat hati.

Tiba tiba pintu bilik dibuka kasar.

"Ape yang jadi?!" Jerit mama takut.

Aku pandang mama terkebil-kebil. Kuat sangat ke aku jerit?

-skip-

"So..?" Tanyaku,

"Takdelah. Reeka tak kenal pun dia siapa. Tetiba cakap macam kenal dah lama." Rungutnya sambil menyuapkan burger dalam mulut. Katanya ada orang request follow kat ig pastu DM. Katanya , gaya minah tu macam dah lama kenal.

Aku bawa dia makan kat warung tepi jalan dengan Reez dan Ad.

Katanya nak merasa.

"Abang baik!" Panggil Reez yang duduk di atas ribaku.

"Ye?" Tanyaku manja pada dia. Dia punya suara buat aku nak gigit dia. Geram!! Asal dia comel sangat?!

"Nak chips lagi!" Pintanya.

Pap!

"No more chips. Nanti gemuk," balas Reeka selepas memukul pahanya yang tembam.

"Chips?" Tanyaku pelik.

"French fries is American language. Chips is for English." Jawabnya dan sengaja memasukkan 'chips' dalam mulutnya di hadapan Reez.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now