Part 14

4.7K 230 13
                                    

[Eka POV]
Bosan mendengar radio.

Waktu tengah bosan keluar pulak lagu Di Matamu yang rentaknya slow, pergh, menguaplah jawabnya.

"Ah, main phonelah."

Kataku perlahan dan terus membuka playlist di JOOX dan menyumbat earphone ke dalam telinga. Sambil mendengar lagu, aku scroll instagram untuk menghilangkan rasa bosan.

Scroll punya scroll,

"Eh, Puteri Melaka dengan Putera Mahkota Negeri Sembilan dah kahwin? Wah, tengok sikit muka."

Aku pun menekan pada gambar mereka berdua.

"Uish, hensemnya Putera ni. Senyuman dia, my god. Boleh melt."

Terus aku terdiam.

"Eh laki oranglah gila." Detakku kuat dalam kereta.

Astaghfirullahhalazim.. Berdosanya aku..

Terus aku buka photos, mengimbau gambo gambo lama.

Aku lihat gambar Aqeez di hotel haritu.

Lengkap dengan pakaian kemeja cyan. Blazer hitam dipakai bersama seluar slek hitam yang padan.

Buat dia nampak, segak dan hensem. Mostly, tinggi.

Aku cuba scroll gambar arwah Alfred Hafiez.

Yang smart ialah gambar, dia berpakaian lengkap uniform sekolah.

Kemeja putih dengan kolar biru dan hujung lengan yang berwarna sama. Siap dengan seluar biru.

Rambutnya yang serabai, tie yang dilonggarkan dan butang kemeja dibuka dua butang teratas. Buat dia nampak macam bad boy. Gaya memang tak boleh blah. Gaya macam instafamous.

Aku buat collage gambar mereka. Dan membandingkan.

-Firdausi Aqeez bin Tan Sri Zainul-
Berdiri tegak sambil memegang hujung blazer yang terbelah di dada sambil memandang arah kanan dan mendonggakkan kepala sedikit. Mukanya dibuat muka dingin. Alahai, smart sungguh.

-Alfred Hafiez bin Albert Hanief-
Berdiri dengan kaki sebelah di lipat sedikit, postur badan ke arah kiri.
Membengkokkan badannya sedikit sambil menundukkan kepala.
Rambutnya pula diletakkan di atas kepala dengan gaya meraupnya.

Suruh aku pilih?

Hahahhaha.. Tak nak. Nanti masing masing jeles.

Aqeez pada mulanya tak mahu. Tak biasalah, tak nampak hensemlah, itulah inilah. Last last gaya macam nak meletop.

Arwah Hafiez? Pergh, jangan cakaplah, kalau boleh memang nak jer bergambar. Tapi dia kata aku special. Aku jer boleh ambil gambar dia macam ni.

Sweet tak?

"What are you looking at?" Tanya Hafiez dengan sengihan di bibir.

"Ape? Perasan jer." Jawabku dengan muka toya.

"I've caught you. You were looking at me." Balasnya.

"If you know the answer, why did you ask?" Tanyaku cover malu.

"Sebab saya nak dengar jawapan awak Eka." Senyumnya dengan camera di tangan.

Kchakk!

Pantas dia menangkap gambar aku yang hanya memandang pemandangan di Sungai Thames.

Bulat mata aku memandang dia.

"Awak!! Ape awak buat?!" Jeritku dengan usaha nak ambil camera DLXR miliknya.

Terus dia mengangkat camera nya dengan tinggi supaya aku tak boleh capai.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now