Part 49

2.1K 112 2
                                    

[Daus POV]

Dah hampir sebulan sejak Alfred Hafiez berlaku, dan kalau dah nama pun Adreeka Azfad, dia akan tengok video tu frequently. Boleh dikatakan dalam seminggu tu mesti ada tiga atau empat kali dia tengok. Tu tak termasuk lagi memory card yang lain. Mostly gambar Reeka. But ada beberapa memory card yang penuh dengan gambar Alfred Hafiez yang bercampur dengan Reeka dan family mereka yang lain. Ad dan Reez juga tak terkira.

Tapi mostly gambar diaorang.

Sebagai suami, aku memang memahami keadaan Reeka tu. Tapi kalau dah selalu sangat, mestilah aku cemburu juga.

"Aqeez! Kat mana kotak yang ada semua memory card tu?" Reeka menjerit daripada tingkat 3. Aku pula sibuk menonton televisyen di tingkat bawah.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu layankan isteri yang sibuk tengok lelaki lain. Walaupun lelaki tu dah meninggal.

Hmm, aku kalah dengan orang yang dah tiada dalam dunia ni lagi.

"Aqeez!" Suara Reeka makin jelas kedengaran. Itu bermaksud dia sudah mula menuruni tangga.

"Aqeez, oh god! Reeka panggil banyak kalilah. Kenapa tak menyahut?" Aku mengendahkannya yang duduk di sebelahku.

Aku cuba menukar siaran kepada HBO dan membiarkannya terpasang. Alang-alang cerita Spiderman, aku tengok jelah.

"Aqeez." Aku memandang televisyen lama.

"Aqeez." Aku mula menyandarkan kepala di atas sofa. Penat.

"Aqeez."

"Hey, pandang Reeka." Dia menarik bahu aku kasar untuk menghadap tubuhnya yang ramping itu.

Walaupun badan aku menghadap isteriku, aku memusingkan kepala untuk sambung menonton televisyen.

"You're acting weird lately." Dia menarik dagu aku untuk memandangnya.

"Really? I didn't notice." Aku menoleh ke arah televisyen semula.

Kali ini, Reeka memegang kedua pipiku erat. Kadang-kala dia mengelus lembut rahang aku. Namun, aku hanya memandangnya kosong.

"Kenapa ni?" Dahinya berkerut. Sebelah tangannya jatuh ke bahuku.

"Takde apa." Aku cuba meloloskan diri, tetapi Reeka masih memegang pipiku.

"Wait, jangan kata kotak tu Aqeez dah sorokkan?" Matanya bulat tiba-tiba.

Aku hanya memandangnya kosong. Malas mahu melayannya yang sering kali melihat lelaki lain sedangkan suaminya sudah ada di depan mata.

"Aqeez, really? Aqeez jeles ke?" Reeka mula tersenyum nipis. Mukanya seperti menahan diri daripada ketawa.

Aku cuba memikirkan topik yang lain untuk diubah. Selepas idea muncul, giliran aku pula yang memegang kedua bahunya erat. Reeka terkejut melihat perubahan tingkah lakuku dan memandang aku dengan pandangan hairan.

"Cuba panggil Aqeez 'abang'." Aku memandang anak matanya dalam.

"Huh?" Mukanya berubah hairan dan dia menolak tanganku yang berada di bahunya.

"Panggil Aqeez, 'abang'." Aku duduk bersila. Cuba untuk menyelesakan kedudukan kami yang duduk berdepan.

"That's weird. Kenapa nak panggil 'abang' kalau Reeka dah bagi nickname dekat Aqeez?" Dia meletakkan kedua tangannya ke atas pehanya yang diliputi kain dress yang dipakainya.

"Simple, sebab Aqeez panggil Reeka 'sayang'. Tapi Aqeez still panggil Reeka, 'Reeka' sometimes." Pandangan mata aku masih kosong.

"Tak macam old school ke panggil abang?" Reeka seperti mahu berdalih.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now