Part 11

4.9K 263 6
                                    

[Daus POV]

Eeeee, geram lah aku dengan sorang ni tau. Sengaja jer nak naikkan darah aku.

Tipu!!

Sejak bila pulak dia buat aku naik darah? Dia buat aku naik lagi suka dengan dia!

Tak sangka aku boleh bukak hati aku lepas 3 tahun.

"Ok. Cepat sebelum mawas tu naik round tingkat ni. " Kata Haris dari kelas 5 Account-2.

Macam mana aku tau? Sebab dia ni kawan aku jugak dulu. Sama sama playboy. Tapi aku dah insaf. Dia?Wallahualam.

Eh, jap?Mawas mana pulak ada kat sekolah ni?

Terus aku menjenguk ke kelas yang baru dinyatakan tadi.

Terbuntang mata aku tengok Arkina mendekatkan wajahnya pada Haris. Ya, bibir mereka hampir bertaut.

"ARKINA!!!" Jerit aku. Aku dengar sampai yang dekat tingkat bawah melatah dengar aku jerit. Nasib kaulah budak.

Terkejut Arkina dan Haris. Eloklah tu. Aku terkejut, diaorang pun terkejut.

"What are you doing??!" Tanyaku padanya.

"I... I.. Tak.." Jawabnya gagap.

Well, muka Haris macam takde pape berlaku. Langsung tak nampak riak bersalahnya.

"Bilik disiplin sekarang." Kataku keras.

Aku nampak pada mulanya mereka buat bodoh je. Tapi lepas aku tunjuk number parents diorang, terus bangun cam petir weh.

Macam mana aku tunjuk number parents diaorang? Ouh, pengawas-pengawas yang berjawatan tinggi semua boleh bawa phone. Nak buat bukti kalau kalau ada yang didapati bersalah tak mengaku.

Gambar diorang? Ouh, ada lah dalam 5 aku snap tadi.

-Bilik Pengawas-

"Ape pulak salah kamu ni Tengku Arkina binti Tengku Qadri?" Tanya Cikgu Omar dengan nada yang penat. Penat melayan Arkina yang nama dah selalu masuk buku disiplin. Kalau lepas masuk Universiti, aku buat surat aduan kat Uni tu.

"Takde cikgu. Saya tak buat apa apa pun. Fir ni yang saja jer nak kenakan saya lagi." Balas Arkina dengan lagak nak menangis.

Oh gosh. Dah basi sia, perbuatan kau tu. Sekarang ni dah zaman baru.

"Firdausi.." Arah Cikgu Omar. Aku tau dia suruh tunjuk bukti kali ni.

Aku terus menyerahkan phoneku kepadanya.

Aku nampak muka cikgu macam agak shock. Aku tak tau kenapa.

"Sini jap." Sambungnya lagi sambil memandang phone ku pelik.

Lepastu dia serahkan semula phone ku.

Aik? Bukan aku dah tunjuk gambar tu ke?

Bila aku capai phone aku, rupanya aku tertekan gambar aku dan Reeka kat Airport sebelum balik Malaysia.

Aku tersengih dan tekan gambar yang betul betul cikgu nak tengok. Terkantoi pulak.

"Ni bukti dia Arkina. Awak dah tak boleh bohong cikgu." Kata Cikgu Omar kepada Arkina yang muka dah merah.

Haris hanya diam disitu macam batu. Nampak riak kebosanan kat muka dia.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now