Short Story [Hafiez&Eka]

831 38 3
                                    

ALTERNETE UNIVERSE VERSION!

Ini chapter special untuk my readers! Actually, saya selalu tertanya macam mana hubungan Reeka and Aqeez ni kalau Hafiez masih hidup? Hmmm, kauorang pernah terfikir tak?

Maybe ada yang pernah maybe ada yang macam malas ah nak pikir buat apa janji buku ni habis aku baca hahha. Merepek hahahahhaha. Okay so, enjoy❤️


[Third Person POV]

Hafiez memandang Adreeka dengan senyuman. Seperti biasa, kekasihnya itu nampak anggun dengan apa-apa jenis pakaian sekalipun. Tidak pernah langsung dia jemu melihat Adreeka walaupun mereka sudah menjalinkan hubungan selama 10 tahun sejak kali pertama mereka bertemu di Sungai Thames itu.

Adreeka yang sedari tadi berjalan menuju ke arah Hafiez hanya menggeleng. Setiap kali mereka keluar berdua, pasti sahaja lelaki itu akan kekal dengan senyumannya. Kadang-kala Adreeka tertanya, tidak lenguhkah bibir lelaki itu tersenyum kepadanya hampir setiap hari? Tidak jemukah lelaki itu terhadapnya?

"So, where're we going?" Adreeka yang sudah duduk dengan selesa membuka buku menu. Walaupun kedai kafe ini merupakan kafe kegemarannya, dia seringkali melihat buku menu itu, sedangkan yang dipesan sentiasa sama. Grilled Chicken Chop dan Ice Lime Tea. Tak pernah berubah sejak dia ketemu dengan kafe ini di peringkat sekolah menengah.

"Up to you, sweetheart. Mana-mana pun boleh, asalkan saya dengan awak, Eka." Hafiez masih dengan senyumannya. Sementara itu, dia menongkat dagu.

"Kalau macam tu, kita jalan-jalan dekat Taman Bunga jelah. I heard that they opened the new section!" Adreeka tersengih gembira teringatkan post terbaharu di Instagram milik Taman Bunga Bougainvillea yang semakin hari semakin trending itu. Hafiez suka melihat muka kekasihnya yang sentiasa ceria itu.

"I thought I reserved this place for 3 hours. Why do you still have other customers?" Satu suara lantang mengejutkan semua pelanggan yang hadir termasuklah Adreeka dan Hafiez sendiri.

Semua mata tertumpu ke arah lelaki tampan berkulit sawo matang yang segak itu. Dia lengkap berpakaian kemeja kelabu cair dengan seluar slek hitam dengan blazer hitam yang tersarung di tubuhnya. Tali lehernya dilonggarkan.

"Saya mintak maaf encik, nampaknya staff saya dah salah schedule kan tarikh. Sebab ikutkan schedule, encik reserved tempat ni bulan depan." Muka manager kafe itu hanya beriak tenang.

"So? Staff you yang dah salah schedule kan? Dah tu, jadi salah I ke? Sekarang I nak reserve kedai ni sekarang sampai malam. Suruh pelanggan lain keluar." Lelaki tampan tadi bersuara sambil melonggarkan lagi tali lehernya.

"Saya mintak maaf encik. Tapi customer lain tengah makan. Jadi, tak elok pula--"

"I don't care. I dah bayar mahal-mahal tempat ni untuk reserved hari ni. Yang salah sekarang ni staff kau. Jadi, aku tak bersalah dan aku nak reserved tempat ni sekarang." Lelaki itu menjegilkan mata kali ni. Dia menunjukkan muka marah.

Adreeka yang geram sedari tadi, berdiri di antara manager kafe itu dan lelaki tadi. Dia mula bercekak pinggang.

"Saya mintak maaf lah encik, walaupun staff kafe ni dah salah schedulekan kisah reserved encik, encik tak patut nak halau customer lain. Customer yang lain datang sini nak makan jugak. Saya rasa kalau encik nak sangatlah privacy untuk meeting atau dengan girlfriend encik sekalipun, pergilah kafe lain. Atau lebih senang lagi, pergi hotel! Hotel ada banyak ball room yang boleh encik reserved. Saya boleh recommendkan beberapa Hotel dekat KL ni untuk encik. Kalau encik nak--"

"Excuse me, Miss.. Penyibuk. Yes, Miss Penyibuk. I'm dealing with the manager of the kafe. And, you happen to be, well, not the manager. So, if you excuse me, just get a life." Lelaki itu memandang Adreeka dengan sebelah mata.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now